8 Jul 2011

Sandiwara Senjata: Jika Benar Ada, Dedahkan Siapa Dalangnya!

Senjata: Dedah siapa dalang

SHAH ALAM, 7 Julai: PAS mendesak pihak polis segera melakukan siasatan terperinci mengenai penemuan berbagai jenis senjata yang dikaitkan dengan Bersih seperti diumumkan polis di dalam siaran media, baru-baru ini.

AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang mendedahkan penemuan itu pada 6 Julai lalu.

Turut serta dalam laporan di IPD Shah Alam petang tadi adalah Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan dan Ketua Pemuda PAS Shah Alam, Mohd Hilmi Redzwan.

Mazlan berkata, ekoran pendedahan polis menemui perkara itu secara terbuka, ia telah menimbulkan banyak keraguan rakyat tentang sejauh mana ketelusan polis atas isu itu.

"Penemuan senjata seperti parang yang masih baru dan baju T Bersih adalah sangat meragukan serta menimbulkan tanda tanya rakyat.

"Gambaran buruk dan fitnah yang ditujukan kepada penganjur Bersih seperti pertubuhan haram, kemungkinan huru hara akan berlaku dan pertumpahan darah boleh berlaku adalah sangat tidak bertanggungjawab,"
tegasnya.

Sekatan jalan raya dibuat pihak polis, tangkapan kepada orang awam, gangguan terhadap ceramah dan serbuan terhadap premis-premis tertentu disusuli dengan penemuan senjata berbahaya seperti dirancang membuktikan ada pihak-pihak ingin melakukan huru hara dalam negara ini, tambahnya.

Katanya, penggunaan ISA, Ordinan Darurat termasuk perisytiharan Darurat boleh digunakan kononnya sebagai langkah pencegahan dan jika itulah perancangannya, ia sangat malang dalam sistem demokrasi perlembagaan negara ini.

Menurut laporan media, Tun Hisan mendedahkan tentang penemuan parang, pemetik api, botol plastik berisi petrol dan baju T kuning bertulisan Bersih.

Barangan itu ditemui di celah batu lereng bukit belakang sebuah tokong di Batu 14, Jalan Lama Gombak - Bentong setelah menerima maklumat seorang Asli yang mencari rotan di kawasan itu.

Laporan juga dibuat terhadap Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang membuat pendedahan berasingan tentang penemuan barangan lain.

Antara yang didedahkan adalah empat molotov koktel, 28 mercun bola, topeng dan baju T Bersih dalam bungkusan plastik hitam di celah pokok hiasan di hadapan restoren The Ship Kompleks Pertama.

Menurut Mazlan, pihaknya mendesak siasatan segera dilakukan apa motif pendedahan dibuat terhadap orang awam, siasatan dan tindakan segera dilakukan terhadap suspek yang ditangkap, siasatan dan dedahkan siapa dalang di sebalik penemuan berbagai senjata itu.

Desakan keempat adalah memohon penjelasan apa kaitan penemuan barangan itu dengan Himpunan Bersih pada 9 Julai ini.

"Saya menuntut pihak polis memainkan peranan sebenar mereka melindungi rakyat seluruhnya tanpa menjadi boneka kepada sesiapa yang berkepentingan.

"Taktik kotor seperti Peristiwa 13 Mei 1969, Peristiwa Memali dan Operasi Lalang adalah lapuk dan menjijikkan," tegasnya lagi.

Menurutnya, Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak rakyat untuk berpesatuan, kebebasan bersuara dan behimpun secara aman mesti dipatuhi.

Mazlan menambah, beliau bersama seluruh rakyat Malaysia menjunjung titah khas oleh Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, baru-baru ini.

Katanya, prinsip keadilan, kebijaksanaan, perundingan dan mendengar rintihan rakyat sebagaimana yang ditekankan baginda sangat bertepatan dan harus dijunjung setiap lapisan rakyat termasuk polis.

Dalam sidang sama, beliau mendedahkan dokumen notis penolakan masuk ke Sarawak, 6 Julai lalu yang menyatakan pihak berkuasa negeri telah mengarahkan tiada pas dikeluarkan kepadanya. -HD


Bersih 2.0 : Mazlan Bidas Polis

SHAH ALAM 7 JULAI : PAS hari ini membidas tindakan terbaru polis mendapatkan perintah mahakamah untuk menghalang penganjur dan pemimpin pembangkang menyertai perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu ini.

"Siapa yang sebenarnya berkuasa di negara kita, adakah polis lebih besar daripada Yang Di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri, dan adakah polis ini tidak menjunjung pelembagaan persekutuan, di artikel 10 berhubung kebebasan berkumpul, kebebasan bersuara dan berpesatuan yang mana jelas termaktub dalam perlembagaan persekutuan," kata Ahli Jawantakuasa PAS Pusat Mazlan Aliman.

"Kalau pihak polis tetap dengan kenyataan mereka untuk menghalang perhimpunan ini, maknannya pihak polis bukan sahaja menghina Perdana Menteri malah turut menghina Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Di-Pertuan Agong." tambah beliau.

Polis Kuala Lumpur menyenaraikan Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang sebarang antara yang dilarang memasuki kawasan tertenti di Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

Turut dikenakan perintah mahkamah itu adalah Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin yang berada di luar negara dan Presiden Perkasa yang mahu menganjurkan perhimpunan untuk mengecam Bersih di Stadium Titiwangsa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sejurus selesai membuat laporan polis di IPD Shah Alam hari ini.

Laporan itu bertujuan menggesa pihak polis mendedahkan maklumat lebih terperinchi mengenai rampasan senjata oleh polis yang dikaitkan kepada Bersih dua hari lalu.

Mengulas lanjut insiden ini, Mazlan berkata perjumpaan penganjur BERSIH mengadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Di-Pertuan Agong dua hari lalu jelas menunjukkan penganjur perhimpunan aman boleh dipercayai dan bertanggungjawab.

Namun pihaknya kesal dengan keghairahan pihak polis yang tegar mengekang perjalanan perhimpunan aman tersebut dengan pelbagai tindakan yang tidak adil.

"Saya dukacita apabila pihak polis seolah-olah ada agenda tersendiri. Inilah gambaran yang kita lihat daripada kenyataan polis kebelakangan ini baik Ketua Polis Negara, lebih-lebih lagi Timbalan Ketua Polis Negara, Dato Khalid Abu Bakar yang memukul canang untuk mengenakan tindakan ISA, Darurat dan sebagainya," kata Mazlan.

"Saya fikir kenyataan seumpama ini tidak bertanggungjawab daripada mereka yang sepatutnya menjaga keamanan negara," tambah beliau. -tvsnews




6 ulasan:

wersoy berkata...

betul tue...jangan cakap sahaja..

TERPANAS SAAT INI!!!:
CONTEST!!PERLUMBAAN MALAM!!
SHOW BERSAMA BAND INCUBUS!!!

Tanpa Nama berkata...

sabar le pihak PDRM sedang karang skrip untuk nak terus kan cerita tersebut, kejap lagi keluarle statemen terbaru berkenaan barang2 yang ditemui itu

Tanpa Nama berkata...

Datuk Tun Hisan belajar dengan Datuk Khalid (bekas KP Selangor).. Cara-cara menjalankan "tugas".. Barulah "cerah masa depan".. Baru ada potensi jadi Tim. Ketua Polis Negara, dan seterusnya Ketua Polis Negara.. Agaknya lah.... heh..heh..

Tanpa Nama berkata...

lagi banyak senjata di kampung yang diguna untuk BERSIH kebun, takutnya pada bersih dan baju kuning, agaknya tak suka dibersihkan dari rasuah?

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya Ketua Polis Selangor ni tak dapat buktikan parang-parang dan botol-botol molotove cocktail tu kepunyaan Bersih(orang Bersih),diwajar diheret kemahkamah,saman malu,kerana buat fitnah dan cuba memburukkan Bersih.

1 Malaysia berkata...

Polis memang dari dulu lagi tak bersih. Minta depa tu suuuuuuumpah yang depa tu tak pernah ambil rasuah.
Kalau dah biasa dengan makan makanan yang yang HARAM, mana mungkin jiwanya boleh bersih.
Cerita senjata api / bom di Malaysia ???? Di Malaysia ni, hanya askar dan polis sahaja yang tahu menangani soal senjata ni. Rakyat biasa .... he he he..... pegang pistol plastik ada la. Nak buat cerita pun, tak erti. Itu pun bercita-cita nak jadi pemimpin. Tu yang nampak jadi macam Nazri, Hisham, Rais, .... bangang @ bodoh.