5 Jul 2011

BERSIH Di Stadium. Polis Perlu Pulangkan Semua Baju & Lepaskan Semua Tahanan [updated]

Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.

Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk tolak ansur, Ambiga menjawap 'Ya".

Sebelum ini, sumber yang rapat dengan pihak penganjur, memberitahu Malaysiakini tidak ada ahli politik yang menyertai pertemuan berkenaan.

Sejak jam 1.30 petang, ketiga-tiga pemimpin itu menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sebelum dibenarkan berbuat demikian pada jam 1.55 petang tadi.

Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka. -mk


Bersih Beralih Ke Stadium, Penganjur Ikut Nasihat Tuanku Mizan

KUALA LUMPUR 5 JULAI : BERSIH 2.0 kini akan diadakan di sebuah stadium atas sebab- sebab keselamatan, selaras dengan nasihat Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang berkenaan menemui penganjur perhimpunan aman itu di Istana Negara petang tadi.

Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenavasan berkata pihaknya akan berkerjasama dengan kerajaan untuk memilih stadium yang sesuai bagi mengadakan perhimpunan itu yang dijangka membabitkan lebih 100 ribu peserta.

Turut hadir bersama Ambiga menghadap Tuanku Mizan adalah Sastarawan Negara A.Samad Said dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin selaku ahli jawatankuasa penganjur Bersih 2.0.

Ambiga meminta semua pihak khususnya mereka yang menyokong perhimpunan Bersih 2.0 untuk memberi kerjasama dengan perkembangan terbaru ini kerana “ia adalah langkah yang terbaik buat masa sekarang.”

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini mengecam hebat hasrat Bersih 2.0 untuk berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum kepada Istana Negara bagi menuntut pilihanraya umum adil dan telus.

Perhimpunan itu disokong oleh parti- parti pembangkang namun ditolak oleh Barisan Nasional yang mendakwa tidak ada sebarang isu mengenai kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

BN menyifatkan perhimpunan itu sebagai demostrasi jalanan yang ingin digunakan oleh pembangkang untuk mengguling pemerintah. Tuduhan itu dinafi dengan keras oleh Pakatan Rakyat dan penganjur Bersih 2.0.

Susulan kecaman BN, polis menahan lebih 200 orang, kebanyakkannya hanya kerana memakai baju berlogo Bersih 2.0.

Sementara enam yang lain ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.

Polis juga mendakwa pihak tertentu mahu menggunakan perhimpunan itu untuk kononnya menghidupkan semula fahaman Komunis.

Masjid- masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya pula diwajib menyampaikan Khutbah Jumaat yang melabelkan penganjur Bersih 2.0 sebagai pelampau yang sanggup mencederakan anggota pasukan keselamatan.

Keadaan yang tegang itu akhirnya reda dengan campurtangan Yang diPertuan Agong yang menggesa penganjur Bersih untuk mengadakan dialog dengan kerajaan dan membatalkan perarakan itu, sungguhpun niatnya baik.

Ambiga memberitahu pemberita hari ini, pihaknya akur keperluan untuk mengadakan perhimpunan itu disebuah stadium dengan mengambil kira aspek- aspek keselamatan.

Butiran baru penganjuran majlis itu akan diumumkan malam ini. -tvsnews




Ulasan GB

Akhirnya cadangan GB yang GB kemukakan semalam menjadi kenyataan sekalipun belum diketahui stadium mana yang akan dipilih. Di dalam ulasan GB semalam, GB menyatakan:

Oleh kerana sudah ada titah Agong mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 ini, maka GB berpendapat bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 tidaklah wajar dibatalkan lantarannya, tetapi diteruskan dengan diubah perancangannya supaya diadakan di Dewan/ Stadium.

Ia adalah bagi mempastikan tuntutan BERSIH 2.0 tetap berjalan, dalam masa yang sama menghormati dan menjunjung tinggi titah Yang Dipertuan Agong.

Ia juga untuk mengelakkan provokasi yang telah dirancang oleh UMNO dan PERKASA.

Dan kita akan buktikan jumlah yang hadir benar-benar boleh mencecah 1 juta orang, bukan macam Himpunan Belia Najib yang 5,000 dikatanya 1 juta.

Dan jika kita berhimpun di stadium, dengan sendirinya tiada lagi tangkapan gila, sekatan dan penahanan yang disebabkan baju BERSIH.

Kita tidak berundur, tetapi kita ingin menutup pintu fitnah menyatakan kita hendak tumbangkan kerajaan melalui jalanraya bukan pilihanraya.


Kini, pihak Polis perlu kembalikan semua baju-baju yang dirampas dan lepaskan semua orang-orang yang ditahan. Tiada perhimpunan di jalanraya hanya di stadium, dan Perdana Menteri dan Agong sendiri mengizinkan perhimpunan Bersih di stadium. Jadi polis tidak perlu sibuk-sibuk untuk menahan dan menangkap orang pakai baju BERSIH dan menahan kenderaan yang akan menuju ke stadium.

Tidak perlu ada provokasi lagi samada oleh Patriot, PERKASA, PESAKA atau dari polis sendiri.

Tidak perlu kata ada unsur kominis, ada molotov coctail, ada parang, ada kepala bapak bom dan seumpamanya lagi. Jangan ada katak-katak kuang dan katak-katak puru juga terlompat-lompat untuk ikut BERSIH ke stadium.

Pakatan Rakyat kini berhak untuk berhimpun seberapa ramai yang kami mahu. Agong telah memperkenan dan merestuinya. Jangan ada yang derhaka.

Kita kuningkan (BERSIHkan) seluruh negara hari Sabtu ini nanti.

Kita himpun sebarapa ramai yang boleh di stadium nanti. Kita meminta pihak J/K Bersih mengadap semula Yang Dipertuan Agong agar memohon Agong mencemar dulinya bertemu rakyat di stadium itu nanti.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Ke stadium kita bersama-sama meneruskan perhimpunan bersih yang akan membersihkan kekotoran pemerintah yang telah sekian lama dinanti2kan. Pulangkan semua barang2 rampasan dan bebaskan semua tahanan serta menjunjung kasih YDP Agung kerana telah memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada BERSIH agar dapat dikembalikan sisitem demokrasi yang sebenarnya. Jangan lupa 8 tuntutan tu , teruskan.....

inchi berkata...

sokong seperti tajuk di atas..

RAHSIA TOMOK DISEBALIK WANG HANTARANNYA!!

Tanpa Nama berkata...

SEMUGA ALLAH S,W,T MELANJUTKAN USIA D.Y,M,M TUANKU MIZAN SERTA D.Y.M.M TUANKU PERMAISURI AGUNG DIATAS KESUDIAN TUANKU MENCEMAR MEMBERIKAN PERHIMPUNAN BERSIH DI TERUSKAN..WALAUPUN DISTADIUM.PATEK SERTA RAKYAT JELATA, SEKALI LAGI MENJUNJUNG KASIH BERTERIMA KASEH BUAT KEBAWAH D.Y.M.M TUANKU BERDUA..TUANKU...PATEK SERTA RAKYAT SEMUA AMAT BENCI SEKALI DENGAN PEMERINTAHAN NAJIB SERTA MENTERI2 KRONI BELIAU..WANG RAKYAT BERBILLION RINGIT DIBAZIRKAN..HIDUP SEMAKIN TERTEKAN DENGAN KENAIKAN HARGA2 BARANG SEKARANG.PEMERINTAHAN NAJIB DAN ROSMAH BEGITU JIJIK BUAT KAMI SELAMA INI.JANJI2 BOHONG..PETI2 UNDI BELOT,NAJIB MAHU SEGALA KHAZANAH BUMI INI DIBAZIRKAN OLEH BELIAU SENDIRI, MENTERI2,KRONI2 DAN ISTERI BELIAU SENDIRI..AMPUN TUANKU,SEMUGA KELUHAN SERTA RINTIHAN PATEK DAN RAKYAT SEMUA MENDAPAT PERHATIAN TUANKU.ALLAHHU AKBAR !!!...DAULAT TUANKU..DAULAT TUANKU,DAULAT TUANKU..

Tanpa Nama berkata...

lepas nih klu polis wat roadblock n tahan peserta yg nk g perhimpunan BERSIH mmg bleh dianggap menderhaka... bos dia si Hishamudin msti bertanggungjawab... aku harap polis tahan yg pakai baju merah n yg bawa senjata ja..

Tanpa Nama berkata...

Allahuakhbar semoga hidup harmoni semua rakyat malaysia dibawah tuanku mirzan yang dipertuan agong,kita sama sama seluruh rakyat malaysia bersihkan politik malaysia yang semakin hari semakin kotor dibawah kerajaan Umno bn.

Tanpa Nama berkata...

bersih dah halal.... nampaknya peniaga kat sogo tak untunglah.. tahniah bersih....

Tanpa Nama berkata...

eh kau orang kira tak berapa banyak baju yang polis dah rampas... mintak balik.. bukan apa takut salah gunakan baju-baju tu...

Beruk Ketawa berkata...

Habis macam mana dengan fatwa Ulamak-ulamak upahan yang mengeluarkan fatwa Bersih itu HARAM..?

Akhirnya Bersih itu HALAL. Yang haramnya ialah 'Ulamak Upahan' UMNO...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju dengan Anti Telan, jadi majlis fatwa kena telan fatwa yg terdahlu pasal BERSIH.

Pada muka kepada "UlarMak Upahan"... kena jilat ludah sendiri

AzMiR

bunbinban berkata...

korang ingat puak umporno ni duduk diam ke. pala hotak dorang dok pikir cara lain. tunggu je. lebeh2 lg puak 'eee', yg hidup mcm parasit ni. tambah lg puak melayu 'patriot'(baca parrot) yg dok hangguk je bila 'eee' bagi arahan. reezal, azeez...lu orang dok auh2 arrrr...gua rasa nakmuntah tengok lu orang

Tanpa Nama berkata...

Daulat Tuanku, Sekiranya Pakatan berjaya mengambil alih Putrajaya, Kekebalan Raja Raja akan kami kembalikan, tidak seperti sekarang ini orang yang paling berkuasa Pi eM & AG yang bertanggongjawab mengubah sejarah Pulau Batu Putih & Tanjong Pagar.

Tanpa Nama berkata...

Umno,perkasa,patriot tetap akan provok.lihat la baju bersih di temui bersama senjata n mcm2 lagi.tu kerja siapa? semua org tau apa itu BERSIH.sesuatu perhimpunan aman yg menuntut 8 perkara semasa pilihanraya.kita semua tau.semoga tiada gangguan kita ke stadium nanti.tak ada roadblock

Tanpa Nama berkata...

stadium mana nak berimpun ni?..

Tanpa Nama berkata...

Malam ni(5hb Julai) Berita TV3 tunjuk pulak konon polis sudah dapat banyak senjata dan molotov cocktail disekitar bandar Kuala Lumpur bersama dengan baju Bersih.Tak habis-habis polis nak tipu rakyat,serupa macam tuan dia jugak UMNO.Masih nak buruk dan kotorkan Bersih.Kalau diteliti parang-parang tu semua baru-baru belaka,macam baru dibeli dari kedai hardware.Begitu juga botol-botol molotov cocktail semua dari satu jenis dan satu warna dan baru.Kain perca yang jadi bahan pembakar pun dari satu jenis kain,yang sama warna.Bukan sahaja polis Malaysia ni tak profesional dalam menjalankan tugas,nak tipu rakyat pun tak profesional.Teringat satu kata-kata Inggeris: "You can bluff some people some times but you cannot bluff all the people,all the times".

Tanpa Nama berkata...

Tunjuk la jumpa bom tangan ker, pelancar roket ker, M16, AK47 ker, C4 ker barulah real skit.