Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memberi amaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan lapan tuntutan Bersih jika tidak mahu berhadapan dengan Bersih 3.0.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, empat daripada tuntutan yang dikemukan Bersih kepada SPR itu hakikatnya boleh dilaksanakan oleh agensi itu pada bila-bila masa sahaja.
“SPR mestilah membuat perubahan segera. Jikalau tidak ada apa-apa perubahan menjelang pilihan raya akan datang, PAS akan mencadangkan kepada Bersih untuk membuat himpunan sekali lagi,"kata beliau.
Menurut Mat Sabu SPR, tidak harus berdolak-dalik dalam menunaikan tuntutan rakyat yang mahukan sebuah pilihan raya adil dan bersih dilaksanakan di negara ini.
“Terutama dalam tutuntutan lapan perkara, empat perkara boleh dilakukan oleh SPRM.. jangan berdolak dalik. Kemudian kalau pilihan raya adil, kalau BN nak memang menanglah. Kita terima. Supaya undi pos dapat dibuat reformasi, celup jari, daftar pemilih yang bersih, media yang adil.. tapi selepas itu kalau BN nak menang-menanglah.Sebab kami tak ada masalah, (kami) menerima kekalahan. Yang kami tak mahu ialah ketidakadilan berlaku," tegas Mat Sabu lagi.
Empat tuntutan yang boleh dilaksanakan oleh SPR dengan kadar segera ialah membersihkan daftar pemilih, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan tempoh kempen minimum 21 hari.
Manakala yang lain seperti akses media yang bebas dan adil, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor tertakluk kepada kerajaan pusat.
Menurut Mat Sabu, PAS juga telah mencadangkan kepada Bersih agar menjadikan hari Sabtu sebagai hari memakai baju Bersih dan berwarna kuning sebagai menunjukkan kehendak rakyat yang berterusan terhadap perubahan sistem pilihan raya di negara ini.
Beliau pada masa sama menyelar sikap hipokrit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam mempermain-mainkan pihak yang memperjuangkan Himpunan Bersih 2.0.
"Saya juga merasa kesal yang amat sangat kepada Perdana Menteri yang suka berbohong. Semalam dalam ucapan di Pulau Pinang saya isytihar Perdana menteri Najib Tun Razak sebagai Perdana menteri yang pembohong.
"Beliau mengisytiharkan di peringkat awal minta mana-mana stadium, kamu melalaklah sampai ke pagi kita akan beri. Bila minta stadium tak beri.. kemudian selepas tutup pintu rundingan yang diumumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, tiba-tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong membuka pintu rundingan,
Najib (kemudian cakap) beliau sanggup berunding tetapi sampai akhir, beliau dikatakan menghilangkan diri dan tiada rundingan apa-apa," kata beliau.

5 ulasan:
sokong pada setiap hari sabtu kita namakan HARI BERSIH, KEADILAN RAKYAT, PEMANGKIN UMMAH...yg menyokong pakai baju warna kuning pada setiap hari sabtu sehingga SPRM menunaikan segala 8 perkara yg dtuntut oleh BERSIH 2.0...
tajuk ini bakal buatkan Najib x tidur malam..
TERBAIK SAAT INI!!:
MODEL TERBARU KERETA VIOS!!
VIDEO PEMBONGKARAN CINCIN RM24.5 JUTA ROSMAH!!
Bersih 3.0 Pulapol tolong sediakan Nasi Arab pulak lepas ni.
Sokong BERSIH 3....dicadangkan buat pada tarikh perhimpunan UMNO....atau tarikh - tarikh yg penting dengan aktiviti Malaysia seperti hari Merdeka. Rumah Terbuka Raya UMNO....
Sokong Anonymous agar diadakan BERSIH 3...buat BERSIH pada masa ada majlis yg UMNO buat...kita tengok siapa yg paling ramai masa tu...kalau tak UMNO dok ckp tinggi melanggit mcm dia org GAH dan HEBAT digelanggang persilatan boleh kumpul 1 juta org...UMNO umpama terbang di awan Biru dan tidak kenal tanah di bumi...BAK KATA PUJANGGA...YG ATAS PASTI KE BAWAH DAN YG BAWAH PASTI AKAN KE ATAS JUGA, WALAUPUN PERLAHAN UTK SAMPAI KE ATAS..UMNO sudah lama tak cium bau tanah, tu yg lupa daratan
Catat Ulasan