24 Jun 2011

Rahim Tamby Chik Hanya Dituduh Bersubahat?

Kesemua ketiga-tiga Datuk T mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan berhubung kesalahan menayangkan rakaman video seks yang si pelakunya didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Trio Datuk T yang didakwa terlibat dalam penayangan rakaman video seks yang si pelakunya didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini berhubung kesalahan menayangkan bahan lucah.

Bagaimanapun hanya dua daripada Datuk T iaitu ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim didakwa bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula didakwa secara berasingan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut.


Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara.

Pendakwaan terhadap Shazryl Eskay dan Shuib dibuat mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan manakala pertuduhan terhadap Abdul Rahim dibuat mengikut seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama bagi persubahatan.

Jika sabit kesalahan, semua mereka boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-keduanya sekali.

Selepas pertuduhan dibacakan, semua tertuduh mengaku faham dan memohon agar prosiding ditangguhkan sebentar untuk membolehkan mereka berbincang dengan peguam masing-masing.

Ulasan GB

Rahim Tamby Chik hanya dituduh bersubahat?

Apakah ia usaha pendakwa raya untuk menyelamatkan RTC dari terkena hukuman yang sama dengan dua yang lain supaya beliau tidak digugurkan dari jawatannya selaku Pengerusi RISDA?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nah lepas ni kita boleh buka panggung untuk tayang filem lucah. Tak salah kan? Hanya kena minta permit dari Menteri atau terus saja kat Perdana Menteri. Tapi jangan lupa untuk berunding dengan Tuanku Rosmah Mansor sama. Mesti boleh punya. Jangan bimbang.

man kota berkata...

Apa komen Nazri, hari tu kata tak salah kerana 3T berniat baik, bergantung kepada niat. Amacam Nazri ?