29 Jun 2011

PR Desak Putrajaya Perinci Kos RM49 Juta Biaya Rumah PM, TM

Ketika rakyat menderita akibat kenaikan harga minyak dan barang keperluan serta kos sara hidup, kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) pula membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya.

Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 itu dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Mengulas jawapan kerajaan itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

Malah, beliau turut menggesa pentadbiran Najib memperincikan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan kerana ia disifatkan sebagai tidak munasabah dan meragukan.

"Disaat rakyat, seluruh agensi dan jabatan kerajaan disuruh berjimat cermat dengan keadaan ekonomi yang semakin parah ini, Kerajaan Umno-BN pula membelanjakan berbilion ringgit wang rakyat untuk kos baik pulih kediaman dua pemimpin negara. Dan jumlah yang dibelanjakan hampir RM 60,000 sebulan. Apa yang dibaik pulih kita pun tidak tahu," soalnya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang) memberitahu, kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud turut mengesa kerajaan supaya mendedahkan perjanjian sewa beli kediaman rasmi terbabit dengan Perbadanan Putrajaya Holding kepada rakyat.

"Kita dapati terlalu banyak pemborosan berlaku dan ini baru melibatkan kediaman rasmi, belum lagi melihat kepada aset-aset kerajaan yang lain. Jadi timbul persoalan disini kenapa kediaman rasmi ini disewa daripada Perbadanan Putrajaya Holding," soalnya.

"Jadi kita minta ia didedahkan kepada rakyat tentang perjanjian tersebut bahawa. Dan selama mana kerajaan terpaksa menyewa kediaman ini," ujarnya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook berkata perkara ini jelas mencerminkan wajah sebenar pemimpin tertinggi negara yang tidak menginsafi keperitan hidup rakyat sebaliknya rakus meratah wang rakyat.

"Sekarang baru kita tahu mengapa pimpinan tertinggi negara kita tidak tahu kesusahan rakyat, kerana mereka memang tidak akan merasainya. Dan oleh itu, mereka hanya tahu tarik balik subsidi gula sebanyak 20sen dengan alasan ianya rasional jangan makan gula lebih, memang lah mereka tidak rasa mereka boros, elektrik sehari RM 5,704.00, bila air sehari RM 1.092.00," katanya. -tvsnews




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam GB,

49 juta setahun atau 48 juta setahun?atau untuk tempoh 2006 hingga 2010?Sebab kalau salah fakta atau perbezaan angka jd fitnah pula.walau apepun memang xpatutlah mereka belanja besar sedangkan rakyat disuruh ikat perut.

Tanpa Nama berkata...

rakyat disuruh ikat perut sepatutnya pm pun kena ikat perut la juga..baru adil..

masihhijau berkata...

masihhijau..
bukan ker sesi soal jawab kat parlimen ada rakaman? blh tak sesiapa siar kan sesi soal jawab tersebut? nak dgr gak betul ker nazri kata mcm tu. setahun ker sepanjang 2006-2010. Tp apa pon mmg boros pemimpin kita nih. mmg ketam. suruh nya kita berjimat, tp... ntah lah.. kecewa sgt sgt....

akudia berkata...

xperlu kecewa,hairan or pelik...sudah lama sgt begitu..tp sesetengah rakyat masih tidak mahu berubah..berubah untuk melihat kesan yg lebih positif..tidak salah untuk berubah..bangunlaa rakyat2 semua..kami dh terlalu muak dengan pemerintahan yg tamak dn tidak bertanggungjawab ini

akudia berkata...

xperlu kecewa, sedih or pelik..sudah lama begitu cara khidupan diorg...bangunlaa rakyat untuk melakukan perubahan..dh lama sgt kite dipimpin oleh org yg rakus, tdk bertanggungjawab n tamak..xsalah untuk berubah..