Mat Sabu: PAS tetap sertai perhimpunan 9 Julai
Di sebalik pelbagai tekanan dan amaran kepada penyokong BERSIH 2.0, PAS yakin ramai rakyat negara ini akan memberanikan diri menyertai perhimpunan aman bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara itu.
Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu juga berjanji anggota parti Islam itu akan berkelakuan baik dan mematuhi undang-undang.
“Arahan presiden PAS (Datuk Seri Hadi Awang), mursyidul am (Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan ketua Dewan Ulama (Datuk Harun Taib) supaya ahli turun menyertai perhimpunan itu... kita tidak ada pilihan melainkan menyertai perhimpunan ini.
“Semua anggota akan berkelakuan baik dan teratur seperti pada demonstrasi sebelum ini. Jika tidak, polis boleh bertindak ke atas mereka," katanya.
Menurut Mohamad, polis atau pihak keselamatan boleh menahan dan mengambil tindakan terhadap ahli PAS yang melanggar undang-undang.
"Polis boleh ambil tindakan atau menahan ahli PAS yang buat kacau seperti membakar kereta atau melempar batu. Kita tidak akan membela mereka kalau betul ahli PAS bertindak ganas," katanya.
Mohamad yang terkenal sebagai pemidato yang lantang hadir di balai polis daerah Gombak untuk memberi keterangan berhubung apa yang diperkatakannya pada muktamar parti itu yang lalu.
Katanya, PAS menyokong BERSIH kerana tuntutannya yang mahu pilihan raya yang bebas dan adil.
Ditanya apa yang akan dilakukan jika BERSIH membatalkan perhimpunan itu, Mohamad berkata terpulang kepada gabungan itu kerana mereka adalah badan yang bebas.
“Namun, kita akan tentukan apa yang perlu dilakukan seterusnya (jika ini berlaku),” katanya.
Mohamad juga memberi jaminan bahawa ramai akan keluar menyokong perhimpunan 9 Julai itu tetapi tidak dapat memberikan ramalan jumlahnya tetapi mengulangi ia adalah himpunan yang aman.
“Saya mahu polis dengan serius menyiasat sebuah pertubuhan yang mendakwa akan berlaku 'pertumpahan darah' jika BERSIH diteruskan. Perkataan seumpama ini berbaur hasutan dan tidak perlu,” katanya. -mk

6 ulasan:
salam. sedih kerana melayu islam diperbodohkan oleh orangt kafir. lihat lihat lihat. setiap kali perhimpunanan begini dimana kaum cina, india yg jika perjuangkan bersih.... ? mereka dirumah!
tetapi melayu islam yg bersaudara menjadi alat diperbodohhkan org kafir untuk membenci antara satu dgn lain dan berbantah2 sesama islam.
mengapa buat demostrasi di dataran merdeka yg berhampiran jalan tuanku abdul rahman iaitu tempat perniagaan kaum melayu? inilah niatnya, ubtuk menjahankan dan membodohkan org melayu islam... mengapa tidak buat di bukit bintang? pastikan kaum cina akan membantah... berani kah... bersih di demostrasi even secara aman di bukit bintang? kwsn perniagaan kaum cina? pastinya tak berani...!
inilah realitinya.. yang dikatakan bersih...! org melayu ynag menjunjung ajaran islam... sedarlah.... adakah kita nak membiarkan kita diperbodohkan oleh orang kafir...? adakah si kafir mampu perjuangkan dan agungkan islam?
sedar lah... politik tidak seharusnya diperjudikan masa depan agama islam.
Allah Maha Besar...! Ya Allah...lindungi kelemahan orang Islam yang dikaburi kehendak keduniaan.!...
Ahli UMNO bawahan masih terus diperbodohkan oleh pemimpin UMNO yg sedia ada bangang dgn memainkan isu perkauman. inilah ahli UMNO bawahan yg telah byk makan nasi kangkang sampai termakan fitnah pemimpin UMNO sehinga tak sedar sebenarnya UMNo membawa budaya Yahudi dalam agama islam. Bila isu perkauman dimainkan, ahli umno bawahan pun ckap melayu PR ikut telunjuk org cina...maka inilah masanya pemimpin UMNO yg bangang terus merompak hasil negara samapi ahli umno bawahan yg plet motornya patah nak ganti kena tunggu hujung bulan???
1 orang membelanjakan RM10 x 100,000 = peniaga TAR dapat 1 juta. WOW!
bersih bersih!!!lawan tetap lawan!!!
Ninja Glock,Dari Casing Handset Jadi Pistol Sebenar!!
Ini baru pemimpin, tak macam timbalan yang dulu
Saudara anon June 30, 9.36 PM.
Jangan dok cuba memainkan api perkauman. Hang dok kena permainkan oleh orang MELAYU KITA yang lidahnya tiada nilai Islam. Hang dok menyokong golongan munafikun tu buat apa. Kalau hang sendiri tak mampu membersihkan apa yang UMNO lakukan, maka tak perlu hang dok melalak kata Melayu dipermainkan oleh orang kafir. Kalaulah kamu tak menyokong proses pembersihan, maka jangan sekali-kali kata kamu ini memperjuangkan Islam kerana ini akan mencemarkan nama baik Islam itu sendiri.
Janganlah kita diperbodohkan atau sengaja memperbodohkan manusia lain dengan semangat KEMELAYUAN hang tu (cuba selit dengan semangat KEISLAMAN). Semangat yang dilarang dalam agama Islam, janganlah cuba hang api-apikan sebab nanti ianya membakar orang lain tepapi diri sendiri.
Catat Ulasan