30 Jun 2011

Pun Ada: Suami Gigit Kemaluan Isteri Berdepan Hukuman Penjara 5 Tahun

Dituduh gigit kemaluan isteri

KUANTAN - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menggigit kemaluan wanita itu yang enggan mengadakan hubungan seks pada April lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd. Shakri Ismail, 28, dari Felda Bukit Goh di sini membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Shakri didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Roshapida Mat Sidik, 23, dengan menggigit kemaluan mangsa untuk mengadakan persetubuhan antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 3.30 pagi pada 21 April lalu di sebuah rumah di Felda Bukit Goh di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Terdahulu, selepas kertas pertuduhan dibacakan tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak melakukan perbuatan itu dan mempersoalkan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

"Saya tidak mencederakan dia," kata Mohd. Shakri.

Mendengar kata-kata tertuduh itu, Noradidah menyoal semula Mohd. Shakri dengan berkata:

"Jika kamu tidak melakukan perbuatan itu mengapa ada kesan gigitan pada mangsa."

Kata-kata hakim itu menyebabkan tertuduh terus mendiamkan diri sebelum mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. -kosmo


Penoreh getah kena dakwa gigit isteri

KUANTAN: “Saya tidak cederakan dia,” reaksi spontan seorang penoreh getah selepas pertuduhan mencederakan isteri dengan menggigit kemaluan mangsa dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd Shakri Ismail, 28, dari FELDA Bukit Goh, dekat sini terdiam selepas Hakim Noradidah Ahmad bertanya mengapa ada kesan gigitan pada mangsa jika dia tidak melakukan perbuatan itu.

Mohd Shakri kemudian membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya sebanyak dua kali oleh jurubahasa mahkamah.

Noradidah mengarahkan Mohd Shakri dikenakan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan beberapa syarat tambahan iaitu dia tidak boleh menghubungi dan pulang ke rumah mangsa selain tidak dibenarkan berada berdekatan wanita berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati menyebabkan kecederaan terhadap isterinya ketika mengadakan persetubuhan di sebuah rumah di FELDA Bukit Goh 21 April lalu antara jam 12 tengah malam hingga jam 3 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun.

Difahamkan, pada 21 April lalu tertuduh dikatakan mengejut isterinya, 23, yang sedang tidur untuk melakukan hubungan seks tetapi ditolak wanita itu dengan alasan tidak sihat.

Pada keesokan harinya, tertuduh menghantar isterinya ke rumah ibu mentua dan mangsa yang mengalami kesakitan akibat perbuatan lelaki itu membuat laporan polis.


Selepas kejadian itu, tertuduh melarikan diri tetapi berjaya ditahan di Kota Bharu, Kelantan Isnin lalu.

Pasangan terbabit yang berkahwin dua tahun lalu tidak mempunyai cahaya mata bercerai Khamis lalu.

Mohd Shakri gagal membayar wang jaminan yang ditawarkan mahkamah dan dihantar ke Penjara Penor sementara menunggu kesnya disebut semula pada 25 Julai ini.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -BH

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

air dah naik kepala, gigi pun pakai...

Tanpa Nama berkata...

Biasa la bro.
Kut-kut bini dia pun main ganas gak...haaa..., sapa nak jawab.
Ni kisah r/tangga bro...jangan bawak keluar ler...,kan dah ' 1 MALAYSIA ' heboh.

Tanpa Nama berkata...

Klu iku quran & sunnah insyaAllah tak gini.

Ilmu ttg sapa yg paling utama bertnggungjwb cari nafkah, yg kena lebih ilmu agamanya & yg perlu ajar kpd pasangannya.

Org lelaki target no satu hok yg ladang tu le, org perempuan pula ladang tu sebelum ditanam hendaklah dibajai, dibelai2, tidak disusah2kan..

Ni klu semua isteri kena buat, termasuk cari duit beli baja, cangkul, dll, suami cuma tanam benih.. apa cerita ni? Tu pasal kena ada ilmu.

Nabi pula ada ajar ttg bab2 mukadimah ni.. dll.

Tanpa Nama berkata...

ni tersilap faham simpulan bahasa...

...alangkan lidah lagi tergigit...

Tanpa Nama berkata...

inikan plak gigi...cari benda tersembunyi tak jumpa...dia geram lalu gigit laaaaaaa.