30 Jun 2011

"Fatwa" Hishamuddin Tercabar, Ahli Parlimen PR Berpakaian Kuning

Sebagai tanda sokongan padunya terhadap Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini hadir dengan mengenakan pakaian berwarna kuning sempena warna rasmi Bersih 2.0.

Tindakan mengenakan pakaian kuning itu juga dibuat sebagai membantah segala usaha polis menjelang perhimpunan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini.

Malah dalam merealisasikan sokongan mereka, hampir semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memakai tali leher kuning manakala ahli parlimen wanita pula memakai pakaian kuning.

Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa dan rakan sejawatnya dari Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut memakai baju T Bersih 2.0, yang mana pakaian terbabit merupakan penyumbang kepada peningkatan jumlah tahanan baju kuning itu sejak sabtu lalu kepada 108 tahanan.

Malah hari ini, Ahli Parlimen Gopeng Lee Boon Chye ditahan kerana memakai baju berwarna Kuning.

Sementara ADUN Pakatan Rakyat, Chan Ming Kai ditahan kerana memakai baju T Bersih di Gunung Rapat, Perak dengan dua lagi ahli parti itu pagi tadi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menegaskan bahawa tindakan polis itu merupakan intimidasi jelas dari pihak Kerajaan.

"Kami di sini untuk tunjukkan ketidakpuasan hati kami dan menyokong Himpunan Bersih yang aman. Tak dapat dibayangkan pemuda UMNO yang memakai baju Patriot kelmarin dan mereka yang mengeluarkan kenyataan 13 Mei tidak diambil tindakan.

“Bagaimanapun, penangkapan ini tidak mengurangkan bilangan kami, malah makin bertambah,” kata Tian merujuk pada himpunan 9 Julai ini.

Beliau mengulas 'kebebasan' Himpunan Patriot yang memprovokasi Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di Petaling Jaya kelmarin.

Manakala Ahli Parlimen Lembah Pantai, menyatakan ugutan dan provokasi Kumpulan Pendesak Melayu seperti Perkasa dan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia hanyalah memalingkan sokongan daripada pihak Kerajaan.

"Rakyat tidak buta dengan tindakan Polis terhadap Bersih dan kenyataan bersifat menghasut dari kumpulan seperti Perkasa dan PSSLM. Kenyataan ancaman kumpulan itu untuk melancarkan Perang terhadap penyokong bersih dan dengan Perkasa bangkitkan seolah-olah 13 Mei 1969 akan berulang langsung tidak diambil tindakan dan hanya menambah sokongan terhadap Bersih, kata beliau.

Turut mengulas isu yang sama Ahli Parlimen Kuala Krai Hata Ramli, dimana beliau mengutuk tindakan Polis yang memanggil personaliti seperti Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, dan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr D. Jeyakumar yang berhadapan dengan Polis kerana menyokong Bersih.

"(Mereka turut) memanggil Sasterawan Negara Pak Samad Said ke Balai Polis. Apakah setiap penerima anugerah Sasterawan Negara hanya boleh mengeluarkan sajak yang membodek kerajaan? Kalau begitu malulah kita. Sepatutnya kita analisis sajak itu, bukan bawak ke balai untuk menakutkan.

"Untuk penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput Jayakumar, saya cuba bawak usul 18 (1) kerana beliau terhalang tugas sebagai Ahli Parlimen," kata beliau. -tvsnews


Protes: Ahli parlimen Pakatan berpakaian 'kuning'

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Sebagai membantah tindakan pihak polis yang memerangi sebarang unsur sokongan kepada himpunan aman Bersih 2.0, ahli parlimen Pakatan Rakyat hadir ke Dewan Rakyat hari ini dengan berpakaian kuning.

Ada antara mereka berbaju kuning, dan ada juga bertali leher kuning bercetak Bersih 2.0 sekaligus dilihat seperti mencabar pihak berkuasa yang sedang giat melakukan tangkapan terhadap mereka yang memakai baju kuning bercetak Bersih 2.0.

Ahli parlimen wanita pula memakai pakaian kuning.

Dua dari mereka, Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan Bukit Gantang Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memakai baju-T Bersih 2.0.

Pada sidang media mereka di lobi parlimen hari ini, mereka turut mengecam tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussin berhubung kenyataannya bahawa menyokong himpunan Bersih adalah haram.

"Kami di sini untuk menyokong himpunan Bersih bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil," kata Penasihat DAP Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur)

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata baju-T Bersih haram dipakai dan mereka yang berbuat demikian boleh ditangkap.

"Tindakan kami memakai kuning hari ini sebagai protes kami kepada tingkah laku pihak berkuasa yang kami rasa sudah melampaui batas," kata Dr. Hatta Mohd Ramli (PAS-Kuala Krai). -hd





8 ulasan:

Awanama berkata...

Hishamuddin kata pakai warna kuning yang menyerupai tema perhimpunan Bersih 2.0 adalah haram dan boleh ditangkap.

Apa lagi... tangkaplah ahli parlimen yang pakai warna kuning tu...

Tapi nak tahu juga akta apa yang digunapakai dimana polis boleh menahan dan menangkap rakyat yang memakai pakaian berwarna kuning.

Awanama berkata...

Akta Tiga Abdul la tu. Hi... hi...

penemuan luar biasa !!! berkata...

aalaahaii.. aku pun dah tak bleh pakai baju kuning laa nii.. aduii aii.. makin luar biasa!!!

Awanama berkata...

nak pakai warna kuning ke, atau tak nak pakai apa-apa macam dalam vdeo ke, suka hati le...

Awanama berkata...

Termasuk Sultan pun tak boleh pakai pakaian warna kuning, payong kuning, dudok singgahsana kuning nanti kene tangkap. Umnolah yang menyebabkan sultan hilang kekebalan.

Awanama berkata...

Bas sekolah nak kena tangkap sebab warna kuning?

Awanama berkata...

berdosakah pakai baju warna kuning bercetak bersih 2.0???... tiada kebebasan!!! rakyat m'sia masih dijajah? Say No BN.

Awanama berkata...

Saya suka warna kuning ada banyak pakaian kuning...bolehkah saya 'trade in' dengan kerajaan dan dapatkan kerugian saya.???