KUALA LUMPUR: Orang ramai yang sibuk bergegas ke tempat kerja gempar dengan penemuan mayat seorang bayi tersangkut di celah batu di Sungai Gombak, berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.
Bayi perempuan itu dikatakan dibawa arus sungai berkenaan ke kawasan itu berikutan maklumat daripada orang awam menyatakan ternampak kelibat ‘anak patung’ terapung di kawasan berdekatan Stesen LRT Titiwangsa.
Orang awam yang curiga dengan objek itu menghubungi polis dan bomba sebelum mereka tiba di kawasan berkenaan kira-kira jam 9 pagi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, mayat bayi perempuan itu dipercayai baru dilahirkan dan dicampak di dalam sungai sebelum dihanyutkan.
Menurutnya, kejadian itu disedari orang awam yang terlihat objek seperti ‘anak patung’ dihanyutkan arus sebelum menghubungi polis.
Sepasukan bomba dari Sentul dihantar ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mayat bayi berkenaan.
“Bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu dibawa arus dari kawasan Stesen LRT Titiwangsa di Jalan Pekeliling.
“Setelah membuat operasi mengesan, kami (polis) menemui mayat bayi itu berdekatan PWTC yang tersangkut di celah batu. “Mayat itu dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya. -hm
2 ulasan:
apa punya manusia laa...aku nak anak perempuan tp x der rezeki lagi..puak2 ni buleh buang anak dlm sungai.....nauzubillah
Begitu le .. yg nak anak, tak dapat. Yg dah ada, dibuang pulak.
Sama le .. yg kaya, anak sikit . Yg miskin, ramai pulak anak.
Catat Ulasan