1 Jun 2011

Benarkah "Geng Terengganu" Tonjol Datuk T Gantikan Nasha?

Ulama bakal singkir Nasha

Setelah berkhidmat selama tiga penggal, Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dijangka dihumban keluar daripada kepimpinan tertinggi parti Islam itu oleh tokoh ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim juga diramal bakal melangkah bergaya ke kerusi nombor dua PAS dengan sokongan ulama yang kini beralih arah kepadanya, sekali gus turut mengetepikan pemimpin popular di peringkat akar umbi Mohamad Sabu.

Hasrat golongan ulama mahu mengangkat Tuan Ibrahim sebagai 'ayam tambatan' baru bagi menggantikan Nasharudin tidak dapat dibendung lagi apabila dikatakan beberapa kali memujuk Tuan Ibrahim yang pada mulanya enggan bertanding.

Menurut pemerhati politik PAS Mohd Sayuti Omar, penyertaan Tuan Ibrahim -- kini naib presiden -- dilihat seakan-akan "firman" yang mampu memenangkannya.

"Penyertaan Tuan Ibrahim ini seperti firman, tidak kiralah daripada atas atau bawah (hierarki parti)," katanya kepada Malaysiakini semalam.

"Bagaimanapun kelemahannya, (apabila) perwakilan melihatnya sebagai oportunis kerana mengumumkan kesediaan di saat-saat akhir (sebelum tarikh akhir penerimaan). Oleh kerana dapat pencalonan banyak, beliau pun masuk."

Mohd Sayuti yang juga ketua pengarang Siasah -- akhbar yang banyak melaporkan kegiatan PAS -- bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas dari mana datangnya "firman" itu secara terperinci.

Sementara menurut sumber yang dekat dengan golongan ulama, usaha mengetengahkan Tuan Ibrahim dijalankan oleh beberapa "pemikir" di belakang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kebanyakannya terdiri daripada beberapa "ilmuan" dan ahli akademik.

Pujuk, ziarah rumah

Menurutnya, bagi menjayakan agenda ini, beberapa pemimpin penting PAS, antaranya Ketua Dewan Ulama Dato Harun Taib diutuskan menemui dan memujuk Tuan Ibrahim secara berterusan sehingga didakwa memberikan tekanan kepadanya untuk bertanding.

"Peranan ini dimainkan oleh Dewan Ulama dan apa yang disebut sebagai 'Geng Terengganu'. Usaha mereka ini termasuklah mengadakan ziarah ke rumah Tuan Ibrahim. Usaha yang sama juga dijalankan pada (Ketua Pemuda) Nasrudin Hasssan," jelasnya.

Menurut sumber lagi, golongan ulama dalam PAS terpaksa mengambil langkah drastik itu kerana mereka tidak boleh lagi bergantung kepada Nasharudin untuk menjalankan agenda kumpulan itu.

"Imejnya sudah terjejas," katanya merujuk kepada prestasi anggota parlimen Bachok itu yang menjadi sudah menjadi cakap-cakap di kalangan pemimpin PAS.

Kemasukan Tuan Ibrahim sebelum ini dilihat ekoran kebimbangan golongan ulama terhadap asakan kuat Mohamad yang bertanding untuk jawatan itu buat kali kedua dan menjadi yang paling awal mengumumkan hasratnya itu.

Ia juga dikatakan mengambil perkiraan jumlah pencalonan Tuan Ibrahim yang memberangkang. Menurut sumber, pesuruhajaya PAS Pahang itu mendapat 39 pencalonan di belakang Mohamad (47) dan Nasharudin (43).

Bagaimanapun, terdapat difahamkan sekurang-kurangang 15 kawasan yang menyokong Tuan Ibrahim gagal menghantar pencalonan pada masanya untuk diterima.

Sementara itu, ramai penganalisis politik rata-rata melihat pertembungan tiga penjuru untuk merebut kerusi nombor dua itu bakal berlangsung sengit dan tiada kemenangan mudah akan berlaku.

Tapi dia 'nobody'

Ramai daripada mereka sepakat bahawa pertembungan sebenar masih antara Tuan Ibrahim dam Mohamad Sabu. Nasharudin pula dilihat agak terkebelakang dan masih bergelut mempertahankan sokongan sedia ada, di samping memenangi hati golongan profesional PAS.

Felo Kanan Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Kamaruzaman Yusoff mengakui bahawa kali ini Nasharudin masih menghadapai protes terhadap kepimpinannya yang besar.

"Cuma persoalannnya, ke mana undi itu akan pergi? Sama ada pada Mat Sabu atau Tuan Ibrahim. Tetapi saya dok jangka, kemungkinan besar Tuan Ibrahim akan memang. Kemungkinan ada kompromi dengan Mat Sabu (di saat akhir)," katanya.

Bagaimanapun, menurut Dr Kamaruzaman, cabaran bagi kumpulan ulama apabila berlakunya perpecahan undi di antara Nasharudin dan Tuan Ibrahim dan populariti Mohamad sebagai pemidato terkenal yang didakwa kukuh menguasa beberapa negeri seperti Sabah, Johor, se sebahagian Selangor dan Kelantan.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan pula berpendapat sebaliknya.

Baginya, walaupun Mohamad masih memikul beban pemikirannya yang berbeza, pendekatan kempennya setakat ini "bagus" dan tidak berlebih-lebihan.

"Ia berjalan dengan betul," katanya sambil memberita dalam PAS, calon yang lebih berkempen boleh mengundang kekalahan.

Walaupun Tuan Ibrahim dianggap cabaran itu, tetapi bekas 'selebriti agama' itu dilihat "nobody" (bukan sesiapa) dalam sepak terajang poitik tanah air dan hanya berpengaruh dalam lingkarannya sendiri sahaja, dakwa Wan Saiful.

Ulasan GB

Tulisan yang tersiar di malaysiakini di atas samada ia benar atau pun tidak telah mendedahkan beberapa perkara: iaitu adanya kumpulan dari Terengganu yang mendesak Datuk T (Datuk Tuan Ibrahim) masuk bertanding bagi jawatan nombor dua dalam parti.

Ia dikatakan diantara usaha terdesak "geng Terengganu" bagi melaksanakan agenda mereka.

"Peranan ini dimainkan oleh Dewan Ulama dan apa yang disebut sebagai 'Geng Terengganu'. Usaha mereka ini termasuklah mengadakan ziarah ke rumah Tuan Ibrahim. Usaha yang sama juga dijalankan pada (Ketua Pemuda) Nasrudin Hasssan,"

golongan ulama dalam PAS terpaksa mengambil langkah drastik itu kerana mereka tidak boleh lagi bergantung kepada Nasharudin untuk menjalankan agenda kumpulan itu.

Jika benar seperti yang dilaporkan, bererti telah wujud parti di dalam parti, jemaah di dalam jemaah dan ia amatlah keterlaluan dan mendukacitakan. Kerana itulah punca kepada apa yang dinamakan "perpecahan" di dalam parti.

Kita yakin pemilihan di dalam PAS sepatutnya berlansung di dalam suasana yang harmonis dan jujur, tidak berlaku adegan untuk "agenda-agenda" tersembunyi kerana seperti yang kita telah nyatakan sebelum ini, kemenangan jawatan di dalam parti adalah taklif (amanah dan tanggungjawab), bukan tasyrif (kemegahan dan kemuliaan).

Namun GB sejak daripada awal merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena, itu sebab mengapa ada kes yang pelik-pelik berlaku seperti nama calon AJK tercicir, jumlah pencalonan setiap calon tidak diumumkan, campurtangan Setiausaha Agong PAS di dalam J/K Pemilihan, serangan ke atas Mohd Sabu secara berlebihan (malah telah wujud blog antimohdsabu seperti mana wujud blog anti-husam di dalam pemilihan yang lalu), peranan harakahdaily yang hanya melaporkan aktiviti beberapa pemimpin terpilih sebelum penamaan calon dan mengatur nama calon seperti ada usaha menonjolkan calon tertentu dan bermacam-macam lagi.

Jika dahulunya "geng Terengganu" ini menonjolkan Ustadz Nasha, kali ini mereka mengenepikan Ustadz Nasha sesuka hati dengan menaikkan pula Datuk Tuan Ibrahim. Dan apa pula terjadi nanti jika Tuan Ibrahim tidak memenuhi hasrat mereka? Mereka jugakah yang akan menjatuhkan Datuk T dan kemudian mengangkat orang lain pula?

"Sama sahaja dengan perangai UMNO. Patutlah Terengganu terlepas ke tangan UMNO!" - kata seorang pengkomen di blog GB.

Kita berharap jika benar "geng Terengganu" itu wujud, maka bubarkanlah dan hentikan segala perlakuan yang tidak baik di dalam jemaah sebelum Allah s.w.t. menurunkan kaffarah secara merata kepada kita semua.

Muga Allah selamatkan jemaah ini dari hancur binasa dan mempertautkan ukhwah Islamiah di antara kita semua menjelang muktamar ini adanya.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ulamak tembak ulamak!
kesiannya ustadz nasha.

cucukerinci berkata...

jgn samakan kaedah pilih pemimpin PAS dgn puak umno...pastikan niat perjuangan kerana ALLAH dan rasulnya...untuk menegakkan ISLAM sebagai addin....

Tanpa Nama berkata...

hati-hati dengan sayuti mso. dia ni kaki putar alam juga. dah kena saman dengan lelaki berbaju kotak-kotak.

Tanpa Nama berkata...

cucukerinci,

Sama tak sama macam pemilihan UMNO,anta kena tanya puak UG yang mengendalikan pemilihan ini.
Kalau benar gulungan ulamak pinggirkan Nasha,apa yang berlaku pada Nasha akan berlaku jua pada Tuan Brahim nanti.Ini kerja ulamak pelawok,perwakilan kena faham.Jangan wala membabi buta.

Tanpa Nama berkata...

merayu kepada pemimpin Pas, kalau permilihan tersebut ala umno dan PKR, Maka kami penyokong Pas akan turut kecewa, dan memberi kesempatan kepada UMNO menghancur Pas, saperti terjadi dalam PKR. Kepecayaan Penyokong Pas perlu di ambil kira.

Filai berkata...

PAS perlukan seorang pemimpin yg boleh menutup turus isu UG, yang boleh menyatukan semua orang.. Malangnya Presiden dan semua calon timbalan tak mampu.. Lagi 2 tahun apa pon berlaku diorang mesti undur.. Termasuk TGNA dan pimpinan dewan ulama.. Bagi aku salahuddin, nizar, husam dan beberapa calon AJK mampu buat.. Dewan ulama pon kasik kat orang lain.. Harap2 diorang tanding jawatan lebih tinggi pemilihan akan datang.. Kita kena ubah, kita hargai sumbangan TGNA, TGHH, Mustafa Ali, Mat Sabu, Harun Taib, dan lain2

sayang PAS berkata...

Btenang u.Nasha. Saya doakan tuan mnang. Amin...