28 Mei 2011

[Video] Laporan Polis Terhadap Papagomo Kerana Ugutan Bunuh

AMK Buat Laporan Polis Terima Ugutan Bunuh Blogger Papa Gomo

SHAH ALAM 28 MEI : Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam oleh blogger Harapan Rakyat apabila didakwa menerima satu mesej ugutan bunuh melalui laman sosial Facebooknya, di sini, hari ini.

Beliau yang juga ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Azuan Ab Rahman, 33, mendakwa menerima ugutan bunuh itu daripada seorang blogger yang dipercayai penyokong Umno-Barisan Nasional (BN) iaitu Papa Gomo (gambar) pada 20 Mei lalu.

Menurut Mohd Azuan, blog Harapan Rakyat mula diaktifkan kira-kira setahun lalu dan melalui laman tersebut beliau berbalas pendapat dengan blogger dan pelayar internet lain mengenai hal ehwal semasa terutama isu-isu berkaitan politik.

Mohd Azuan berkata, baru-baru ini beliau menerima permintaan blogger Papa Gomo untuk menyertainya sebagai ahli namun setelah aktif sebagai rakan dalam laman tersebut beliau dipercayai membuat ugutan bunuh berikutan tidak berpuas hati dengan pendapat yang diberikannya kepada blogger atau pelayar internet lain.

“Sebelum ini saya ada menerima permintaan sebagai rakan di akuan Facebook saya oleh dia (Papa Gomo) tetapi tidak pernah ada hubungan yang baik namun apabila saya buka akaun itu pada 20 haribulan (Mei lalu). Saya menerima mesej ugutan (bunuh) itu melalui komen saya kepada orang lain yang mungkin kerana dia (Papa Gomo) tidak puas hati dan cuba mengugut supaya saya menghentikan segala kenyataan di laman tersebut," ujarnya.

Bagaimanapun menurut Mohd Azuan, beliau tidak dapat mengenal pasti masa satu pendapatnya yang menimbulkan kemarahan blogger Papa Gomo sehingga menyebabkan beliau menerima ugutan sedemikian.

Jelas Mohd Azuan lagi, antara mesej yang dihantar oleh Papa Gomo kepada Harapan Rakyat pada 20 Mei lalu adalah “nak mati ke?” dan “memang nak mati dah hang ni…tunggu lah masanya” .

Manakala pada 21 Mei pula, adalah seperti “Bunuh je, kasi kerat kote tu hehehe” dan pada 22 Mei ialah “Kau islam ke? Bunuh je” dan “he he he takut ke apa? rumah dah jumpa…..huhuhu”.

Dalam pada itu, Naib Ketua AMK Azmizam Zaman Huri berkata pihaknya menyifatkan ugutan bunuh tersebut sebagai satu perkara yang serius serta berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan segera dan memastikan keselamatan Mohd Azuan tidak terancam.

“Ini satu perkara yang sangat serius dan kita memandang berat perkara ini kerana ia melibatkan ancaman nyawa seseorang malah terhadap keluarga Mohd Azuan sendiri. Pihak polis harus mengambil tindakan segera iaitu dengan memastikan kawalan keselamatan di rumah beliau dan kawalan keselamatan keluarga beliau.” katanya.

Jelas Azmizam lagi, AMK percaya ugutan yang dibuat Papa Gomo ini merupakan tindakan terdesak pihak tidak bertanggungjawab berikutan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) dan majoriti blogger serta pelayar internet hari ini condong ke arah pembangkan.

“Papa Gomo kini mungkin sudah terdesak kerana beliau tahu rakyat hari ini lebih bijak menilai kenyataan-kenyataan bernas dari blogger pro-PR yang majoritinya penyokong PR sendiri,"jelasnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fariz Musa yang ditemui di luar perkarangan IPD Shah Alam turut menyatakan sokongan kepada Mohd Azuan dan berharap polis akan bertindak tegas serta menjalankan siasatan ke atas Papa Gomo yang dikatakan blogger atau cybertrooper Umno-BN yang menjadi rujukan media kawalan Umno-BN seperti Utusan Malaysia dan TV3.

Tambah Fariz, tindakan blogger Papa Gomo ini juga jelas menggambarkan betapa rendahnya akhlak dan moral pengikut-pengikut Umno-BN.

“Tindakan ini menggambarkan betapa tidak berakhlaknya Papa Gomo kerana menghantar mesej sedemikian. -tvsnews




8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apakah kerana penulisan dalam blog dah tak laku sebagaimana isu perkauman dah jadi basi maka Papa Gomo nak tukar kerjaya sebagai pembunuh pulak ?

kah..kah..kah...

Pasti orang tak berani usik papa gomo kerana polis UMNO Baru jaga keselamatan, oleh kerana itu papa gomo boleh ikut sedap jari nak tulis apa saja.

Pilihanraya dah nak sampai tak berapa lama lagi... berkempenlah sehebat mungkin agar BN terus memerintah, Kalau BN jadi pembangkang.... amat malang hidup mu papa gomo...

Tapi aku memang tak percaya papa gomo nak tukar kerjaya jadi pembunuh pulak... kah...kah,,,kah.

Tanpa Nama berkata...

sumpah laknat eskay yg menimpa papagomo yang menyebarkan video Datuk T

Tanpa Nama berkata...

papagomo muka macam musibat

Waris berkata...

Muka gedebe kelantan. Muka makhluk I.Q. rendah. Tak de kerja jadi blogger hampas. Blog dia langsung tak membina. Sekor lagi si parpukari... sama2 hampas

Tanpa Nama berkata...

kalau umno punya pasal polis akan pejam sebelah mata buktinya kes vidio sek yang dikatakan iras dsai tak diambil tindakan pada orang yang menayang vidio tersebut padahal dulu kes vidio sek siu lek polis cepat2 bertindak walau pun umno berkuasa tetapi polis menjaga keamanan tdan menguatkuasakan undang2 oleh itu pehak polis tidak bolih dable standard dalam menguatkuasakan undang2.

Tanpa Nama berkata...

kalau umno punya pasal polis akan pejam sebelah mata buktinya kes vidio sek yang dikatakan iras dsai tak diambil tindakan pada orang yang menayang vidio tersebut padahal dulu kes vidio sek siu lek polis cepat2 bertindak walau pun umno berkuasa tetapi polis menjaga keamanan tdan menguatkuasakan undang2 oleh itu pehak polis tidak bolih dable standard dalam menguatkuasakan undang2.

Tanpa Nama berkata...

DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN, KACUALI ORANG-ORANG YANG BERPASAN-PASAN DENGAN KEBANARAN DAN BERPASAN-PESAN DENGAN KESABARAN.

Tanpa Nama berkata...

harap2 papagomo jgn tukar karier kpd pembunuh pula....kerja jd pembohong pun dah cukup untuk makan minum keluarga mu....Umno dah bagi upah mahal utk jd pembohong...apa2 hal, selamat berjaya dlm ppembohongan yang gilo2 tu.....