29 Mei 2011

Gerai Cendol Digantung Kepala Babi - Angkara Siapa?

Nibong Tebal: Gerai cendol berhampiran Masjid Lama Sungai Bakap di sini yang digantung kepala babi, selain disimbah cat merah dua hari lalu, pernah disimbah cat hitam serta peralatannya dirosakkan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata bagaimanapun pemilik gerai tidak melaporkan kepada polis perbuatan khianat yang berlaku pada Januari dan Mac lalu itu.

"Polis percaya kesemua perbuatan terbabit termasuk panggilan telefon misteri kepada pemilik gerai dilakukan oleh pihak yang sama," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mengenai kepala babi berkenaan, Shafien berkata ia sudah dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk dianalisa bagi mengetahui bila haiwan itu disembelih.

"Polis turut mendapatkan maklumat daripada penjual babi di sekitar SPS bagi mengenal pasti individu yang melakukan perbuatan khianat itu," katanya.

Shafien berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menakutkan secara Jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan.

Dalam kejadian pagi Rabu lalu, jemaah Masjid Lama Sungai Bakap di sini yang baru selesai menunaikan solat Subuh terkejut apabila melihat kepala babi tergantung di gerai cendol yang terletak berhampiran masjid itu.

Gerai itu juga disimbah dengan cat merah, dan sehari sebelum itu pemilik gerai berkenaan menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang meminta beliau berhati-hati. - BERNAMA

Ulasan GB

Sekalipun kejadian tersebut telah berlaku di beberapa hari yang lalu, namun sehingga kini polis masih menyiasat, siapa punya angkara dan apa motifnya.

Apakah kes tersebut hanya bertumpu dan dimaksudkan kepada penjual cendol tersebut sahaja atau kepada umat Islam keseluruhannya yang kebetulan gerai cendol tersebut terletak berhampiran masjid Lama Sungai Bakap?

Tidak mustahil pula ia dilakukan oleh orang Islam sendiri, kerana hanya orang Islam saja yang tahu bahawa penganut Islam amat sensitif dengan apa saja yang dikaitkan dengan babi. Provokasi siapa? Supaya umat Islam membenci pimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang? Atau apa?

Kita berharap siasatan polis menyeluruh. Bolehkah rakyat mengharapkan begitu kepada mereka?


1 ulasan:

eifahden berkata...

salam pada smua mslimin/mat..pasti ada sesuatu pada bahan yg digunakan dlm cendoi..kalau di fkirkan siapa nak tlg org islam kalau tidak allahswt...halal kah?cendoi itu???krana di taman wahyu hala ke selayang, tepi jalan yg jual cendoi gan rojak itu mmg mamak.. tahukah anda yg selalu makan di situ?.toke nya cina?yg krja dia ambil mamak sebab dah tahu lah saya tak pernah nginggah beli dan makan....sbb nya pasti ada babiiiiiii.dan cebok kah cina tu lepas buang air besar????suruh lah jakim selidik...? g umah dia tgk?berapa bnyk anjing yg berkeliaran....???hi jijik....geliiii.