26 Mei 2011

UNIK: Kucing Jadi Ibu Kepada 30 Anak Ayam, Anjing Susukan Anak Harimau

Heilongjiang, China - Seekor kucing cenderung bertingkah sebagai ibu dari 30 anak ayam yang baru lahir. Tentu saja gelagat kucing itu mengejutkan pemiliknya.

Lao, seorang petani asal, Heilongjiang, China, awalnya khuwatir ketika pertama kali melihat kucingnya, Niu Niu, selalu berdekatan dengan ayam-ayamnya.

"Saya datang ke rumah dan menemukan Niu Niu berada di kandang anak ayam. Pada ketika itu saya khuwatir Niu Niu akan memakannya," katanya, seperti disiarkan di website Orange, Rabu (25/5/2011).

"Saya berteriak ketika itu agar Niu Niu ke luar dari kandang. Namun Niu Niu tetap tak mau keluar dari sana. Ia malah terdiam dan membiarkan anak-anak ayam memanjat ke badannya dan membiarkan mereka bermain," tambah Lao.

Sekarang Lao tak khuwatir lagi untuk meninggalkan Niu Niu bermain bersama bayi-bayi ayam, sementara dia pergi ke ladang.

"Menakjubkan," ujar Lao. "Niu Niu bahkan memeluk anak-anak ayam tersebut dalam tidurnya, dan mereka berkicau seolah-olah mereka berada di bawah perut ibu mereka.

"Niu Niu menjilati anak-anak ayam itu dan bermain dengan mereka sementara mereka mengikutinya ke mana-mana," jelas Lao.


Dua Anak Harimau Disusui Anjing



BEIJING - China memang memiliki pelbagai keunikan. Baru saja diberitakan anak ayam yang diasuh seekor kucing, kini seekor anjing mengasuh dua anak harimau.

Sebuah zoo di China, mengkhabarkan anak-anak bayi harimay yang terlahir hasil dari kahwin silang diantara singa dan harimau atau biasa lebih dikenal dengan liger (lion and tiger) kini dirawat oleh seekor anjing setelah ditinggalkan induknya.

Zoo Xixiakou di selatan China menyatakan bahawa sebenarnya anak-anak harimau tersebut ada empat, namun dua di antaranya tersebut telah mati kerana kelemahan.

Belum diketahui mengapa sang induk meninggalkan anaknya lahir awal bulan ini. Yang jelas sang induk sempat menyusui bayinya selama empat hari, kemudian meninggalkan mereka.

Seperti disiarkan Associated Press, Rabu (25/5/2011), penjaga kebun binatang Cong Wen, mengatakan kedua anak harimau kacuk itu yang kini diasuh oleh anjing tersebut awalnya mengalami kesulitan untuk menyesuaikan susu sang induk baru.

Liger merupakan haiwan peranakan yang jarang wujud. Haiwan peranakan tersebut biasanya dilahirkan hanya di zoo.





4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Binatang pun dah tak musuh2 ... manusia?

off topik:
Janganlah nanti masjid/surau kosong, yg meramaikan semut2 & cicak2, kambing2 ...

Tanpa Nama berkata...

Anon 7:12,
Saya amat setuju bahawa masjid dansurau di ramaikan oleh sang cicak, lipas dan semut dan di Imamkan pengerusi.

Ini adalah kerana kebanyakan masjid dan surau pengerusinya dilantik atas tiket UMNO dan tak pernah ada mesyuarat samaada mesyuarat AJK apatah lagi mesyuarat Agung.

Tanpa Nama berkata...

surau kat tempat aku gitu jugak macam mak babak dia punya

Tanpa Nama berkata...

Surau kat tempat saya tak pulak.. bukan di Kelantan tapi di NS .. ustaz2 yg ngajar kbnyakan ustaz2 PAS, tapi kan, yg datang tu campor2, ada yg PAS, UMNO, Keadilan, malah yg x berparti.

Manakala yg tak dtg tu pun campur2 spr di atas (PAS, UMNO dll). Puas le AJK buat mcm2 prog .. selain pasang aircon, kapet baru tebal seinci..dll.

anon 7.12