Pas mendakwa pertambahan mendadak pengundi baru di beberapa negeri Pakatan Rakyat (PR) sebagai strategi Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bagi membolehkan BN merampas negeri-negeri terbabit daripada Pas.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu berkata, strategi seperti itu pernah dilakukan oleh BN di Terengganu pada pilihan raya umum (PRU) ke-11 tahun 2004 lalu dan di Sabah untuk membolehkan BN merampas Terengganu dari Pas dan mengekalkan cengkaman di Sabah.
Menurutnya, Pas ragu dengan pertambahan pengundi melebihi 17 peratus bagi setiap negeri PR, memandangkan pertambahan sebenar berdasarkan pendaftaran yang dilakukan Pas pada suku pertama tahun ini sehingga Mac lalu hanyalah enam peratus paling maksimum.
“Sebelum ini Pas yang mendahului SPR dalam pendaftaran pengundi baru, tetapi kini angkanya ternyata jauh menyimpang dari jumlah yang sebenar.
“Lebih meragukan, berdasarkan semakan, pertambahan pengundi baru yang dilakukan oleh SPR itu bukannya pengundi yang didaftarkan di negeri terbabit, tetapi di Kuala Lumpur dan mereka yang bukan warganegara Malaysia.
“Saya bimbang dengan keadaan ini dan tidak menolak kemungkinan ianya satu strategi jahat BN dengan kerjasama SPR untuk merampas kembali negeri-negeri PR secara tidak sah,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian semalam.
Mohamad Sabu berkata, corak pendekatan itu kini sudah dikenal pasti giat dilaksanakan di Selangor bagi menghadapi PRU-13 tidak lama lagi.
Menurutnya, strategi jahat itu sememangnya amat sukar diatasi Pas dan PR kerana mendakwa turut melibatkan kerjasama SPR sendiri.
“PR belum tentu menang di Selangor kerana saya difahamkan SPR bertindak mendaftarkan bukan rakyat Malaysia untuk mengundi di Selangor sebagaimana dilakukan di Sabah dan Terengganu sebelum ini,” katanya.
Sementara itu, Mohamad turut mendakwa UMNO mengkhianati suara orang Melayu di Parlimen apabila tidak menambah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk Melayu tinggi seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Menurutnya, tindakan BN itu dipercayai disebabkan bimbang kerusi di negeri terbabit dimenangi Pakatan Rakyat (PR), walhal keperluan untuk menambah kerusi di kawasan majoriti Melayu diperlukan untuk mengukuhkan suara Melayu di Parlimen.
“SPR dan BN sewajarnya menambah kerusi Parlimen di kawasan seperti Baling dan Kuala Kedah yang mempunyai penduduk lebih 30,000, selain menambah kerusi di negeri Kelantan dan Selangor," katanya. -SH

8 ulasan:
"Pas mendakwa pertambahan mendadak pengundi baru di beberapa negeri Pakatan Rakyat (PR) sebagai strategi Barisan Nasional (BN) merampas negeri-negeri terbabit daripada Pas".
Betul lah... BN buat kerja itu untuk rampas negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, apa masaalahnya ?
Kalau dah tahu BN buat kerja itu kenapa tidak lakukan sesuatu sebagai tindak balas dari perbuatan salah itu...?
Polis, hakim dan undang-undang dia orang punya. Najib dah bagi greenlight buat apa pun asalkan dapat balik kerajaan negeri.
Cakap saja... ianya sudah jadi seperti anjing menyalak bukit.
Asyik bertahan, biarkan...biarkan... dia orang pijak kepala. Kumpulkan ahli fikir, ahli bijak pandai dan berbincang pekara yang berbangkit.
Buat sesuatu yang lebih menakutkan mereka !
Kalau pertambahan pengundi kerana faktor yang benar, kita sudah tentu tiada masalah kerana setiap rakyat Negara ini yang dah cukup syarat mengundi berhak tentukan pilihan mereka sendiri. Sudah tentu kita tak redha dan kita tak dapat menerima kalau pertambahan ini berlaku dengan penipuan atau penyelewengan SPR maupun undang-undang.
Saya tiada pelan tindakan dan saya tidak tahu apa pimpinan PR boleh buat. Kita pun dah tahu Polis, Tentera, Hakim, SPR, jentera kerajaan, semuanya mereka anggap kepunyaan mereka. Tak bolehkah pimpinan PR bawa usul ini ke peringkat antarabangsa, gunalah segala media atau badan dunia untuk mendesak SPR yang bebas, pengkalan data pemilih undi yang disemak dengan pemeriksaan keatas pengkalan computer SPR. Saya setuju, usaha yang lebih drastik adalah perlu dan menjadi keutamaan.
Gerakkan bersih hingga berjaya, semoga mat sabu jadi timbalan presiden
kerja barua BN yang berpakat dengan SPR, hidupkan bersih, pemuda sokong penuh
tumbangkan BN dalam PRU13 insyaallah semua agensi kerajaan jadi bersih
Umno dan BN buat kerja daftarkan pengundi baru..
appara lu orang ni cakap macam orabg tak beriman.... lupakah atau tak yakin dengan janji Allah ...." mereka merancang, Kami juga merancang. sesungguhnya Kami adalah sebaik baik perancang..." asik menyalahkan meno/pandikuty aje, macam sendiri tak buat salah! kalau pertambahan pengundi baru bertambah ramai kan bagus untuk pr, harap pengundi baru tu diberi kesedaran untuk menolak amno/bn dan memenangkan calon pr. lagipon pertambahan tersebut mungkin kerana kerja kuat jentera pr mendaftarkan penyokong mereka....
betul tu madbi.. mereka (Umno) merancang, Allah merancang, kita (Pas) dok sembang..
Catat Ulasan