23 Mei 2011

Mohd Sabu Menang Besar Jika Tuan Ibrahim Masuk Tanding Timbalan Presiden

Tekanan meningkat untuk Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Tekanan dari pelbagai pihak semakin kuat ke atas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar bertanding jawatan timbalan presiden walaupun sebelum ini beliau telah memaklumkan tidak bersedia untuk ke jawatan itu.

Tekanan itu semakin memuncak apabila ramai yang mula tahu pencalonan yang diterima beliau tidak jauh bezanya dengan dua lagi calon popular timbalan presiden iaitu penyandangnya Ustaz Nasharudin Mat Isa dan AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

Tuan Ibrahim dikatakan menerima 39 pencalonan untuk timbalan presiden manakala untuk naib presiden beliau menerima 97 pencalonan.

Ini bermakna, hampir kesemua kawasan yang diterima pencalonannya (146 pencalonan) ada nama Tuan Ibrahim untuk kedua-dua jawatan itu.

Pencalonan tinggi yang diterima beliau dalam keadaan beliau sudah memaklumkan keberatan untuk bertanding jawatan timbalan presiden juga telah menambahkan tekanan untuk beliau.

Ekoran itu, menurut sumber, ada cadangan agar Tuan Ibrahim bertanding kedua-dua jawatan iaitu timbalan dan naib untuk menghormati pencalonan kawasan-kawasan.

Selain Nasharudin, Mohamad Sabu dan Tuan Ibrahim, turut dicalonkan untuk jawatan itu adalah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub.

Sehingga kini, hanya Nasharudin dan Mohamad Sabu mengesahkan untuk menyertai pertandingan jawatan timbalan presiden manakala Salahudin membayangkan akan hanya mempertahankan jawatannya sekarang iaitu naib presiden.

Kesemua calon-calon untuk jawatan tertinggi PAS mesti mengesahkan kesediaan mereka untuk bertanding sebelum 26 Mei ini. Jawatankuasa Pemilih 2011 akan mengumumkan calon-calon itu pada 27 Mei ini. -harakahdaily

Ulasan GB

Daripada tulisan di atas, nampaknya harakahdaily cuba menonjolkan Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon Timbalan Presiden PAS kali ini bagi menggantikan Ustadz Nasharuddin Mat Isa.

Tetapi laporan di atas nampak "berlebih-lebihan" dan keterlaluan terutama ayat berikut:

Tuan Ibrahim dikatakan menerima 39 pencalonan untuk timbalan presiden manakala untuk naib presiden beliau menerima 97 pencalonan.

Ini bermakna, hampir kesemua kawasan yang diterima pencalonannya (146 pencalonan) ada nama Tuan Ibrahim untuk kedua-dua jawatan itu.


Ayat yang ditebalkan itu ternyata salah dan mengelirukan.

Ia sepatutnya berbunyi

"hampir kesemua kawasan yang diterima pencalonannya (146 pencalonan) ada nama Tuan Ibrahim untuk salah satu jawatan itu"

146 kawasan tidak menamakan Tuan Ibrahim Tuan Man untuk kedua-dua jawatan tetapi hanya salah satu daripada dua jawatan itu, iaitu 39 kawasan calonkan beliau sebagai Timbalan Presiden dan 97 calonkan beliau sebagai Naib Presiden. Jika 146 kawasan mencalonkan Tuan Ibrahim untuk kedua-dua jawatan, tentulah sudah menang Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden dengan 146 pencalonan itu.

Pelik betul bagaimana harakahdaily boleh melaporkan dengan cara untuk salah dan mengelirukan pembaca. Ia amat tidak beretika di dalam rangka cuba untuk menonjolkan calon favoritenya.

GB kata sebelum ini GB terbuka, sesiapapun dialu-alukan bertanding. Tetapi kenalah menilai keupayaan dan kekuatan masing-masing.

Ustadz Nasharuddin yang sebelum ini telah mengumumkan akan mempertahankan jawatannya nampaknya seperti dipinggirkan oleh harakahdaily. Kita tidak tahu berapa pencalonan yang diterima oleh Ustadz Nasharuddin berbanding calon-calon yang lain kerana J/K Pemilihan kali ini TIDAK TELUS, tidak diumumkan secara terbuka jumlah pencalonan yang diterima oleh setiap calon yang bertanding. Satu perancangan? Wallahu 'alam.

Namun jika Tuan Ibrahim membuat keputusan untuk masuk gelanggang untuk merebut jawatan Timbalan Presiden, ia akan memecahkan undi kumpulan Ustadz Nasharuddin bukan Mohd Sabu.

Ini kerana perwakilan akan melihat Ustadz Nasha dan Ustadz Tuan Ibrahim adalah dari kumpulan yang sama (dua-dua berstatus ulamak/ustadz). Kedua-duanya satu ketika pernah dikaitkan dengan UG.

Mohd Sabu sudah ada penyokongnya sendiri - iaitu solid dari kumpulan yang menentang gagasan UG.

Justeru itu kemasukan Tuan Ibrahim Tuan Man ke dalam gelanggang Timbalan Presiden akan hanya memberi padah kepada Ustadz Nasharuddin, bukan Mohd Sabu, setidak-tidaknya akan memerosotkan undi bagi Ustadz Nasharuddin.

Kedua, Tuan Ibrahim pula pernah menyatakan bahawa beliau mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden parti Islam itu pada pemilihan Jun ini.

titm
Laporan The Malaysian Insider 27/03/2011


Jika Tuan Ibrahim menerima pencalonan Timbalan Presiden, ini akan meletakkan kedudukan Tuan Ibrahim sebagai calon yang mudah untuk dikritik perwakilan sebagai "cakap tak serupa bikin".

Ketiga, peluang untuk Tuan Ibrahim memenangi jawatan Naib Presiden pula akan tipis jika Tuan Ibrahim turut bertanding sebagai Timbalan Presiden kerana tentulah perwakilan hanya akan memilih seseorang itu untuk satu jawatan sahaja, samada Timbalan atau Naib. Mereka yang telah mengundi Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden tidak akan mengundinya lagi sebagai Naib Presiden.

Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Tetapi, sebaliknya jika Tuan Ibrahim tidak bertanding Timbalan Presiden, sepastinyalah perwakilan akan memberikan undi kepada beliau untuk menduduki salah satu kerusi Naib Presiden.

Ramai sudah menghidu perancangan dan perencanaan pihak tertentu itu, tetapi wamakaru wamakarallah, wallahu khairul makirin - Ali Imran(54).

34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya menyokong penuh Dato Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden Pas.. Kepimpinan ulama...
Takbir,...

Tanpa Nama berkata...

anon 8:51

abis, Ust Nasha bukan dari kepimpinan ulamak ker?

Tanpa Nama berkata...

ulama pun ulama jugak...

tp lau setakat jadi ular dalam semak, pastu PAS kalah kt UMNO dalam kebanyakan kerusi bertanding, ape gune..??!

biar Mat Sabu jd Timbalan Presiden...PAS akan tumbangkan UMNO dalam election akan dtg...

lau x, kirim salam je la..Keadilan ngan DAP mesti boleh kalahkan UMNO tanpa PAS yg hanya mementingkan kepimpinan ulama' tp ntah ke mana...

Tanpa Nama berkata...

Maaf cakap, "ustaz" tak sanggup membantah idea presiden yang kekadang khilaf pandangan politik

PAK MAT berkata...

HIDUP BANG MAT,HIDUP PAS MENUJU PUTRAJAYA.TUAN BRAHIM DAN SALEHUDDIN TAK MAU,UST AZIZAN UZUQ, HUSAM SOKONG BANG MAT TINGGAI NASSA YANG MENYEKHONDOI NAK JADI MENTERI DENGAN AMNO, HANYA BANG MAT KOMITED DENGAAN AGENDA PAKATAN.

mantaro berkata...

Kita akan undi...mereka yang boleh buat kerja...dan istiqomah dalam parti..

Tanpa Nama berkata...

hehe gol UG dah tersepit dengan perancangan mereka sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Rasanya kepimpinan tertinggi tentunya ber'syura' dalam memilih kepimpinan. Orang luar beri pandangan aje le....

Tanpa Nama berkata...

ambe sokong tuang brahing tuang mang jadi Timbalang Presideng Pas.

Tanpa Nama berkata...

anon 9:09, tu awak punya "rasa", sebenarnya takder pun syura utk menentukan pemilihan. jika tiada apa guna diadakan pemilihan? nak tipu perwakilan?

Tanpa Nama berkata...

laporan harakahdaily berat sebelah, nak sembelih ustadz nasha lah tu

Tanpa Nama berkata...

lidah "ulamak" pun bercabang ker? kejap tak nak bertanding kejap nak.

Tanpa Nama berkata...

Pantas GB menciumi strategi Mustapha Ali+Harakahdaily+UG.

Memang bagus jugak kalau TITM bertanding, menangis tak berlagu dua-dua calon UG, Ostad Nasya dan Ostad TITM kecundang.

Yang paling teruk kena ialah Ostad Nasyalah, dipermainkan oleh rakan seangkatan sendiri.

Perhimpunan Bersih 2.0 akan perkukuhkan sokongan untuk Mat Sabu.

Semuanya ini perancangan Allah s.w.t. juga.

jamil pandan berkata...

dulu saya hormat tuan ibrahim dgn sifat warak dan malunya. Tetapi sekarang saya lihat takda beza dgn politician yg lain.

saya hadir dlm majlis makan malam dana PRU13 PAS di shah alam baru2 ni.. saya lihat tuan ibrahim begitu bersungguh-sungguh berjalan dan meronda dari satu meja ke satu meja yg lain - seolah-olah galak sungguh beliau utk berkempen.
Bila lim guang eng nak keluar awal dari majlis, saya lihat dia meluru dan sibuk betul nak bersalam dgn guan eng...seoalh-olah nak bagi orang nampak kewujudan dia dlm majlis tersebut.

Apa dah jadi alfadhil ustaz????

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya Ustadz Nasharuddin jadi mangsa disembelih oleh puaknya sendiri........ dah kukatakan dulu kumpulan UG ini memang jahat berhantu. Dia akan sembelih sesiapa juga walaupun rakan sendiri untuk mencapai cita-citanya.

Tanpa Nama berkata...

satu soalan: x malu ker nanti para wartawan harakahdaily dgn us nasya kerana tonjolkan tuan ibrahim plak kali ini?

Tanpa Nama berkata...

Sah dalam PAS ramai Ulamak Pelawok ,tak ada pendirian.Presiden - sekejap buka,sekejap tutup isu UG.Tuan Brahim pulak sekejap tak mau tanding Jawatan Tim.Presiden,sekejap nak tanding pulak. Apa punya ulamak ni?Kalau muka-muka pelawok macam ni,UMNO akan kunyah depa dengan tulang-tulang sekali.Rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat pun susah nak hormat dengan pelawok-pelawok ni.

Tanpa Nama berkata...

Bang Matt kalau ceramah memang ummpphh...tapi aku rasanya,, dia tak mampu nak tadbir satu organisasi yang besar nii...

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

sabu bjuang sejak zaman kampus. titm dok senyap je di ukm.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

diharap ada perwakilan dedahkan isu mustapha ali/harakahdaily ini di dalam muktamar nanti.

Tanpa Nama berkata...

ahli2 pas yang terlebih dahulu bantai calon2 yang akan bertanding...puak2 ameno dok cari modai nak bantai...x pasal2 dapat peruru free...tanding ajelah...tak payah buat persepsi yang bukan2...ada otak fikir la sikitttt

Tanpa Nama berkata...

NILAI SIAPS DIRI KITA DULU SEBELUM NAK MENGHINA ULAMAK...ISHH

Tanpa Nama berkata...

Tuan Ibrahim SAH bertanding - sahih lidahnya telah mula tumbuh cabang. Merbahaya ulamak sebegini.

Tahniah harakahdaily kerana telah sembelih Ust Nasharuddin!

Tanpa Nama berkata...

kumpulan UG ni bukan takut dosa pun... alangkan dengan UMNO mereka nak duduk sekelambu, inikan pula nak tikam rakan sendiri.

namanya jer kumpulan ulamak.... tapi ulamak ussu' yang memecahbelahkan parti kerana gagasan UG yang mereka dokong.

Ya Allah selamatkanlah PAS dari kumpulan gunting dalam lipatan (UG) ini.

Tanpa Nama berkata...

bak kata seorang blogger - kumpulan UG ni memang binatang.

makan apa jer tak kira halal atau haram. buat suka depa jer, asalkan dapat berkuasa walaupun memfitnah, walaupun menikam belakang.

rosellee berkata...

puratanya semua anonymous diatas telah mengutuk ulama,siapakah onon sebenarnya. berbaik sangkalah kepada ulama.

al-faqir ibn abdillah berkata...

DOAKAN SAJA MEREKA DARI KUMPULAN UG TERUTAMA MUSTAPHA ALI CEPAT MATI SUPAYA DAPAT KURANGKAN BELIAU DARI TERUS BERDOSA.

Tanpa Nama berkata...

Macam mana sampai jadi begini. dua ustaz nak saling menjatuhkan. menangis tak berlagu Ust Nasharuddin dikerjakan Mustaffa Ali dan harakahdaily.

padwo berkata...

Saidina Ali juga asalnya menolak untuk menjadi khalifah, tetapi setelah didesak beliau bersetuju.. banyak lagi contoh2 pemimpin agung Islam yang pada asalnya tidak mahu memimpin tetapi berubah fikiran setelah didesak oleh rakyat.. kalau Tuan Ibrahim bertanding Timbalan, ini bukan sesuatu yang salah dan tidak boleh dikatakan cakap tak serupa bikin.. beliau rasa beliau tidak layak kerana tanggungjawap yang begitu berat, malah semua pemimpin patut mempunyai perasaan yang sama, tetapi kalau ramai yang mahukan dia, dia kena pertimbangkan semula.. beliau mampu mendapat lebih banyak pencalonan kerana banyak kawasan yang tidak mencalonkan menghormati pendirian awal beliau.. kalau beliau setuju bertanding, saya yakin undi Mat Sabu + Ustaz Nasha pon tidak akan lebih dari undi beliau.. secara peribadi saya mahu dia jadi Presiden pada masa depan, tapi saya rasa tindakan terbaik sekarang ialah bertanding Naib sahaja melihatkan keadaan ahli-ahli PAS yang semakin berpecah sekarang semata-mata kerana kuasa.. kalau perintah negara tak tahulah saya, mungkin sama teruk dengan Umno.. beri laluan kepada Mat Sabu tapi kalau Abang Mat tak perform, pemilihan akan datang Tuan Ibrahim mesti bertanding Timbalan...

waqiah berkata...

padwo bilang "kalau beliau setuju bertanding, saya yakin undi Mat Sabu + Ustaz Nasha pon tidak akan lebih dari undi beliau.. "

tinggi sgt kah pencalonan TITM? Yang kami tahu hanya sekitar 39 kawasan sahaja. 39/146 tu berapa peratus? Cuma 26.7% sahaja.

yg sebenarnya TITM telah didesak oleh Mustapha Ali supaya bertanding. Sebab Mustapha masih nak naikkan kumpulan UG. Dan beliau melihat Nasharuddin x berupaya utk melawan Mat Sabu.

Tanpa Nama berkata...

malu betullah ada yg bergelar ustadz dah ludah jilat balik

padwo berkata...

waqiah, kalaulah Tuan Ibrahim setuju bertanding untuk membuktikan survey saya tu. tapi saya sendiri harapkan dia tidak setuju. so anda nak label saya apa, pro-UG? anti-UG? neutral? lalang?