23 Mei 2011

Kes Rogol Amah: Dia Ada Lebih Seorang Anak Luar Nikah

Aktres veteran, Jane Seymour, mendakwa Arnold Schwarzenegger memiliki sekurang-kurangnya dua lagi anak luar nikah yang dirahsiakan daripada pelbagai pihak.

Menurut Jane, dia langsung tidak terkejut dengan pendedahan mengenai kelakuan bekas Gabenor California itu mengadakan hubungan sulit dengan pekerja wanita di rumahnya 14 tahun lalu.

Jane yang tinggal di kawasan sama dengan Schwarzenegger di Malibu juga tidak terkejut apabila aktor terbabit akhirnya berpisah dengan isterinya, Maria Shriver.

“Nampaknya Schwarzenegger bertindak terburu-buru sebelum berita kecurangannya diketahui dunia.

“Berdasarkan maklumat yang saya ada, lebih banyak berita akan muncul selepas ini,” katanya kepada stesen televisyen CNN, semalam.

Pelakon siri Dr Quinn, Medicine Woman itu berkata, dia bertemu seseorang yang sangat mengenali hero filem Predator itu.

“Saya diberitahu dia memiliki dua anak lain,” katanya.

Kenyataan Jane, 60, itu disiarkan ketika media melaporkan, bukan saja Maria tidak mengetahui Schwarzenegger menghamilkan pembantu rumah mereka, malah anak lelaki yang lahir daripada hubungan sulit itu, Joseph, tidak diberi tahu siapa bapanya.

Akhbar New York Post melaporkan, amah Schwarzenegger, Mildred Baena, 50, tidak pernah mendedahkan identiti bapa Joseph kepada sesiapa, termasuk keluarganya.

Saluran NBC pula melaporkan, sekurang-kurangnya seorang lagi wanita tampil menghubungi peguam Schwarzenegger bagi menuntut ujian DNA dijalankan.

Laporan itu mendakwa, wanita terbabit mendakwa, hubungannya dengan Schwarzenegger menyebabkan dia melahirkan seorang anak lelaki lapan tahun lalu.

Sementara itu, Schwarzenegger dilaporkan bukan saja berdepan dengan aib hasil hubungan sulitnya, malah sebahagian kekayaannya turut terpaksa dikorbankan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dengan altantuya ada hubungan tak?

Tanpa Nama berkata...

macam pemimpin di malaysia agaknya

Tanpa Nama berkata...

Slm GB Arnold susahnakeja bukan pelakon Predator,yg betulnya terminator

Tanpa Nama berkata...

alamak, lawak juga Anon kat atas tuh... betol la Arnold berlakon filem predator. kamu ni hanya pernah tgk terminator saja kah? ;p