Pemilihan PAS akan tentukan ‘nasib’ kerjasama Umno-PAS, kata Mubarak
KUALA LUMPUR, 25 Mei — Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), yang dianggotai pemimpin pro-BN, percaya keputusan pemilihan PAS bulan depan akan mempengaruhi dan menentukan masa depan idea kerjasama antara Umno dan PAS.
Walaupun tidak mengatakan siapa yang boleh membawa ke arah kerjasama itu, namun Presiden Mubarak Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata peluang kerjasama itu akan lebih cerah jika jawatan timbalan presiden dimenangi penyandangnya Nasharudin Mat Isa atau Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut mengesahkan turun gelanggang.
Selain Nasharudin dan Tuan Ibrahim, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu juga akan bertanding jawatan nombor dua itu.
“Nasharudin OK, Tuan Ibrahim OK... perspektif berbeza tapi ada kekuatan masing-masing.
“Tetapi saya rasa jauh di lubuk hati kerjasama itu wujud,” kata Abdul Aziz pada sidang media di sini.
Beliau bagaimanapun tidak mahu meramalkan siapa yang menang bagi jawatan itu.
“Saya tidak mahu masuk campur, itu terserah kepada PAS untuk menentukannya,” katanya.
Mubarak merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri bekas wakil rakyat dan mempunyai keahlian kira-kira 1,000 orang seluruh negara.
Selain Nasharudin, Mohamad dan Tuan Ibrahim, turut dicalonkan untuk jawatan itu adalah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub.
Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Husam memutuskan untuk tidak bertanding jawatan nombor dua itu.
Kesemua calon untuk jawatan tertinggi PAS mesti mengesahkan kesediaan mereka untuk bertanding sebelum pukul 5 petang esok.
Pada sidang media itu juga, Abdul Aziz berkata konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh diperkuatkan sekiranya Umno dan PAS bekerjasama.
“Soal Melayu itu tunggal, kekuatan orang Melayu dan 1 Malaysia tidak boleh diperkuatkan jika orang Melayu berpecah.
“Jadi kekuatan 1 Malaysia itu bergantung kepada kekuatan satu Melayu, 1 Malaysia adalah satu Melayu dan ia boleh dijayakan sekiranya orang Melayu ini bergabung,” katanya.
Ditanya mengenai sama ada Barisan Nasional (BN) akan kembali memperoleh kemenangan dua pertiga dalam Parlimen, Abdul Aziz berkata berdasarkan transformasi yang dilakukan Najib, ia boleh.
“Berasaskan kepada transformasi yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak, BN boleh (mencapai kemenangan dua pertiga).
“Kalau kita lihat ia ditunjukkan dalam beberapa pilihan raya kecil yang mana pengundi-pengundi muda, pengundi Cina, pengundi India sudah kembali selepas pilihan raya umum 2008,” katanya.
Bagaimanapun tegas beliau, kemenangan itu tidak seharus diletakkan di atas bahu Najib tetapi keseluruhan parti komponen BN.
“Tapi untuk meraih sokongan ini tidak boleh hanya diserahkan kepada Datuk Seri Najib sahaja, beliau ada populariti tapi apa yang diperlukan adalah populariti calon-calon yang akan bertanding.
“Selain itu, MCA, Gerakan dan MIC perlu memainkan peranan yang lebih agresif untuk menjelaskan transformasi yang dibawa Datuk Seri Najib, ini bukan kerja beliau seorang... ini kerja semua parti komponen BN. Transformasi yang dilakukan ini sudah dapat diterima, komponen parti BN juga perlu ada transformasi dan ia perlu dilakukan dengan segera,” katanya.
Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat menafikan kemenangan dua pertiga BN dalam Parlimen selain berjaya merampas Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
Namun pada 16 pilihan raya kecil yang diadakan, BN dan Pakatan Rakyat berjaya memenangi lapan kemenangan. -TMI
Ulasan GB
Tak perlu ulas kot. Rahsia sudah pecah. Masing-masing dah sedia faham maksud Mubarak tu. Yang tak OK bagi UMNO dalam hal Kerajaan Perpaduan daripada 3 orang calon Timbalan Presiden PAS nampaknya cuma Mohd Sabu. Selain Mohd Sabu, yang dua lain tu dilihat UMNO-friendly. Ayat ini mengesahkannya:
peluang kerjasama itu akan lebih cerah jika jawatan timbalan presiden dimenangi penyandangnya Nasharudin Mat Isa atau Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Jadi wahai perwakilan, pandai-pandailah membuat pilihan!
Sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian?
TIDAK BERGUNA!
p/s Tetapi jika perwakilan pilih juga salah seorang dari dua calon yang disenangi oleh UMNO tersebut, ahli-ahli PAS yang lain macam GB akan tetap bersabar, sehingga ke satu saat ia akan menjadi serupa dulu jugak, mereka sendiri akan menikam "orang mereka". Itu sunnatullah, atau hukum karma atau Teori Fibonacci atau The Golden Rule.... sebutlah apa istilah pun, ia akan mengambil tempatnya. Tak tengok kah dan tak belajarkah apa yang terjadi kepada PKR semasa pemilihan 2010?

10 ulasan:
aku mengaku aku bodoh politik.. tapi aku tetap berharap.. Mat Sabu mengisi tempat Tim. Presiden.. Pendirian Mat Sabu jelas dan kuat bekerja.. Tolonglah perwakilan.. Undilah Abg Mat..
Sian Ust Nasya, ditikam oleh rakan se"UG"nya sendiri...
semakin terang. semakin jelas. perpaduan kononnya mainan umno itu sebenarnya segar bugar. lihat bagaimana hadi menggenggam ibu jari tangan najib ketika bersalaman di pentas umnobn di prk sarawak dulu.
orang pas lupa akan pesanan almarhum ustaz fadhil nor, umno tidak akan menghulurkan salam persahabatan semasa dia kuat. apabila mahathir kata melayu mudah lupa orang pas kata itu melayu umno, betulkah?
pastikan lah perwakilan yg terpilih adalah bukan dari kalangan mesra UG.
Agar dengan kenyataan dan paparan ini,para perwakilan akan buka minda,hati dan mata,apa yang sedang dirancangan oleh puak UG dalam PAS.Memanbg media dan NGO UMNO amat menyokong kemenangan Nasha dan Tuan Brahim,agar status quo puak perpaduang dalam PAS dikekalkan.Nak bukti macam mana lagi.
Tak habis habis lagi pasal kerjasama.. apa cerita nie!!! tak serik-serik lagi ker??? selagi otak diaorang nie diisi oleh kerjasama umno - PAS selagi itulah pakatan tidak akan dapat kemenangan.... kalau macam itu tak perlu lah berpilihan raya. bagi dekat umno sudah ler!!! buang masa saja... yang penting tukar kerajaan .. baru kita tahu langit tinggi rendah!!!
mereka ni dh lupe tentang perjuang asal PAS.......:d
Ingat bila PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah.. siapa yang keluar PAS.. Ustaz Mustaffa Taib, Mohd Noor Deris, Ustaz Wan Daud ... siapa ke mereka ini? Ingatlah... Bila musuh menghulurkan tangan untuk bersatu.. tetapi bila ia kembali stabil atau aman damai... kita akan ditendang. Jangan biarkan ia berulang kembali. Kerana pada waktu itu kepercayaan kepada akan terhakis.. kebangkitan semula akan memakan masa yang lama.. serta dikutuk oleh anak cucu kita..
saya tujukan ni kepada penyokong semua calon.. kalau nak ubah, ubah daripada bawah la.. kalau kita nak pimpinan pusat ikut pilihan kita, lantiklah YDP dan perwakilan kawasan yang akan mengundi pilihan kita juga.. saya dapati banyak kawasan yang ahli-ahlinya mencalonkan orang lain, tapi YDP dan perwakilan sokong orang lain, ataupun tak buat usul semasa AGM untuk mewajibkan YDP dan perwakilan undi calon pilihan kawasan.. ada kawasan yang lagi teruk, serah bulat2 kepada AJK untuk calonkan.. bila dicalon jadi AJK kawasan, kita tolak takut pegang jawatan, kasik kat orang lain.. tapi kita nak orang lain tu ikut telunjuk kita.. dah la yang buat kerja pon orang tu juga, kita menyembang je.. patut ka?
Anon 12.57am dan mazar 1.30am,
Nak serik macam mana? Bila Geng UG(Hadi Awang,Nasha dan Stopa Ali)dulu jumpa puak UMNO dalam gelap, 3tahun yang lalu,depa dijanjikan dengan jawatan menteri oleh Pak Lah.Jumpa 3 kali disahkan oleh Pak Lah sendiri.Bukan nak buka cerita lama tapi itulah yang berlaku.Sejak itu geng UG ni dok mimpi-mimpikan jawatan tu.Itulah perjuangan depa.Sebab itu Hadi Awang flip-flop.
Catat Ulasan