28 Mei 2011

Menunggu Detik UMNO Akan Menjadi Pembangkang Di Parlimen

Pemimpin Umno-BN resah jadi pembangkang'

Pemimpin Umno dan BN yang mendominasi kepimpinan negara lebih 50 tahun dikatakan kini dalam keadaan resah, gelisah dan risau jika mereka menjadi pembangkang selepas pilihan raya umum ke-13, akan datang, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim.

Menurut beliau, perkembangan itu semakin terserlah melalui tindakan dan ucapan yang dilakukan pemimpin BN sejak akhir-akhir ini.

“Keadaan tersebut berlaku dalam keadaan gelombang penolakkan rakyat terhadap BN sedang berlangsung dalam keadaan BN terus menerus mengharapkan simpati untuk terus kekal berkuasa.

“Kerana itu populariti BN cuba dipulihkan kononnya kerajaan prihatin dengan cuma menangguhkan kenaikan harga minyak namun nampaknya masih tidak berhasil mengembalikan sokongan rakyat.

“Kebangkitan rakyat pada masa sekarang boleh disifat sebagai air yang mengalir yang tidak mampu dibendung dan disekat lagi. Kerana itu kebangkitan rakyat kearah perubahan tidak akan terhenti setelah mereka menghukum BN dalam PRU akan datang,” kata Khalil dalam satu kenyataan media di Parit Buntar, hari ini.

Beliau mengulas laporan Bernama semalam bahawa Umno BN akan simulasi pilihan raya 'olok-olok' yang mana ia berkait rapat dengan persediaan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Bagi Khalil yang juga ADUN Titi Serong, pilihan raya 'olok-olok' itu hanya membuang masa dan membuktikan kegusaran pemimpin Umno dan BN mengenai kemungkinan kehilangan kuasa.

“Saya juga mempersoalkan punca kewangan yang akan digunakan untuk mengadakan pilihan raya umum olok-olok yang boleh dikatakan membuang buang masa . Ia tidak lebih kepada bukti jelas tentang kebimbangan pemimpin Umno dan BN kehilangan kuasa.

“Kerana itu saya membantah sekeras-kerasnya jika pilihan raya olok-olok itu menggunakan sumber kewangan yang ada pada jabatan dan agensi tertentu kerana ia merupakan satu penyelewengan wang rakyat termasuk wang kami dari Penyokong Pakatan Rakyat,” katanya.

Menurut Khalil adalah lebih baik dana awam itu “disalurkan untuk kepentingan membantu rakyat bawahan yang masih memerlukan bantuan”. -mk

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

suruh je depa lompat parti masuk pakatan... apa nak risau

Tanpa Nama berkata...

Bukan senang UMNO nak jadi Pembangkang,Tok Sheikh.Kalau muka-muka pemimpin PAS yang ada hari ini,jangan mimpilah UMNO boleh jadi pembangkang.Inilah satu cabaran kepada para perwakilan Muktamar minggu depan.Kena pilih pemimpin yang boleh buat kerja,rajin,dedikasi dan punya forcus yang tajam.PAS akan "berperang" menghadapi PRU ke13,bukan nak bertanding syarahan agama.Asalkan tak hilang forcus,InsyaAllah PAS akan berjaya.

Tanpa Nama berkata...

rasuah juga berlaku berleluasa macam mana tak takut

hussin berkata...

Keadaan ini membimbangkan segelintir pemimpin pas yang mendokong 'melayu-islam'. Bimbang akan jumlah kerusi parlimen yang akan dimenangi, di mana kedudukan pas selepas pru13. Tidak yakin untuk menggantikan umno malah lebih yakin untuk bergabung dengan umno. Gerak kerja "pas gabung umno" lebih diberi perhatian/tumpuan dari gerak kerja "pas ganti umno".

Wallahu'alam