3 Ogo 2016

Pelbagai Pihak Bidas Noh Omar...

Kutip derma? Kami bukan bank untuk sekolah, jawab PIBG

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bukan perunding kewangan atau bank untuk jana biaya penyelenggaraan sekolah, tegas Presiden PIBG Nasional menjawab cadangan mewajibkan persatuan mengutip derma untuk selenggara sekolah.

Prof Madya Mohamad Ali Hassan berkata PIBG adalah sistem sokongan dalam hal displin pelajar, pencapaian akademi dan bukan akademi, keselamatan dan kebersihan sekolah.

“Beri dana kepada sekolah dibuat atas dasar sukarela. Mengapa tidak minta tambahan wang daripada syarikat milik kerajaan (GLC). Mengapa kita pula yang perlu tanggung penyelenggaraan sekolah,” katanya.


Beliau menambah banyak sekolah terletak di kawasan desa, terpencil dan pedalaman dimana ibu-bapa tidak mampu jana wang untuk sekolah.

“Barangkali sekolah yang mewah boleh menjana 50% daripada penyelenggaraan sekolah tetapi tidak boleh dijadikan kewajipan. Sebenarnya ia bergantung kepada sekolah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata ahli persatuan menjalankan aktiviti kutip derma untuk selenggara sekolah, dan “semua orang gembira kerana ia dibuat secara sukarela. Tiada paksaan. Tanggungjawab selenggara sekolah tidak boleh diserahkan kepada PIBG.”

Ini kerana semua orang merasai himpitan kos sara hidup sejak perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak April 2015.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mencadangkan kutip derma wajib untuk sekolah-sekolah di Selangor, memandangkan dana Putrajaya untuk selenggara sekolah tidak mencukupi.

Ali berkata mengikut hak, kerajaan sepatutnya memperuntukkan sekurang-kurangnya 15% hingga 20% daripada belanjawan keseluruhan untuk penyelenggaraan sekolah. Dalam belanjawan 2016, Kementerian Pendidikan terima sejumlah RM41.3 bilion.

“Sekiranya kerajaan tidak peruntukkan sekurang-kurangnya 15% hingga 20% daripada belanjawan keseluruhan untuk penyelenggaraan sekolah, kerajaan perlu merumuskan rancangan bersama GLC untuk sumbang sedikit dana,” tambahnya.

Ali menambah dana daripada GLC boleh digunakan untuk menaiktaraf peralatan dan kemudahan sekolah. -FMT


PIBG mencari dana?

Menteri yang baru dilantik dalam rombakan jemaah menteri baru-baru ini, Tan Sri Noh Omar dilaporkan membayangkan cadangan mewajibkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) melaksanakan program kutipan dana awam bagi menampung perbelanjaan sekolah.

Cadangan itu ditempelak Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng yang mempersoalkan ke mana perginya dana kerajaan untuk melicinkan perjalanan pendidikan negara. Kerajaan sanggup berhabis dana membina bangunan pencakar langit dan sebagainya sedangkan perbelanjaan pembangunan pendidikan hendak diletakkan di bahu ibu bapa dan guru.

Sebenarnya isu perbelanjaan sekolah bukan suatu perkara baru malah sudah berlarutan sekian lama dek kerana kekangan belanjawan daripada kerajaan. Dalam Bajet 2016 yang dibentangkan tahun lalu oleh menteri kewangan merangkap perdana menteri jelas belanjawan pendidikan mengalami pengurangan.

Ada sekolah yang terpaksa mengusulkan dan kemudian memutuskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG untuk mengutip yuran daripada ibu bapa bagi menampung perbelanjaan sekolah. Perbelanjaan bagi kertas peperiksaan contohnya, ada sekolah meminta ibu bapa membuat bayaran sejumlah wang. Ada sekolah yang meminta ibu bapa menyumbangkan kertas dan sebagainya.

Noh boleh menempelak ahli Parlimen Segambut sebagai tidak reti bahasa tetapi hakikatnya yang tidak reti bahasa malah bertindak melepaskan tanggungjawab pendidikan ialah Noh. Pendidikan tanggungjawab kerajaan. Bagaimana kerajaan boleh bertindak melepaskan tanggungjawab tersebut dan meletakkannya kepada ibu bapa untuk mencari dana?

Tidak cukup lagikah ibu bapa, guru dan anak membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST)? Sekarang ibu bapa, guru dan anak hendak pula diminta mencari dana sendiri? Apa makna sekolah bantuan penuh kerajaan jika belanjawan sekolah perlu diletakkan atas bahu ibu bapa?

Apa lagi yang kita rakyat Malaysia akan tanggung?? Hutang judi kita tanggung. Hutang joli kita tanggung. Hutang Jho Low kita juga tanggung.
-Zulhazmi Shariff (Peguam)



ULASAN GB

Demikianlah pemerintahan era UMNO BN di bawah Najib.

Berbilion wang rakyat lesap dengan skandal 1MDB.

Yang menjadi mangsa ialah rakyat.

GST dikenakan untuk menampung hutang 1MDB, Kini PIBG pula diwajibkan menjadi dana untuk menampung  menyelesaikan masalah infrastruktur dan perbelanjaan sekolah.

Tiada pilihan lain - kerajaan UMNO BN perlu ditamatkan segera.




FEATURED ADS


42 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dia suruh PIBG kutip derma? Ape nak heran sebab dia pun kaki 'kutip derma'

Tanpa Nama berkata...

Buat apa suruh PIBG,suruh lah 1MDB kutip derma. Takkan dok asyik derma kat Jho Low aja..

Pencolekhangek berkata...

Orang bodoh bertingkek-tingkek macam ini kalau bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang jangan diundi lagi. Kecuali yang mengundi tu juga bertingkek-tingkek bodohnya.

Tanpa Nama berkata...

Kaki kutip dedak.....
Kena tanya lebai hadi dengan haron jin...
Apa hukomnya makan dedak....

Tanpa Nama berkata...

Dengar cerita kekurangan guru di sekolah pun teruk jugak. Tapi duit tarakkk nak ambik guru baru sedangkan byk lulusan guru yg masih tanam anggur....

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju. Rakyat Malaysia yang bangang dan pemakan dedak kalau tak rasa susah akibat pilihan mereka sendiri, selamanya dia undi BN. Jadi aku setuju sangat2.

Tanpa Nama berkata...

Dua kali diberi peluang menjadi menteri. Masih belum mencapai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Tanpa Nama berkata...

Bagus!!!!! Undi lg umno bangsat

Tanpa Nama berkata...

AJK PIBG ni pun satu hal, bila mesyuarat agong mesti jemput MP atau ADUN BN resmikan. Konon nak minta dedak untuk tabong PIBG, sekarang UMNO minta PIBG jadi pengemis, duit kerajaan habis dijoli sakan MO1 anak beranak.

Tanpa Nama berkata...

Noh tak senonoh betoi
Dah gila noh ni

Tanpa Nama berkata...

Kena sokoloh semula noh bongok ni

Tanpa Nama berkata...

jangan cuba heret PIBG menjatuhkan najibbb....amaran tegas dari kawan sedondon ku....kah kahhhh kah

AdNAN berkata...

Kutip, jangan tak kutip. Kutip biaq habis lincin sampai ke habuq... itulah prinsip mereka

Tanpa Nama berkata...

Jelas UMNO @ BN sudah TIDAK releven lg menjd utk memerentah & mentadbir negara. Keseluruhan MP2 & menteri2 menunjukkan kedangkalan mereka...Sedarlahlah! wahai rakyat Malaysia

omar daud berkata...

Salam:

Apa lagi yg kerajaan Najib mahu:


Cukai persendirian pada pekerja!! sdah dikaut.
Ckai perniagaan untuk bisnessman!! sdah diambil.
Cukai pintu..sdah disapu.
Cukai tanah..sudah dikebas.
Cukai jalan..!!sudah diambil.
Cukai lobby pekerja asingpun!! dah disapu.
Cukai judi toto 4d!! semuanya beres.
Ckai peusahaan..!!semuanya habis lecen.
Lagi mahu sapu TOL seluruh malaysia...

Lagi...mahu ambil selrh rakyat malaysia..Cukai GST..

tAK HABIS-HABIS...Mahu surh PIBG..Derma..mengarut-mengarut..

Kerajaan apa macam ini...semata-mata nak bantu najib, keluarga dan kroni.
kalau macam ni..sape2pun boleh memerintah malaysia ini..Nak bayar hutang ajeer korek dari rakyat.

kerajaan Najib mesti dijatuhkan.

Tanpa Nama berkata...

dah lah bodoh.......tak mengaku bodoooh

Tanpa Nama berkata...

Mamat tu kn tokey kolam udang?..xpe la..otak dia pun xjauh mana ngn udang tu

Tanpa Nama berkata...

INGATKA DLM KABINET DAH TAK ADA MENTERI CAP AYAM LAGI....RUPANYA ADA LAGI MENTERI CAP AYAM YANG TAK SEDAR DIRI DAH KENA BUANG DRPD KABINET DAN DIAMBIL SEMULA SEBAGAI MENTERI TAPI MASIH LAGI TAHAP CAP AYAM ....

MALANG BETUL RAKYAAT MALAYSIA KINI MENGALAMI BERBAGAI-BAGAI MASAALAH KEHIDUPAN DRPD PADA MENTERI KABINET YANG SEDIA ADA ......

APAKAH KERAJAAN DAH TAK ADA DUIT LAGI SAMPAI MENTERI CAP AYAM CADANGANKAN AGAR KUTIPAN DERMA PIBG (WAJIB)......APA CERITA IMDB??????

Tanpa Nama berkata...

Itu cerita sekolah...
Bagaimana pula cerita pusat pengajian tinggi..

Ramai pelajar-pelajar dan ibu-bapa yang mengeluh menyumpah sebab bantuan kewangan untuk pinjaman pendidikan telah di catu...

Itu pun ramai yang masih berhibur dan mentedarah di Pekan ..

Tanpa Nama berkata...

Kau orang ingat tak tahun 1960an hingga 1970an, budak-budak pengakap datang rumah ke rumah buat kerja untuk isi tabung sekolah.. ada yang ambil upah sapu sampah, belah kayu api, cuci kereta, bersihkan longkang.. Masa itu Malaysia belum maju ... apakah sekarang ini Malaysia masih di tahap itu lagi ?


Bahaya derma..., derma ini. Guru Besar akan bantah sebab duit derma ini mungkin termasuk dalam akaun Guru Besar sendiri. Maka adalah dikalangan cikgu yang kaki pembodek berjawatan AJK dalam UMNO akan mencadangkan supaya dikenakan yuran yang lebih mudah kerana jumlah nya telah ditetapkan.

Tanpa Nama berkata...

Saya mulakan derma dengan RM 2.6 sen.

Ikhlas dan tolong rahsia kan maklumat peribadi saya.

Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Duit GST yang berbilion tu buat apa?

dulu sebelum GSt, kerajaan yang bangang ni cakap boleh bina sekolah, prasarana untuk rakyat bagai..

Tanpa Nama berkata...

NOH OMAR NI MENTERI APO?? MENTERI PERUMAHAN KE MENTERI PELAJARAN?? AWAT DOK CAMPOR HAL PELAJARAN/PIBG?? KALO MAHADZIR YANG CADANG OK LE JUGAK. AWAK DIO PERASAN DAH JADI PM KER? INILAH STANDARD MENTERI MALAYSIA. OTAK UDANG. HIHIHIHI

Tanpa Nama berkata...

Ingat PIBG tokeh Udang ke...

Tanpa Nama berkata...

Wahai puak2 umno tak celik2 lagikah mata2 korang, hidup kita ni makin lama makin terhimpit kalau macam ni punya menteri cakap eloklah dijatuhkan cepat2 nanti makin susah kita hingga ke anak cucu yang diorang dah macam ular sawa kekenyangan tu yang cakap guna kepala lutut

Tanpa Nama berkata...

Ni lah akibat byk projek udang...
Otak pun mcm udang....

TehLemonSuam. TehLemonSuam. berkata...

Mungkin silibus pndidikan d kmntrian pndidikan tdk betul hingga mlhirkan pmimpn yg dungu dan bodoh...

Tanpa Nama berkata...

DARI DULU KAN DAH TAHU UMNO BN TU KAN PENYAGAK, KAKI RASUAH DAN PEROMPAK HARTA RAKYAT, TAPI MASA PRU MASIH LAGI SOKONG UMNO BN. INILAH AKIBATANYA. SEKARANG RASALAH SENDIRI. NANTI PRU 14 JANGAN LUPA PANGKAH UMNO BN LAGI.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak bodoh dan kaki jilat..bukan menteri umno namanya..

Tanpa Nama berkata...

Dasar setan..x abis2 nak balun duit rakyat..kamu jadi keraaa..jaan buat apa..bongok tahap gaban

Timnajib Jomfikir berkata...

Satu perkataan.

Bangang ! Utk Noh Omar.

Tanpa Nama berkata...

tak masuk akal haram makan dedak

Tanpa Nama berkata...

Jgn serang Noh Omar sj. Bagaimana yg undi dia, bukan sekali tp ber kali2. Pilih lg kerajaan BN. BN menang rakyat senang kankankan

Tanpa Nama berkata...

NOH OMAR NI MANJANG JER LOYAR BURUK NYE. ORANG LAIN LOYAR JUGA TAPI HEBAT SPT KARPAL GOBIND HANIPA MAIDIN ZULHAZMI AMBIGA DAN BYK LAGI. KELULUSAN LOYAR SAMPAI KE PERINGKAT BOLEH DI LANTIK KETUA HAKIM NEGARA YANG AMAT ARIF. INI BUDAK NOH NI OTAK UDANG GAMAKNYE. DENGAR KABOR DIA BYK BELA UDANG DI TANJUNG KARANG. MINTA ORANG TANJUNG SAHKAN. HAHAHAHAHAHA

Saiful berkata...

Hidup malaiyu.. duit brim ada...derma la sikir

Syazmall Wan berkata...

Pas ckap x boleh tuduh x 4 saksi...pas bodoh selamanya

Tanpa Nama berkata...

Apa susah , lantik saja PAS seabagai pengutip derma. Depa tu pakar dlm Bab2 kutip derma.

Sapa setuju?

Ex-umno berkata...

Kalau setakat idea nak bebankan rakyat dengan naikkan tol, cukai, jual harta kerajaan, mansuhkan subsidi dan kini ada sorang lagi yg buat syor pibg kutip derma, budak darjah 6 pun boleh buat. Berhenti lah jadi menteri b*d*h !!!
Seluruh umat Melayu akan menanggung malu kerana adanya Menteri2 b*d*h spesis ini.

Noor Azman berkata...

Dahh... jgn kecoh2 pasal derma2 ni.
panggil si noh tu jumpa saya, aku dah spen 26b tuk derma tapi dlm bentuk unit tau...

Tanpa Nama berkata...

Unit apo bro? Kg, tan, g, m, cm, mm, rm, $ ?? Try tanyo husni hanazlah. Seblom dio pi jordan belajor bahasa arab. Hanyo dio yg tauu. Kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Pi minta derma dgn noh udang dulu. Tengok berapo iklas dio nk bagi. Ako raso habis tinggi pon dio boleh bagi rm10 saja. Hahaha. Menteri umno ni bab hisap duit no.1. Bab derma kedekot nk mampoih. Kahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Oh skrg baru tahu tak ada duit nak buat penyelengaraan sekolah. Dulu bukan main mewah lagi, pagar sekolah elok2 roboh utk buat pagar baru, pintu, kipas masih elok tukar dengan yang baru, dinding cat baru, pasang LCD dlm kelas ( ini projek membazir ) pendek kata semuanya diperbaharui demi untuk menyediakan projek kepada krooni-krooni. Nah skrg dah mula rasa miskin merempat dah mula meroyan nak minta bantuan PIBG pulak. Tuhan nak tunjuk dah tu, sedarlah diri.