1 Mei 2011

Hadi Seru Ahli Dan Pemimpin UMNO Tinggalkan Parti Itu Sertai PAS

PAS: Kerjasama dengan DAP dibenarkan agama

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat selama ini, termasuk dengan DAP dibuat atas nama tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.

Perkara itu, jelasnya tidak sama dengan "kerjasama wala" antara Umno dengan MCA dan MIC yang didakwanya menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan menghilangkan jati diri Melayu-Islam, lapor Harakahdaily.

“Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90 peratus adalah orang Melayu-Islam?" soal Hadi yang juga anggota parlimen Marang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mempelawa PAS "beralih kepada yang lain" walaupun mungkin enggan menyertai BN.

Presiden Umno itu dilaporkan berkata, kerja keras PAS hanya memberikan keuntungan kepada DAP.

Abdul Hadi hari ini menyifatkan seruan Najib segai janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno dan BN dalam melakukan kezaliman.

“PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” tegasnya.

Abdul Hadi malah membuat seruan balas supaya ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini.

“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” katanya seperti dipetik akhbar web PAS. -mk


Tinggalkan Umno, sertai PAS

KUALA LUMPUR, 1 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini.

“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Presiden PAS itu memberi respons terhadap kesekelian kalinya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tanpa segan silu mengulangi lagi seruannya supaya PAS bekerjasama dengan Umno BN dan meninggalkan kerjasama PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR).

Najib berkata, pemimpin PAS perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam.

Menurutnya, PAS tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP.

"Tak kisahlah sama ada PAS mahu bersendirian atau bergabung dengan Umno, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha PAS dalam memperjuangkan Islam akan terhalang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung, Kuala Terengganu semalam.

Bagi PAS, tegas Tuan Guru Abdul Hadi seruan Najib itu adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat yang telah menjadi bencana dalam negara kita yang tercinta ini.

Katanya, kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan memusnahkan harta negara.

“PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” tegasnya yang juga ahli Parlimen Marang.

Jelasnya lagi, kerjasama PAS selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.

Ia, katanya tidak sama dengan kerjasama wala antara Umno dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu Islam dalam negara kita ini sejak puluhan tahun.

“Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90% adalah orang Melayu-Islam?

“Siapakah pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan Umnoputra?

“Siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini?” soalnya.

Jawapannya, kata beliau adalah kerajaan pimpinan Umno BN itulah yang sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri. -hd


Ulasan GB

Kenyataan Presiden PAS di atas bertepatan denganr realiti yang G b dedahkan sebelum ini. GB kata (petikan)


Pelbagai cara dilakukan untuk menipu PAS. Dihidup sentimen perkauman Melayu untuk mengajak Melayu bersatu. Digambarkan DAP sebagai parti cauvinis Cina dan diserang pemimpin PKR dengan segala cara supaya PAS tinggalkan Pakatan Rakyat dan menyertai mereka.

Mereka lupa terhadap kezaliman yang mereka telah lakukan berdekad lamanya terhadap PAS, malah yang terus mereka lakukan sehingga kini.

"Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surah yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka: "Teruskan lah ejekkan-ejekanmu, sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti. Dan jika tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja. Katakanlah: "Apakah dengan Allah,ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok." "Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu ingkar sesudah beriman. Jika kamu memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka bertaubat) nescaya Kami akan mengazab golongan yang lain disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa." (At-Taubah 64-66)

Apa yang berlaku kini adalah hasil dari perbuatan-perbuatan melampau UMNO sendiri. PAS setidak-tidaknya telah berjaya mengubah DAP menjadi sebuah parti yang sederhana. Jika sebelum ini DAP benar-benar parti yang hanya disertai kaum Cina dan tiada Melayu yang mendekatinya, tetapi DAP hari ini telah menjadi sebuah parti yang lebih terbuka dan demokratik hasil dari kerjasama yang terjalin di dalam Pakatan Rakyat.

Setiap kali pilihanraya kecil yang ditandingi oleh PAS, rakan-rakan dari DAP & PKR akan turut serta untuk bersama sepanjang masa menolong dengan penuh semangat dan keikhlasan sehingga PAS dan DAP berjaya untuk sentiasa bekerjasama bahu membahu menggalas perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

PAS tidak akan bersama BN lagi. Dan PAS tidak bersendirian lagi. PAS juga tidak akan terpelosok ke dalam lubang biawak dua kali.

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terbatasap orang-orang yang beriman, bersikap keras terbatasap orang-orang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak takut terhadap celaan dari orang yang suka mencela, yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (pemberianNya) Lagi Maha Mengetahui"(al-Maidah : 54)



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah masa yang terbaik untuk menyerang UMNO/BN. Adalah di harap barisan kepimpinan PR bersatu tenaga dan susun stratigi dengan baik dan tersusun dan terus-terusan menyerang UMNO/BN sehingga selesai PRU-13.

Dengan berbuat demikian saya yakin dan percaya PR dapat menguasai Putrajaya, InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Najib ajak PAS bersama-sama menyebarkan fitnah?

Tanpa Nama berkata...

Kalau begini aku respek ngan presiden PAS nih. Maaf zahir batin jika selama ini ada unsur-unsur 'kasar' terhadap Tuan Hj. Presiden.

Tanpa Nama berkata...

Hadi Awang tak usahlah nak ikut jijak Najib pulak.Najib ajak PAS sertai UMNO,dia pulak ajak UMNO sertai PAS.Macam tak ada modal lagi.Carilah modal lain untuk lawan Najib,nak ikut bontot Najib buat apa?

Tanpa Nama berkata...

ya..mari la kita pindah berpindah parti....