1 Mei 2011

Datuk T Temberang, Dakwa Dia Diugut Pula

Dua Datuk T terima ugutan lapor polis

BANGI: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik mendakwa beliau dan seorang lagi trio ‘Datuk T’ iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah menerima ugutan serta ancaman keselamatan daripada pihak tidak dikenali.

Beliau berkata, ugutan serta ancaman berkenaan diterimanya beberapa minggu lalu selepas mendedahkan video seks yang dikatakan mirip wajah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, pihak terbabit juga bukan saja mengugut serta mengancam untuk mencederakan dirinya, malah ahli keluarga mereka.

“Saya menerima ugutan daripada pihak tidak dikenali mahu mencederakan saya serta ahli keluarga beberapa minggu lalu dan saya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

“Bukan saya saja, malah (Datuk) Shazryl Eskay juga turut menerima ugutan sama,” katanya semalam, selepas menyampaikan ucaptama Program Memperkasakan Model Baru Ekonomi (MBE) anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu serta UMNO Bahagian Serdang.

Rahim menggesa polis mendedahkan segera identiti pelaku dalam video seks berkenaan supaya rakyat tidak terkeliru.

Sementara itu, empat laporan polis dibuat oleh tiga individu ekoran kekecohan dicetuskan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika majlis sumpah laknat oleh Shazryl Eskay di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul, petang kelmarin.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, Pahang; Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Melaka dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, Kelantan petang dan malam kelmarin manakala satu lagi laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, ibu negara, petang semalam.

Semua laporan berkenaan dibuat tiga individu berkenaan yang meminta supaya pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba mencetuskan huru-hara ketika di dalam masjid berkenaan termasuk melakukan provokasi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya sudah menerima semua laporan itu dan akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang dinyatakan.

“Kita akan menyiasat mengikut saluran undang-undang termasuk menyiasat dakwaan menyatakan pihak pembangkang cuba merampas pembesar suara surau berkenaan serta bertindak kasar terhadap jemaah,” katanya. -BH

Ulasan GB

Cuba kita baca kertas yang dipegang oleh Rahim Tamby Chik itu:



Ia berbunyi:

ANGKATAN MUDA KEADILAN
DESAK
ESKAY PATUT DITANGKAP!

HENTIKAN FITNAH POLITIK
SUMPAH POLITIK ESKAY
BUKAN KEBENARAN

RAKYAT BANGKIT LAWAN FITNAH

SUMPAH ESKAY
PERMAINKAN SYARIAH
ISLAM!


Tang mana yang dikatakan ia "ugutan dan ancaman untuk mencederakan dirinya, malah ahli keluarganya" seperti yang didakwa?

Apakah kerana Rahim Tambi Chik TAKUT dengan flyer yang mendesak supaya Datuk T ditangkap kerana sudah sememang jelas mereka bertiga melakukan keselahan menerbit dan menyiarkan video lucah kepada orang ramai?

Dan kepada polis pula, kami ingin bertanya kepada kamu, mengapakah kamu-kamu bersekongkol dengan Datuk T dengan membiarkan mereka bergerak bebasyang sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil malah diberikan keistimewaan melampau pula seperti kawalan keselamatan, dipakaikan baju kalis peluru dan sebagainya sewaktu mereka mengadakan upcara sumpah laknat?

Kami ingin jelaskan bahawa, demi maruah dan integriti polis, Ketua Polis Negara wajar meletakkan jawatannya. Jika tidak melakukan demikian, Allah s.w.t. yang akan mencabutkan jawatan itu daripada kamu dan sekalian polis yang bersubahat dengan fitnah jahat ini akan menangung juga kaffarah dari Allah s.w.t.

Jangan permainkan kebenaran dan keadilan yang sepatutnya menjadi tugas dan tanggungjawab polis polis untuk sama menengakkannya, bukan mencabulinya.


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PATUTLAH PAKAI BAJU KALIS PELURU....ATAU TAKUT DIPANAH PETIR

leekonyou berkata...

SK berani bersumpah dengan nama ALLAH SWT ,anuwar MUNGKIN berani bersumpah dengan nama allah christian herald kot?HAIYA kan dia dan n.ajis BANYAK sokong penggunaan nama allah di majalah cristian tu......

Tanpa Nama berkata...

Eloklah jika polis simpan mereka dalam lokap bagi menjamin keselamatan mereka ini!

1 Malaysia berkata...

cerita serigala, pencuri dok kata orang lain pencuri.
Tuduhan orang fasik pun laku. Adakah Rahim Tambhy Kecil ni lebih baik daripada Lim Guan Eng? Kan Najib kata DAP tak pernah memperjuangkan Islam tapi depa tak perjuangkan tuduhan orang fasik ni. Najib yang perjuangkan Islam meng'ya'kan tuduhan orang fasik. Siapa yang lebih jahat? Guan Engkah? Najibkah?

Tanpa Nama berkata...

Puas hati, sapa sungguh sumpah ! Kan dah takut pada bayang-bayang sendiri. DSAI relax je !!! Lain kali kalau ak buat apa pun fikir banyak kali.

pakngah santan berkata...

anwar pun apa kurangnya. dengar cerita dongeng orang nak bunuh dia dari dulu lagi secara arsenik, potong wayar brek kereta dll tapi sampai sekarang tak mampus2 lagi. the king of all temberang.

suruh anwar sumpah suka-suka macam dia dok selalu buat dulu. tak payah sumpah muhabalah. simple saja. kalau dia masih tak mau sumpah suka-suka, maknanya dulu, kini dan selamanya dia adalah kaki putar alam anugerah tuhan yang paling hebat seantero alam semesta.

Tanpa Nama berkata...

leekonyou, kau dah makn ubat blum? Ni dah cukup bulan elaun dah masuk. Melilau ke semua blog pro PR.
Hu! hu! hu!

Tanpa Nama berkata...

oii pakngah santan,

sumpah2..ape tu sumpah..? lau ko xpaham, jgn main ckp je..

nnt ekau makin nampak bangang...

Tanpa Nama berkata...

oi pakngah santan.

ekau ni belajar agama x habis ke?
baik ko p belajar agama pandai2 dulu baru ko cakap pasal sumpah2 ni tau NGOK....

klu org biasa kena tngkp khalwat@ bersekedudukan pun kena ada 4 saksi, cuba ko pegi tanya pejabat agama betul ke tak nk tuduh org zina kena ada 4 saksi...mangkok hayun la ko ni.

Tanpa Nama berkata...

La ni Malaysia dah jadi Darul Sumpah daa!

Tanpa Nama berkata...

eh! bukan darul porn ke? ehehehe...........

Tanpa Nama berkata...

Teringat aku kepada sebuah pantun:

Melukut di tepi gantang,
Buka sanggul cari kutu;
Bila takut akal pun hilang,
Tunggul disangkakan hantu.

Tanpa Nama berkata...

Geng trio T patut ingat. Jika takut panas dan terbakar jangan bermain dengan api. Sekarang diri sendiri dah susah.