1 Mei 2011

Ugutan Najib Terhdap Kaum Cina Sudah Tidak Relevan Lagi

Najib: Mesej sudah jelas, kaum Cina kena pilih

KUALA TERENGGANU, 30 April – Kaum Cina perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum ke-13 atau kehilangan wakil dalam Kabinet pusat dan negeri, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Sehubungan itu Perdana Menteri berkata masyarakat Cina telah diberikan mesej yang jelas dalam isu tersebut.

“Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu,” kata beliau dipetik beberapa media hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan.

Semalam, MCA, komponen kedua terbesar dalam BN, mengumumkan pendirian tidak akan menerima sebarang jawatan peringkat pusat dan negeri jika calonnya gagal mencapai keputusan terbaik pada pilihan raya umum ke-13.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, penolakan jawatan tersebut turut melibatkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

"Keputusan yang diambil hari ini hanyalah (bermakna) kita tidak akan menerima apa-apa jawatan di peringkat Kabinet dan negeri, bagaimanapun MCA masih tetap kekal sebagai parti komponen BN.

"MCA akan terus duduk dan menyokong BN kerana kita masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib khususnya dalam program transformasi ekonomi dan negara,” kata beliau.

"Kami yakin kewibawaan Perdana Menteri selaku pemimpin masyarakat majmuk untuk mencapai gagasan 1 Malaysia,” katanya.

Dr Chua berkata, keputusan yang diambil itu secara tidak langsung akan menyuntik semangat kepada seluruh ahli MCA untuk menggandakan usaha bagi meningkatkan sokongan masyarakat Cina menjelang pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

"MCA perlu berubah kerana kita kena capai keputusan yang lebih baik daripada pilihan raya umum yang lepas,” ujarnya.

Pada 8 Mac 2008, MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi parti terbabit. -TMI

Ulasan GB

Satu ugutan yang jelas kepada kaum Cina oleh Najib supaya memilih MCA/Gerakan di dalam PRU13 nanti. Najib berkata ia adalah supaya kaum Cina tidak kehilangan wakil dalam Kabinet pusat dan negeri.

Kita kata: Macamlah Najib begitu pasti yang BN akan memerintah lagi Malaysia selepas PRU13 nanti.

Sedangkan ramai pemerhati politik melihat bahawa kaum Cina lansung tidak mempunyai sebarang masalah untuk memilih mana-mana parti di dalam Pakatan Rakyat. Samada DAP, PKR malah PAS melalui Dewan Penyokong PAS yang kini mempunyai ribuan ahli bukan Islam menyokong perjuangan yang dibawa oleh PAS.

Malah kaum Cina mempunyai bilangan wakil yang ramai di dalam kerajaan apabila Pakatan Rakyat menawan Putrajaya berbanding BN.

BN kini sudah sampai ke penghujung nyawanya.

Justeru gesaan / ugutan Najib sudah tidak relevan lagi buat kaum China.

Apa yang penting kini: UBAH. Ubah dari BN kepada PR untuk masa depan Malaysia yang lebih berjaya, adil dan makmur.

Kelab Greenboc dengan rasminya memulakan slogan UBAH bermula saat ini untuk menghadapi PRU13.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BN sudah hilang daya memikat dan diganti dengan ugutan.

Zaman sekarang kanak-kanak pun sudah tidak takut kepada ugutan malah mereka sudah pandai membela diri jika diugut.

Walau dengan apa strategi sekali pun nampaknya BN semakin hari semakin hilang sokongan dan kepercayaan rakyat dari semua kaum dan agama. BN sedang menuju masa depan yang gelap dan sinar kejayaan berada dipihak PR.

Walaupun parti komponan BN tidak berkubur akan tetapi sudah hilang daya ketahanan dan sudah tidak bermaya lagi.

Sekarang ini talian hayat BN hanya bergantung kepada pihak Mahkamah, PDRM, SPRM dan SPR sahaja, akan tetapi berapa lama boleh bertahan, tsunami akan melanda jua.

BZ berkata...

PM Malaysia yang teramat terdesak!!
UNTUK PENGETAHUAN NAJIB,MCA DAN GERAKAN.
Pengundix Cina tahu mereka TETAP akan
ada wakil dalam kabinet pusat dan
negeri bila PR memerintah.Ugutan
yang memperbodohkan diri sendiri.