Hulu Langat – Seorang pelajar sebuah sekolah di Jelebu, Negeri Sembilan mendakwa dibelasah hingga cedera oleh sekumpulan guru lelaki di sekolah itu pada Selasa lalu.
Gambar: LAKONAN semula bagaimana Muhammad Noor Azim dipijak oleh sekumpulan enam guru dalam kedudukan bersujud.
Muhammad Noor Azim Ajis, 17, mendakwa, kejadian bermula ketika dia sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Bahasa Melayu sebelum seorang guru datang dan memintanya ke bengkel sekolah.
“Apabila tiba di bengkel, ada enam guru lelaki lain. Tiba-tiba mereka menumbuk, menendang dan memijak saya hampir setengah jam,” dakwanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Jawa, Batu 18 di sini semalam.
Selain menjadi mangsa sepak terajang, dia juga mendakwa dipukul dengan objek keras pada kejadian pukul 8.30 pagi itu.
Akibat serangan itu, Muhammad Noor Azim terpaksa mengambil cuti sakit kerana cedera di muka, kepala dan badan serta tidak berupaya menduduki peperiksaan.
Dia mendakwa, kumpulan guru itu mengarahkan dia bersujud dengan kedua-dua tangan dilipat ke belakang sebelum dipijak dan ditendang.
Ulasan GB
Kita tidak tahu samada dakwaan pelajar berkenaan betul atau tidak sehingga 6 orang guru membelasahnya.
Tidak pula dinyatakan sebab-sebab mengapa guru-guru itu bertindak demikian ke atasnya.
Skra untuk mempercayainya, namun kes ini perlu disiasat, dan jika benar berlaku kejadian demikian, tindakan tegas ke atas guru-guru tersebut perlu diambil. Walau apa pun kesalahan yang pelajar tersebut mungkin telah lakukan, tidak sepatutnya guru-guru sehingga enam orang membelasah seorang murid.

4 ulasan:
kadang2 cikgu kena samseng jugak untuk hadapi budak2 samseng....tak logik kalau pelajar yang tak bermasalah diterajang oleh cikgu sesuka hati...apa2 pun cikgu kena bertindak ikutt tatacara yang ditetapkan...kadang2 jer terover keluar kugfu....sorry beb cikgu dulu pun kepala samseng gak...lu salah tempat la nak tunjuk samseng cni...
Siasat dulu sebelum menuduh guru membelasah pelajar itu.
Dunia la ni ..... yang kecil diperbesarkan, yang tiada diada-adakan, yang baik dijahat-jahatkan, yang jahat diagung-agungkan, .....
Betulkah pelajar itu dibelasah sekumpulan guru? Betulkah? Betulkah? Kalau betul, kita kena kaji balik kenapakah guru-guru itu bertindak ala gengster? Yang kena belasah (pelajar) pun mesti cerita yang sebenar. Adakah dia buat khianat pada guru-guru tadi.
AKu tak percaya cerita ini 100%. Mesti ada udang di sebalik mee sebab AKU kenal sgt kelakuan pelajar masa kini.
Aku tak percaya guru2 buat macam tu. Kalau 6 org guru blasah budak tu dah mati lah budak tu. Macam tak ada apa2. Budak pukul guru baru aku percaya.
Dulu Guru Aku dah bagi tau awal2 lagi... jgn jadi biol-tolol, bila budak datang bawa cerita kena pukul, hilang duit, kena rotan...percaya separuh, x percaya separuh... Nescaya kes di atas dpt dielakkan... kadang2 kes cabul melibatkan guru pon mungkin sbb faktor pakaian, manja-mengada, suka goda2 (nak cuba market), etc murid tu sendiri. Tapi kalau guru buat hal sbb faktor guru sendiri, rotan/hukum je guru tu.... biar dia pon gigil .... ior die rase.
magua_putra@2000
Catat Ulasan