27 Mei 2011

TERKINI: Polis Sudah Panggil Pelaku Video Seks Sebenar Untuk Siasatan

Pelaku video seks disiasat

KUALA LUMPUR - Polis semalam mengesahkan pihaknya menyiasat pelaku di dalam rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai skop siasatan pelaku dalam video seks tersebut termasuk identiti pelakunya itu.

"Memang kita siasat (pelaku) sebab kita sudah kenal pasti dia," kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.

Menurut beliau, kertas siasatan yang lengkap berhubung kes rakaman video seks telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara pada minggu lalu dan menunggu maklum balas daripada jabatan itu untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, kertas siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah itu sebelum ini pernah dipulangkan semula oleh Peguam Negara sebanyak dua kali kepada polis untuk siasatan semula.

Pada 1 April lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks berdurasi selama 22 minit bermula pukul 10.23 malam, 21 Februari lalu adalah rakaman tulen selepas disahkan oleh pakar. -kosmo


Pelaku video seks sudah dipanggil

KUALA LUMPUR 26 Mei – Polis masih menjalankan siasatan berhubung rakaman video seks didakwa membabitkan pemimpin parti pembangkang yang pertama kali didedahkan pada 21 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar juga mengakui, pihaknya telah memanggil pelaku terbabit untuk membantu siasatan namun enggan mengulas lanjut tentang perkara itu.

Beliau juga enggan mendedahkan siapa pelaku tersebut.

“Seperti yang diberitahu Ketua Polis, Tan Sri Ismail Omar baru-baru-baru ini, kita telah kenal pasti dan sedang menyiasat. Itu termasuklah memanggil dia bagi membantu penyiasatan,” katanya.

Bagaimanapun, Khalid memberitahu, tindakan lanjut tidak dilakukan kerana tiada sebarang maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara setakat ini.

“Kita menanti keputusan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan terhadap pelaku dan juga mereka yang mendedahkan video itu,” jelasnya. -UM


Ulasan GB

Petang semalam, sewaktu memandu pulang dari kerja semalam GB terdengar dari sebuah stesyen radio yang GB buka, menyatakan polis sudah kenalpasti dan telah memanggil pelaku video seks berkenaan.

GB berhenti di tepi jalan untuk mencari berita meengenainya di akhbar-akhbar online namun tidak menemuinya. Mengulanginya setelah sampai di rumah. Pun tidak berjaya. Seperti ada usaha untuk menutup berita berkenaan oleh pihak media massa dari tersebar.

Hanya di pagi ini bertemu dengan berita berkenaan.

Ini bererti bahawa pelaku berkenaan telah diketahui dan telah dipanggil. Jika Anwar tidak dipanggil bererti beliau bukanlah pelaku sepertimana yang disebut-sebut dan diharap-harapkan dan digemabr-gemburkan oleh pihak yang menuduhnya.

Dan keseluruhan episod video seks itu sudah tidak lagi ada kena-mengena dengan Anwar.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aisey...bro...'semalam' tu merujuk kpd perkara- polis buat pengesahan yg mereka telah dan pernah memanggil si pelaku seks dalam konteks kes nih pada suatu ketika dahulu mungkin last month or last week etc....

'Semalam' bukan bermakna si pelaku seks telah dipanggil semalam...

cukuplah denagn politikus msia yg pandai auta...kita sebagai rakyat kenalah bijak dan jangan mudah terperangkap dgn permainan politik mereka2 nih...yg tetap senang dan selesa ialah mereka sekeluarga dan maybe picisan2 kroni nya takkiralah BN or PR. Kita rakyat marhaen ni, cam tu jugak kena pergi kerja, besarkan anak2 dan terus berusaha demi sebuah kehidupan yg lebih selesa...so tak payahlah kita nak berpecah belah dan berpuak2 demi memenuhi agenda si politikus2 nih....unless SOMEONE has been paid to create to such a chaos...kepada golongan nih...pergi cara kerja lain lah...

Tanpa Nama berkata...

Pelaku yang dipanggil tu perempuan atau lelaki. Kalau perempuan paksa dia mengaku yang pelaku lelaki tu .....a......

Tanpa Nama berkata...

Yang dipanggil itu kalau yang aktress-nya cammana polok..? Tak tentu pasal DSAI dipaksakaitkan oleh dia..?

Tanpa Nama berkata...

Betui2 aku pun dengar cam tu dan video ..tutttt takde kena mengena dgn sapa tu, lupak lak.Aku dengar radio gak dia kata org tu pun nak bersumpah lepas sembahyang Jumaat nanti.Kata radio tu lagi lafaz sumpahnya berbunyi begini, " Sumpahhhhh, saya tak buat lagi" . Sekian.

Tanpa Nama berkata...

kantoiiiiiiiiiiiiiiii lagiiiiiiii

Tanpa Nama berkata...

BUKAN KANTOI SAJE. engkau ada saham dalam MENAFIKAN proses murni KE ARAH MALAYSIA YANG LEBIH ADIL. dilaknat dunia akhirat

Johor Born berkata...

tv1 pun ada sebut polis sudah ambil keterangan pelaku itu semalam, ada x semalam anwar beri keterangan pd polis

Tanpa Nama berkata...

aku pun dengar macam GB gak.

kantoi lagi puak UMporNO.

Tanpa Nama berkata...

salam tuan..ini lain crita..tapi nak mintak tuan kasi bikin crita..boleh tak tuan create satu crita mana ilang malaun2 Zulkifli Nordin...kulim ngan zahrain bayan baru?...senyap jer die orang skrang?..Mr 110% tuh dulu kan main galak lagik kuar paper ..masuk paper..kuar tivi 3 masuk tibi3....sekarang semua macam dok lam gua jer...boleh tak tuan ulaskan perkara ini....TQ

Lang berkata...

tokey2 tayang bila nak tangkap?... apakah menayang, menonton bahan lucah udah dibenarkan ke di malassia nih?...

Tanpa Nama berkata...

hahahahhahhaha!! betul betul betul!!! ada lagi sesi bresumpahhh...tapi sumpah tak buat lagiiiii...wakakkakkakakkaa!!!

unanjaga berkata...

Dan siapa juga yang selama ini menjadi penyambung pada lidah kebohongan,maka dosa besar mereka akan tetap menjadi beban yang bakal mereka tanggung pada pengadilan hari akhirat.Sedang dosa fitnah itu lebih berat dari dosa membunuh,begini lah kecelaruan iman yang ada pada diri orang islam(sebahagian) diMalaysia sekarang,mereka terlalu mudah menjadi tukang angguk pada berita yang belum dapat dipastikan kebenaran nya.Harap kita tidak akan menjadi sampah neraka yang akan membakar begitu dasyat.

Tanpa Nama berkata...

sumpah kat 1 malaysia akan terus menjadi2. DULU KINI DAN SELAMA2NYA. AMALAN NI DIMULAI OLEH ORANG2 UMNO. herannya menteri agama JKHIR tak boleh buat apa-apa. DSAI dulupun dah dipekena oleh UMNO. Nak hapuskan khurafat sumpah hapuskan UMNO dan BN dalam PRU13