28 Apr 2011

Warga UUM Pengguna Air Tertinggi Di Dunia?

Secara purata seorang rakyat Malaysia menggunakan 230 gelen air sehari dan seorang rakyat Kedah menggunakan 250 gelen air sehari. Namun secara purata seorang warga Universiti Utara Malaysia (UUM) menggunakan 340 gelen air sehari!

Demikian didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA) Dato’ Azdmi Din dalam sidang media di pejabatnya berhubung kajian yang dibuat oleh syarikat air itu terhadap UUM.

Menurutnya, berlaku pembaziran sebanyak 462 ribu gelen air sehari di Universiti Utara Malaysia (UUM) dari air yang dibekalkan oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan kuantiti itu adalah terlalu tinggi.

Menurutnya, pengiraan dibuat secara teknikal berdasarkan jumlah pengguna sebenar dan mengukur tahap jumlah air yang sepatutnya dibekalkan.

“Maknanya warga UUM berjumlah 33,037 jiwa itu memerlukan air sehari secara normalnya hanya 8 juta liter padu sahaja sedangkan hari ini mereka secara purata setiap orang menggunakan 340 gelen sehari berbanding penduduk Kedah secara normal menggunakan 250 gelen dan penduduk Malaysia sebanyak 230 gelen sahaja sehari,” katanya.

Menurutnya, anggaran penggunaan yang efisien di UUM yang diperlukan kampus itu cuma berjumlah 8,260 juta liter padu sehari. Ia sudah mencukupi untuk penggunaan normal tanpa mengambil kira penyusutan (non revenue water) disebabkan kebocoran paip.

Katanya, oleh kerana pihak UUM mengatakan mereka memerlukan air lebih, biarlah isu ini dibincang dari aspek pembaziran penggunaan.

Katanya, SADA menghormati institusi ini sebagai universiti yang terkenal di Utara dan dengan ikhlasnya menghulurkan kerjasama berikutan UUM merupakan pengguna air terbesar di Kedah.

“Kita akan bekerjasama untuk melihat apa-apa kelemahan yang ada di UUM. Kita cari jalan tengah perbalahan tidak akan menyelesaikan apa-apa,” katanya.

~WARTA KEDAH~


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mandi guna sabun berbuih memang kena guna air banyak. Penduduk uum pun ramai juga?

yes berkata...

Assalamualaikum,
Agak terkejut membaca berita ini, selama ini saya sangkakan mereka yang berada di menara gading mempunyai kesedarann civic yang lebih tinggi dari rakyat yang lain. Amat memalukan jika inilah sifat mereka. Pinjam kata kata arwah mak saya " macam orang tak sekolah "

Tanpa Nama berkata...

warga uum ni mandi wajib tiap2 hari ke?

Zainol Idris berkata...

Depa tak guna syampo, depa guna sintuk sebab tu guna ayak banyak. habak mamak mustopha zaman la ni orang tak guna sintuk lagi daa....

- shay - berkata...

uihh..hampa lupa ka,depa tu kan bela macam-macam dalam UUM tu.nak bagi minum lagi,bagi mandi lagi..tu tak kita nak siram pokok rumput,pokok padi dengan pokok balak kat hutan yang berekar-ekar..

Tanpa Nama berkata...

mungkin salah satu faktor UUM byk menggunakan air adalah disebabkan pembinaan byk projek bangunan baru dalam kampus UUM yg berterusan iaitu dari pembinaan pembesaran perpustakaan, bangunan baru HEP, pembinaan bangunan unit prnyengaaraan, dan yang terbesar adalah pembinaan Fakulti @ Dewan Kuliah (DKG6).