6 Apr 2011

Wajah Sarbani - Pegawai Kastam Yang Mati Di Bangunan SPRM [updated]

Mustahil Sarbani boleh bunuh diri, kata rakan-rakannya

Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.

Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.

Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.

Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan “mengawal” isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.

Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

“Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

“Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil,” katanya.

“Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang,” kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

“Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri),” katanya lagi.

“Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman,” kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.

“Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang,” katanya dengan nada beremosional.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas didapati tidak kelihatan di bilik dia diminta menunggu pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada sidang media itu, SPRM berkata, “antara pukul 10.15 pagi hingga 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur di mana seorang individu telah ditemui meninggal dunia.”

“Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam,” kata kenyataan itu.

SPRM mengesahkan bahawa Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang telah ditahan pada 1 April lalu di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang.

“Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada 2 April, pukul 12.30 tengah hari.

“Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

“Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi.

“Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut. Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan,” katanya lagi.

Kenyataan itu menambah, lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

“Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan,” tambah kenyataan tersebut.

“Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini.

“SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga si mati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil sebarang tindakan,” kata kenyataan itu lagi. -TMI



Takziah: Bawa 'kain putih' kalau disiasat SPRM

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat kesal dengan kejadian yang berlaku ke atas seorang pegawai kastam yang bertugas di Pelabuhan Klang yang ditemui mati ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Sambil menyuarakan rasa kesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu, mereka juga turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas kematiannya yang agak tragis.

Ahli Parlimen Shah Alam (PAS), Khalid Samad berkata, kematian Allahyarham menimbulkan satu tanda tanya yang sama juga dengan mendiang Teoh Beng Hock kerana ia dilaporkan terjatuh ketika dalam proses siatan SPRM.

Menurut beliau, perkataan terjatuh memberikan gambaran tidak sengaja, tetapi yang menimbulkan tanda tanya, yang dikatakan terjatuh itu bukan kanak-kanak tetapi orang dewasa.

"Kalau kanak-kanak yang jatuh mungkin benar tidak sengaja kerana melompat dan sebagainya tetapi kalau orang dewasa, ini mungkin kerana terpaksa melompat atau ditolak," katanya ketika mencelah perbahasan yang sedang disampaikan oleh Ahli Parlimen Indra Mahkota (PKR), Azan Ismail, pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Azan ketika berucap membahaskan pembentangan Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2010 bagi bacaan kali kedua, turut menyentuh perkara itu dan turut merakamkan rasa kesal, terharu serta takziah kepada keluarga mangsa bagi pihak dirinya serta kesemua rakan-rakannya ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau turut mendesak Dewan Rakyat agar mengambil perhatian serius mengenai perkara itu supaya mendesak kerajaan jangan membiarkan lagi kejadian seperti itu berlaku pada masa akan datang.

"Kejadian terbaru ini jelas akan lebih menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPRM. Secara kebetulannya pula mangsa dan SPRM adalah sama-sama dari agensi penting kerajaan yang sama-sama terlibat dengan tugas penguatkuasaan undang-undang," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR), Datuk Johari Abdul ketika bangun mencelah berkata, kejadian terbaru itu ternyata bukan sekadar menghakiskan lagi kepercayaan rakyat terhadap SPRM, tetapi menjadikan SPRM bukan lagi agensi yang boleh diharapkan lagi untuk melakukan penyiasatan, tetapi tempat kematian.

"Selepas ini kalau ada sesiapa lagi yang akan disiasat oleh SPRM termasuk ahli-ahli Parlimen sendiri mestilah turut membawa bersama kain putih," katanya sinis.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang juga dari PKR ketika bangun untuk turut memperkatakan perkara itu turut bersetuju dengan hujahan tersebut, tetapi dihalang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk diperkatakan dengan lebih jauh.

Sebelum itu, kesemua ahli Parlimen terbabit turut gagal untuk memperkatakan perkara itu dengan lebih jauh kerana dihalang keras oleh beliau, atas alasan perkara itu menyimpang dari tajuk perbahasan.

Ketika membangkitkan perkara itu, mereka turut diganggu oleh wakil BN yang membawa gambaran kejadian itu adalah kejadian amat kecil kepada mereka dan tidak perlu dibangkitkan di Dewan Rakyat. -HD




Ulasan GB

Seperti yang GB ulas sebelum ini, kenyataan/alasan SPRM tidak dapat diterima. Ia semacam sengaja ada satu gap kononnya mangsa bersendirian.

pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

“Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan,” tambah kenyataan tersebut.


Gap itu serupa macam kes Teoh dimana dikatakan Teoh dibiarkan sendirian berbaringan di sofa pejabat SPRM.

Jadi kali ini tidak mungkin rakyat boleh menerima alasan orang yang disiasat "membunuh diri".

SPRM tidak perlu berteori lagi dan polis tidak perlu melakukan cover up sepertimana kes Teoh Beng Hock dan Datuk T.

Rakyat sudah buka mata dengan sebesar-sebesarnya terhadap SPRM dan PDRM.

43 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya Allah kau ampunkan dosanya dan tempatkannya ditempat org yg beriman berilah balasan yg setimpal kepada mereka yg menganiayanya

Tanpa Nama berkata...

SPRM ni binatang ke hantu, asyik nak makan orang jer...

Tanpa Nama berkata...

aku memang teramat kesal dan sedih dengan SPRM..macam nie ke badan kerajaan buat kerja?uncle sarbani ni jiran rumah aku..aku kenal sangat dia..seorang yang lemah lembut..tahun nie dia nak pergi haji..cuba bayangkan apa nasib keluarga dia..anak dia banyak lagi yang masih bersekolah.dia ni pakai crv lama dengan motor kriss je,pangkat penolong pengarah tuu..kalau dia nak buat hal,takkanla dia masih duduk dalam kuarters kastam,mestila dia dok luar,apala ke bangangnya SPRM nie..

Tanpa Nama berkata...

PERHATIAN PUAK KANIBAL SPRM!

GUA DIPAHAMKAN LU ORG MASA TAHAN ARWAH,LU ORG SENGAJA SINGGAH PARK VAN DEPAN KANTIN KAT WISMA SEMATA2 NAK BELI AIR SEBUNGKUS!!PADAHAL SEBENARNYE LU ORG NAK TUNJUK GAH KEKUASAAN DEPAN SEMUA AGEN KASTAM DAN STAF LAIN YG LU ORG DA TGKAP ARWAH NAK MALU DAN AIBKAN DIA..KALAU BETOL NAPER SENGAJA STOP SINGGAH KANTIN,APESAL TAK TERUS, BWK SUSPEK PI OFIS SPRM,BLEH PLAK NAK BELAGAK TUNJUK TGKAP ARWAH YER..LU ORG MEMANG MELAYU SPRM UMNO YG LAHANAT

Tanpa Nama berkata...

Tugas mereka utk menyiasat.tapi sekarang ni lebih kpd membunuh.mereka yg patut disiasat!!

Tanpa Nama berkata...

sprm keluar kenyataan bunuh diri ke? kt mana statement tu???? aku trlepas pndng ke...tk jumpa pn...yg jumpa komen2 org ramai yg kata mcm tu

Tanpa Nama berkata...

beliau seorang yang beriman dan terlalu merendah diri kerana allahswt.membunoh diri?sprm wajib dibedah siasat oleh bukan lagi dengan sistem kanun yang ada tapi oleh rakyat.rakyat tidak lagi percaya pada rci[rouges of criminal investigators]atau pun hakim hakim dari dunia hutan rimba.sprm kamu adalah suruhan pembunoh rakyat malaysia dengan mengikut garis panduan tatakerja untok pencapian nkra[najib kerja rosmah arah]pdrm pula tidak ada apa perbezaanya malah siap mengatur langkah untok diperkudakan oleh pemerintah bn/umno/apco menindas rakyat.ya allah!!,ya rahman!! ,ya rahim!!ya rabbulallamin berilah keadilan kepada kami rakyat yang ditindas,dizalimi,dianiayai oleh kesemua para pemerintah serta kesemua yang terlibat bersekongkol dengan mereka.berilah pembalasan diatas muka bumi ini kepada mereka semua supaya menjadi iktibar kepada yang lain.amin!!.

Tanpa Nama berkata...

kepada semua warga kastam...
hulurkan sekalung doa kepada arwah.
lakukan sesuatu sebelum anda semua
menjadi mangsa kedua sprm...
bersatu hati la anda......ALLAH MAHA BESAR.....AMIN.
kepada SPRM melayu...
ALLAH MAHA TAHU.......ingat la..
bila ajal menjemput mu...azab NYA amat la pedih...

Tanpa Nama berkata...

KENAPA DGN RAHIM TAMBI CITS & TAIB SPRM MENIKUS???

Tanpa Nama berkata...

wahai seluruh warga kastam dirikan solat hajat...semoga simati mendapat pembelaan sewajarnya...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya AMIN..

Tanpa Nama berkata...

Jom kita semua lakukan solat hajat. Moga Allah swt memberi petunjuk. InsyaAllah.

buka mata berkata...

Anonymous said...

sprm keluar kenyataan bunuh diri ke? kt mana statement tu???? aku trlepas pndng ke...tk jumpa pn...yg jumpa komen2 org ramai yg kata mcm tu
April 6, 2011 11:09 PM

ko baca la surat kabar..buka mata..
tgk berita tv..buka mata..

Tanpa Nama berkata...

ni ada pulak balaci sprm kata sprm tak keluarkan statement kata bunuh diri..kalau bapak engkau mati macam ni,baru engkau ada akal nanti.uncle sarbani ni selalu jadi imam kat surau kastam wilayah.kesian dia,anak dia 4 lagi yang sekolah,engkau orang SPRM tanggungla dosa sampai mati,dunia ni memang sekejap je..arwah insyaallah ke syurga.kalau la uncle sarbani ni songlap kuat,takdenya dia pegawai atasan selangor nak pergi merayu kat kastam wilayah dia nak dok kuarters wilayah,sah sah dia buat banglo macam ex menteri besar dot dot dot..tolongla,saya kenal dengan arwah,hanya ALLAH je mengetahui betapa lemah lembutnya uncle sarbani nie..

Tanpa Nama berkata...

"Ketika membangkitkan perkara itu, mereka turut diganggu oleh wakil BN yang membawa gambaran kejadian itu adalah kejadian amat kecil kepada mereka dan tidak perlu dibangkitkan di Dewan Rakyat."

Sapa wakil BN yang kata perkara ni "amat kecil"?? Kurang ajar... kalu jd kat sedara dia, adakah dia akan kata benda kecik gak???

Mitype berkata...

Pakatan rakyat, sebagaimana anda membela kematian Teoh dan Kugan, kini bangkitlah membela Sarbani..

Unknown berkata...

insyaalaah. aku akan beralih undi kepada pakatan rakyat. no option available now!!

Tanpa Nama berkata...

Takziah kepada keluarga arwah Sarbani.
Kalau nak diharapkan sistem sekarang ni mungkin payah kita nak dapat kebenaran (polis x leh pakai,sprm berlagak mcm komunis,spr barua ahli politik,ahli politik menikus bila2 kes2 ni berlaku)..
Cuba kita ubah kerajaan yg ada sekarang kalau kita betul2 marah..
Kalau x ok kerajaan baru,kita ubah balik...
Biar kerajaan baru perbetulkan semula corrupted agency ni...

ahli umno Muar

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan pimpinan najib & rosmah kini dah jadi trend bunuh membunuh..cuba anda fikirkan, dari kes Altantuya, Teoh beng hock and terbaru Ahamd Sarbani..semuanya mengunakan cara yang sama iaitu BUNUH untuk mulut..siape yang mula dengan cara ini terlebih dahulu?? Anda nilai sendiri..

Tanpa Nama berkata...

kadang kala perassaan bersalah pada keluarga amat menghantui hidup pegawai kerajaan ramai yg makan rasuah bila kena cekup tu mula ilang akal nye-setan pun masuk lah...bila dah tertekan mcm2 hal boleh terjadi...

Tanpa Nama berkata...

kejadian amat kecil kata wakil BN??
ko tengoklah income negara bulan ni dan tahun ni, kah3x...
media x hebohkan apa yg jd di port klang, kastam dan forwarding dah lama x tutup kedai, rasakan...

Tanpa Nama berkata...

SPRM

Suruhanjaya
Pembunuh
Rakyat
Malaysia

Tanpa Nama berkata...

MARI KITA SEMUA SAMA SAMA UBAH UNDI KALI NIE..KITA TENGOK PARTI PEMBANGKANG HANDLE PULAK UNTUK SEMUA STATE..KALAU TAK OK,NANTI KITA UBAH UNDI BALIK..GUNALAH HAK ANDA,JANGAN NANTI BAPA ANDA PULA YANG TERKENA MACAM ARWAH SARBANI

Tanpa Nama berkata...

Nie semua bangsa penjajah bangsa sendiri sampaikan kes kematian sedara Islam sendiri dikatakan perkara kecik...perkara yang haram mereka halalkan dan sebaliknya...

trasher_maut@yahoo.co.in berkata...

SPRM - pembunuh misteri....
Ya Allah, Kau balasilah orang -orang yang menzalimi orang lain dan difitnah...amin...

Tanpa Nama berkata...

Ingatlah....semakin hari...semakin jelas ape yg didedahkan oleh Allah kepada umatnye...kerajaan hari ni semakin gile...gile kuasa hingga terlupa siapa yang lebih berkuasa di alam ini...mati terus dilupekan...mati juga sbgai jln penyelesaian...kembalilah kite kepada Allah...insaflah...ingatlah....lahirnya sesebuah kerajaan yang zalim adalah disebabkan oleh zalimnya rakyat itu sendiri...sama2 lah kite renungkan...sebelum keluarga kite di timpa sesuatu seperti keluarga arwah sarbani...baik la kite semua bersiap sedia.kite semua kurang didedahkan dengan peringatan dari Allah melalui rasulNya...sebab kite semua skrg dr pagi smpai ke mlm dihidangkan oleh perkara2 yg melalaikan...ingatlah wahai pesalah semua..kamu ingat kamu baik dalam merancang sesuatu?Allah lah sebaik2 perancang wahai makhluk Allah semua....wassalam

Tanpa Nama berkata...

biasenya klau org nk bunuh diri tak pergi tingkap yg mane klau jatuh, jatuh atas bumbung dulu, baru jatuh ke tanah.

alang2 nk bunuh diri kebanyakan kes lompat dr tgkap tgkat yg tinggi + jatuh ke tanah terus.

cube tgk balik gmbar tingkap yg dikate kan tmpat mangsa 'terjatuh' tu...bernas ke idea org nk 'bunuh diri' dr tingkap tu?

tak mungkin ini kes bunuh diri...

pelik berkata...

>>Ahmad Sarbani SAMPAI bangunan SPRM kira-kira 8.26AM.

>>telah menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30AM.

>>lebih kurang 10.15AM, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

beliau tunggu dalam masa yang agak lama.tiada masalah.tetapi macamna boleh timbul bunuh diri yang hanya ditinggalkan sekejap je.tak kan alih-alih beliau berubah fikiran tanpa sebab musabab.

Dan lagi apabila mencari seseorang yang tiada didalam bilik pegawai tu terus tengok di tingkap.aik??!!pelikkkkkkkkk!!!

Tanpa Nama berkata...

haiii....sape lg yg boleh diharapkan kalau dah semua tak boleh nak percaya skang nih.....penat dgr cerita2 yg menakutkan dan merisaukan jiwa..sgt berharap sesiapa sj yg bersalah mendapat balasan yg setimpal agar menjadi teladan utk yg lain....sudah-sudahlah mengaiaya dan menindas org..satu hari nanti giliran kamu pula...

Tanpa Nama berkata...

takziah kpd keluarga arwah..
kita mengharap SPRM telus dlm mnjalankan tugas tapi yg brlaku skarg sebliknya..ini mesti ada konspirasi drp org atasan..semuany krana HARTA..Mari kita plih pmpinan yg telus BEBAS RASUAH!

Tanpa Nama berkata...

nanti ada sembahyang hajat,akan aku inform dalam blog ini..marilah kita sama sama bagi buncit perut orang yang bunuh insan yang tak bersalah ini dan marilah kita doakan yang terbaik untuk keluarga arwah..ALLAHUAKBAR!!!

Tanpa Nama berkata...

keluarga terdekat beri tahu arwah pergi sana kerana dipanggil oleh sprm bukan datang suka-suka untuk terjun tingkap.

Tanpa Nama berkata...

Wahai seluruh warga KDRM mari kita sembahyang hajat ramai-ramai mohon Allah jatuhkan bala kepada orang-orang yang bersubahat dan bersekongkol menyebabkan kematian Alahyarham Sarbani. Kepada keluarga Alahyarham diucapkan takziah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Alfatihah

Unknown berkata...

sangat sedih dengan apa yg terjd..mudah mudahan beliau di tempat di kalangan org beriman...dan semoga Allah tunjukkan siapa yg bersalah.SPRM ni x leh pakai la...

Tanpa Nama berkata...

ade sumber terdekat yg mlawat arwah d bilik mayat bgtau, bdn arwah lebam2, kesan tapak kasut d bdn die.. matenye pulak bengkak, mulot koyak.. tu ape pulak SPRM nk jwb? xkn la soal siasat smpai kne pijak.. tu bangse mlayu pijak org mlayu, lg2 org yg d pijak2 tu adlh org yg beriman.. mmg xaman la korg idop kt dunia ni..

Tanpa Nama berkata...

Sudah sampai masa nye kita bersolat hajat mohon diturunkan bala keatas 'gerombolan2' ini. nmpknye budaya membunuh saksi sudah seolah2 menjadi kewajipan utk menutup kebenaran. sorry tu say, sejak Najib menjadi PM, budaya ini sudah menjadi halal (bukan oleh Jakim) disamping tayangan terbuka video2 lucah....

renoasquall berkata...

apa yg buat aku sakit hati,najib ckp dgn pemberita,kes teoh dgn sarbani ni tak sama,teoh sprm yg panggil tapi sarbani ni dia dtg dgn rela nak ubah aduan,
ada kah patut seorang perdana menteri kata begitu,,apa punya mangkuk ketua bn ni,jadi kalau sesiapa saja dtg kat pejabat sprm samada mahu atau tidak mesti matilah...pandailah ko bn........
aku doa kn pkr akan jadi penyelamat kami....amin

Tanpa Nama berkata...

Sakit ati.....memang sakit ati.... Buka mata wahai pengundi semua....adakah perkara ini akan dibiarkan berterusan. Kalau yg berkuasa diberikan kuasa selepas ini pasti mereka akan semakin menjadi-jadi kerana rakyat tidak kisahpun dengan apa yg mereka lakukan. Tolong.....Hanya kita yg boleh menghentikan ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa mcm nie. Iman tdak boleh diwarisi tetapi kalau perangai setan: membunuh, rasuah, rogol, kepala maksiat sgt2 senang untuk diikuti lebih2 lagi bila ada kuasa. Lakukan perubahan.

Tanpa Nama berkata...

Mari kita semua ke arah kepimpinan ULAMAK. Sebenarnya ramai dah tahu akan kezaliman pemerintahan BN terutamanya NAJIB dan ROSMAH ini. Mereka semua adalah JAHIL, tidak berpegang kepada ajaran ISLAM keseluruhannya! Pernah ke korang tengok NAJIB jadi IMAM solat jemaah????? Padahal die ni pemimpin utama negara ISLAM, Malaysia....fikir2kanlah..Ayuh, ke arah kepimpinan ULAMAK! TAKBIR!

tintahijau berkata...

Semoga Allah merahmati Allahyarham.
Kebenaran akan sentiasa menang. Dan marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa agar negara kita dipimnpin oleh pihak yang benar..bukan geng najib yang korap.

Tanpa Nama berkata...

No doubt KASTAM adalah antara ajensi yang paling corrupt di Malaysia selepas DBKL dan PDRM. Dulu ada keluar paper pasal ranking jabatan kerajaan yang paling corrupt mengikut undian orang ramai. Sekarang SPRM pulak menjadi pencabar KASTAM. Masalahnya, macamana ajensi-ajensi kat Malaysia nak bersih dan amanah kalau pucuk pimpinannya dah corrupt. Lu piker la sendiri..

Tanpa Nama berkata...

tiada yg mutahil jika hendak di andai kan pasal apa2 oun boleh terjadi -jika di ambil pada sudut lain dari siasatan dulu munkin tempat si arwah tgh relax mengelirukan atau kedatangan gelap mata ..apa2 boleh jadi dah sampai qadanya...hanya Allah yg maha mengetahianya.

Tanpa Nama berkata...

arwah yg saya kenali amat baik dn merendah diri.tapi takdir Allah mengatasi segala galanya...Alfatihah pakcik...

Tanpa Nama berkata...

saya sempat kenal arwah di kompleks kastam kelana jaya.amat berbeza skpnya..