6 Apr 2011

Sebar Bahan Lucah Sah Di sisi Undang-undang?

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengutuk tindakan penyebaran video seks bahan lucah secara terbuka menerusi laman web video Youtube dan foto akhbar tempatan.

“Sesungguhnya perbuatan serta tindakan ini sangat keji dan menunjukkan betapa rendahnya nilai moral dalam masyarakat Malaysia,” kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Muhamad Razak Idris (gambar).

Katanya, penyiaran itu bertentangan sama sekali dengan ketetapan serta prosiding yang telah ditetapkan oleh undang-undang negara, di samping secara langsung mencabar autoriti pihak berkuasa yang berkenaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Di samping itu, tambahnya Abim juga menilai penyiaran video itu akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap pembentukan tatasusila serta moral masyarakat di negara ini.

“Kegiatan ini jika tidak diambil tindakan akan menjadi precedent bahawa penyebaran bahan lucah adalah suatu yang sah dan tidak melanggar undang-undang negara,” katanya.

Menurutnya, perkara sedemikian rupa tidak pernah berlaku sepanjang catatan sejarah politik Malaysia.

“Ini sekaligus membangkitkan persoalan kepada kita apakah norma-norma sedemikian ingin kita tonjolkan dan hidangkan kepada generasi muda dan masyarakat dalam dan luar negara sebagai satu keperluan kepada usaha pembangunan negara ini,” katanya lagi.

Beliau berkata, secara prinsipnya Abim sangat kecewa terhadap penyebaran ini kerana menambahkan satu lagi episod duka dan hitam dalam sejarah negara ini.

“Sedang masyarakat berbicara dan berbahas usaha membenteras gejala sosial di dalam masyarakat, pada masa yang sama kita membuka ruang kepada percambahan perbincangan perkara tak bermoral dari sudut penyebarannya,” ujarnya.

Abim juga, kata beliau ingin meneegaskan kepentingan nilai, prinsip dan etika kewartawanan dan penyiaran yang harus dijunjung di kalangan pengamal media kerana mereka memikul tanggungjawab sosial yang sangat berat.

Tambahnya, keutuhan prinsip Rukun negara bagi menjaga "Kesopanan dan kesusilaan" perlu diterjemah di dalam tindakan segenap masyarakat malah ia berkait juga dengan "Kedaulatan undang-undang" sebagai elemen pembangunan negara.

Sehubungan dengan itu, Abim menggesa PDRM supaya mempercepatkan proses siasatan mengenai penyebaran video seks tersebut, di samping mengenal pasti individu yang terlibat untuk dibicarakan menerusi pengadilan yang telah ditetapkan dengan segera.

Beliau menambah, Abim ingin menegaskan menolak sebarang provokasi untuk mengaibkan peribadi seseorang memandangkan perbuatan tersebut adalah haram dan bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam.

Justeru, katanya perbuatan tersebut iaitu provokasi terhadap peribadi seseorang seharusnya tidak boleh dijadikan alat bagi mencapai sesebuah tujuan dan memenuhi kepentingan tertentu.

“Dalam kesempatan ini, Abim ingin menyeru umat Islam supaya agar menjauhi perbuatan mengaibkan peribadi seseorang di samping meningkatkan doa dan menunaikan solat hajat untuk memohon kesejateraan serta perlindungan dari sebarang malapetaka dan bencana untuk umat Islam serta seluruh pelusuk masyarakat di negara ini,” katanya. -HD


petikan Malaysiakini 22/03/11


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

baru tau ke..? dulu bedio soi lek tak apa pula ..apada...pigirahhhh....ccceeeeit ..lagipun tang mana lucahnya kan heronya tutup aurat..?

Tanpa Nama berkata...

Ianya tidak salah kalau nak mengaibkan barisan pembangkang malah digalakan. Polis pun akan memberikan kerjasama erat. Tapi kalau kerana lain, malah jauh sekali kalau membabitkan orang orang UMNO/BN perkara ni akan ditentang habis hibisan

Tanpa Nama berkata...

Anggota Pakatan Rakyat , NGO Muslim, Imam2, Bilal2,Tok Siak, JKKK, Ahli UMNO dan orang Islam seluruhnya....

wajar beramai-ramai buat laporan polis untuk mendesak supaya Utusan Malaysia disiasat kerana menyiarkan gambar pornografi.

Jika menyiarkan gambar lelaki dan perempuan berkemban dan 'ready to do sex', tidak lucah.

Apalagi nilai yg ada pada rakyat Malaysia, UMNO dan semua wartawan Utusan ?

GB boleh lancarkan kempen....

Katakan tidak kepada Pornografi
Katakan tidak kepada Utusan Malaysia

Katakan ya kepada UMNO
Katakan ya kepada lucah

1 Malaysia berkata...

Menteri Malaysia yang paling bodoh di seantario dunia. Menteri pun tak tahu undang-undang negaranya sendiri. Patutlah PDRM tak terlibat sebab Menterinya sendiri pun tak tahu undang-undang. Hishamuddin pun 2 x 5 juga.
Rakyat la ni dok tertanya-tanya awat PDRM tak tangkap Dato' T atas akta penyiaran bahan lucah di khalayak ramai? Bukannya ketulenan video itu yang dipersoalkan tapi penyebarnya. Nak kata Najib tak terlibat tapi dia mengiyakannya. Kalau Najib dan BN tak terlibat, sudah lama TRIO tu dah kena belasah dengan PDRM.
Ini Malaysia Ku yang aku cintai bak seperti kata seorang penyanyi tempatan kita yang dikecam oleh Rais Yatim. Malaysia Ku kukukukukukukukuk ..... Tahu tau apa maksud kukuku.... dalam bahasa Cina? Lan Chau le........

Tanpa Nama berkata...

Anonymous said

Semalam beli KOSMO, tak bawak balik kat rumah. Teramat malu kalau anak tatap. Entahlah!!!

Tanpa Nama berkata...

Bukan sesuatu yang menghairankan sebab Menteri dah halalkan pertunjukan bahan lucah. Menteri juga pernah buat aksi lucah malah pernah merogol juga. Siaplah nanti akan ramai yang jadi pengedar bahan-bahan lucah secara terbuka.