6 Apr 2011

TERKINI: Pegawai Kastam Pula Mati Jatuh Dari Bangunan SPRM [updated]

Pegawai Kastam disiasat mati jatuh dari bangunan SPRM

KUALA LUMPUR, 6 April — Seorang pegawai Kastam yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mati selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Agensi itu akan mengadakan sidang media tengah hari ini.

Insiden terbaru ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai Kastam di seluruh negara. -TMI


Customs officer in graft probe falls to death at MACC building

KUALA LUMPUR: A Customs officer under probe for graft involving unpaid taxes is believed to have fallen to his death from the 3rd Floor of the MACC Building in Jalan Cochrane here on Wednesday morning.

The remains of the officer, who had been released on bail two days ago, was found at 10.15am.

It is learnt that the officer had returned to the MACC office on Wednesday to meet the investigation officer.

MACC director of investigations Datuk Mustafar Ali, who confirmed the incident, said the investigation officer had told the Customs officer to wait and went to collect the case file.

"When he came back, he found the Customs officer missing," he added.

MACC is scheduled to hold a press conference on the incident Wednesday afternoon. -thestar



Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM


Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikatjamin dua hari lalu, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibunegara pagi ini.

Mangsa tersebut difahamkan adalah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Sementara itu, Star Online melaporkan bahawa pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke pejabat SPRM hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah bangunan tersebut pada jam 10.15 pagi. -mk

KP kastam terkejut pegawai kanan jatuh bangunan


Ketua pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf kini berada dalam keadaan terkejut setelah menerima berita berhubung insiden kematian seorang pegawai kanannya pagi ini.

Pegawai kanan itu dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat jatuh dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.

"Ya, kita sahkan insiden itu berlaku. Datuk Seri dalam keadaan terkejut bila dengar cerita ini," kata pembantu khas Mohamed Khalid, Masrul Amri Kamaruddin.

Masrul Amri juga berkata, ketua pengarah itu dijangka memberi kenyataan kepada media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terangganu pada malam ini.

Mohamed Khalid berada di bandar tersebut untuk mengikuti satu mesyuarat, dipercayai berhubung siasatan yang dijalankan SPRM ke atas jabatan berkenaan.

Difahamkan, mangsa insiden itu merupakan seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKED) Selangor.

Difahamkan, pegawai berkenaan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu. -mk



Ulasan GB

Persoalan kini jika pegawai berkenaan dikatakan telah "dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu", (who had been released on bail two days ago) mengapa SPRM tergesa memanggilnya ke pejabat SPRM?

Kedua: Apakah ini menjelaskan juga bahawa bangunan SPRM tidak selamat? atau

SPRM itu Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia?

Sama-sama kita tunggu kenyataan media selanjutnya oleh SPRM.



17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pengarah Kastam Pahang yg kena tangkap hari tu ke?

paktua berkata...

sini ada hantu, sana ada hantu

Tanpa Nama berkata...

bukan lerr....

pegawai kastam di pelbuhan klang laaa...

Mat Karan berkata...

ada hantu ka itu building... kena suruh David teoh ngan ahmad idham pergi survey ni...

Tanpa Nama berkata...

kah..kah..ka..hantu Teo Beng Hock nk cri geng..bosan sorg2..

Sekak Hassan berkata...

saya andaikan pegawai tersebut Melayu, jadi saya menjangkakan mungkin akan berlaku isu perkauman sekiranya PR tidak membela kematian dia seperti Teoh. orang mungkin kata, ini lain, Teoh membantu siasatan saja, pegawai tersebut pula suspek rasuah, tetapi Kugan juga suspek penjenayah..

Tanpa Nama berkata...

KAH KAH KAH LAWAK LAWAK.CUBA SPRM SIASAT NAJIB BIN RAZAK PULAK.TGK JATUH BANGUNAN TAK NAJIB BIN RAZAK KAH KAH KAH KAH

Tanpa Nama berkata...

Kematian ini nak tutup kes atau mencari kes baru ? Kes Teoh Beng Hock bagaimana ?

Nampaknya bangunan SPRM tempat orang terjun bunuh diri. Pegawai SPRM terlampau asyik menonton video lucah kematian ini akan jadi seperti mendiang TBH tidak dibunuh, tidak membunuh diri, cuma mati dengan sendirinya.

Pembunuhnya sehingga hari ini bebas mungkin sudah naik pangkat diatas pembunuhan itu.

Tumbangkan kerajaan BN jika kita ingin tahu siapa sebenarnya pembunuh TBH dan pengawai kastam itu. Selagi BN berkuasa akan ada lagi saksi yang terjun bangunan kononnya bunuh diri.

Tanpa Nama berkata...

apa yg saya dgr, ada kejadian kejar mengejar di MACC sblm pegawai tersebut jatuh bangunan. tetapi yg dilaporkan bertentangan pula. sudah tiada alasan, boleh pula ckp 'tiba2 hilang...'?

Tanpa Nama berkata...

panjang said
bila doa telah dimakbulkan, semuanya ditunjukkan (dua org dah dikatakan bunuh diri kat pejabat SPRM,pusat latihan polis diserang virus dan mcm2 lagi) cuma org melayu je tak nampak2... kalau UMNO menang jugak diundi dek yang buta ati ni.. tunggu jelah balasan... wallahuaklam

Tanpa Nama berkata...

Orang yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Baik pekerti dan budi bahasa. Hurmat ketua dan siapa saja. Boleh mengambil nyawa sendiri?

::ThisIsNotMe:: berkata...

al-fatihah tok arwah.

sgt terkejot bile dapat tau jiran saya jatuh bagunan time tengah lunch tadi gara2 SPRM.

pengarah kastam west port.

Tanpa Nama berkata...

al-fatihah utk arwah...

1.tp dari apa yg saya baca, arwah tidak dipanggil utk hadir ke pejabat sprm kl, arwah sendiri yg datang utk berjumpa dengan pegawai sprm.

2.sebenarnya ramai dh terkulai dengan hebahan oleh pihak ke3 utk menjadikan ia isu besar.

3."bila doa telah dimakbulkan, semuanya ditunjukkan (dua org dah dikatakan bunuh diri kat pejabat SPRM,pusat latihan polis diserang virus dan mcm2 lagi) cuma org melayu je tak nampak2... kalau UMNO menang jugak diundi dek yang buta ati ni.. tunggu jelah balasan... wallahuaklam"
---kepada sahabat ni,aku tak kesah ko pro parti mana, tp dalam hal macam ni jgn rasa ko tu tuhan, dapat menjangka sesuatu kejadian disebabkan oleh politik. ko cakap pasal bangsa, tp yg ko hina bangsa sendiri gak, mana datangnya keperimanusian ko? yg ko cacai bangsa ko gak? lebih baik cuba merubah bukan cuba menkucar-kacirkan.

4.pasal isu video lucah. ----jgn sampai terkena batang hidung sendiri dah la, jgn cakap xpenah tgk benda tu, baik jaga anak bini dari berlakunya terhadap mereka.

5.jgn sempitkan fikiran sehinggakan sesuatu perkara dilihat dari segi luaran. pandang +ve & -ve, nilaikan, yg -ve cuba diperbaiki,
sikap kita bergantung kepada akal kita, cara kita berfikir dan bukan sikap kita yang mengawal pemikiran kira sendiri.

Tanpa Nama berkata...

anon 4:11 menulis

1.tp dari apa yg saya baca, arwah tidak dipanggil utk hadir ke pejabat sprm kl, arwah sendiri yg datang utk berjumpa dengan pegawai sprm.

Yang ko baca tu kenyataan SPRM.

Yang seterusnya

---kepada sahabat ni,aku tak kesah ko pro parti mana, tp dalam hal macam ni jgn rasa ko tu tuhan, dapat menjangka sesuatu kejadian disebabkan oleh politik. ko cakap pasal bangsa, tp yg ko hina bangsa sendiri gak, mana datangnya keperimanusian ko? yg ko cacai bangsa ko gak? lebih baik cuba merubah bukan cuba menkucar-kacirkan.

Bangsa sendiri kalau perangainya zalim, kejam, pemfitnah macam Datuk T dan UMNO apa pasal mahu disokong lagi?

Bodoh punya manusia.

Tanpa Nama berkata...

panjang said,
anon 4.11 ni otak ade tapi akai simpan kat lutut. aku pandangan aku bagi mengingatkan kalau balasan tu sebab dari kemungkaran yang berlaku.. ade paham? yang aku kondem SPRM perlu ke aku bersimpati ngan SPRM? eh silap akai kat lutut.. than bangsa aku yang haprak x boleh ditegur ke? cakap baik2 x paham so cakap kaso ade lak yang melenting... opss skali lagi aku lupa akai simpan kat lutut...

Tanpa Nama berkata...

Demi masa . sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman lagi mengerjakan kabajikan dan saling berpesan untuk melakukan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

Tanpa Nama berkata...

arwah seorang yg baik, semua pekerja kastam yang telah lama mengenalinnya sorang pun tak percaya dia mati akibat bunuh diri n dipanggil SPRM akibat rasuah...

maklumat dalaman mengatakan, arwah pergi ke SPRM td ngn motor saja (spt yg ditunjukkan dalam Buletin Utama) adalah utk mengubah pengakuan drpd bersalah kepada tidak (2 hari sblm ni dia terpaksa mengaku salah atas tekanan pihak "atasan" supaya mengaku bersalah menerima rasuah bg melindungi "individu" lain, seolah2 macam kambing hitam gak la ni)

sbb tu KP Kastam terkejut bila mendapat tahu arwah meninggal kat bgnn SPRM -wallahu a'lam-

kalau betul arwah dianiaya, semoga pihak terlibat mendapat balasan yg setimpal...

semoga roh arwah dicucuri rahmat...
al-fatihah...