Dungun: Kesan tompokan dan bebola minyak yang ditemui sepanjang pantai Pulau Tenggol di sini, dipercayai berpunca daripada tumpahan minyak daripada kapal yang melalui perairan pulau berkenaan.
Gambar: Kakitangan Jabatan Taman Laut mengambil contoh tumpahan minyak di Pulau Tenggol.
Tompokan minyak itu ditemui Penolong Pengurus Tenggol Resort, Mohd Razif Abd Aziz, 28, sepanjang pantai di depan resortnya, kira-kira jam 6 pagi kelmarin.
“Saya sungguh terkejut melihat kesan ketulan minyak sepanjang 200 meter di depan resort dan Jumaat lalu saya mendapat tahu kejadian tumpahan minyak turut berlaku di Pulau Redang. Selain di darat, kesan bebola minyak juga jelas boleh dilihat di permukaan air ketika menaiki bot pelancong dan ia mengeluarkan bau yang kuat.
“Keadaan ini mendatangkan masalah kepada pengunjung dan pengusaha pulau peranginan itu kerana kira-kira 30 pelancong yang menginap di sini melahirkan rasa tidak senang dengan bau yang menusuk hidung," katanya.
Mohd Razif berkata, dia percaya minyak itu adalah jenis minyak diesel yang dipercayai dibuang oleh kapal dagang yang melalui perairan pulau berkenaan, sehingga minyak terbabit memenuhi gigi air di depan resortnya.
"Saya percaya, minyak terbabit dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum dicampakkan ke laut dan ketulan minyaknya melimpah ke darat apabila beg plastik terbabit pecah dipukul ombak.
"Ini jelas terbukti apabila kira-kira 20 beg plastik besar di temui terapung di permukaan laut termasuk yang terdampar di sepanjang pantai.
"Tompokan minyak ini menyebabkan persekitaran resort berbau busuk dan mendatangkan rungutan pelancong dalam dan luar negara yang menginap di sini,” katanya.
Seorang pengunjung, Syazwani Hamzah, 21, berkata dia amat kesal melihat tompokan minyak memenuhi pesisir pantai di pulau terbabit dan boleh menyebabkan kemusnahan hidupan laut.
“Saya terkejut melihat tompokan minyak sebaik menjejak kaki di pulau peranginan ini dan ia mendatangkan masalah kerana kami terpaksa memijaknya sehingga selipar dan tapak kaki kami dipenuhi minyak.
“Kesan tumpahan minyak ini boleh memberi impak kepada pelancong terutamanya yang datang dari negara luar. Sebagai pengunjung, saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah ini," katanya.
Sementara itu, Pengurus Tenggol Resort, Abd Aziz Mohamad, berkata beberapa kakitangan Jabatan Taman Laut mengambil contoh tumpahan minyak berkenaan untuk dihantar ke Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu.
“Saya mengarahkan kakitangan resort melakukan kerja menggali dan menanam tumpahan minyak terbabit bagi mengelak rungutan pelancong yang menginap di sini,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan