Georgetown: Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia Dan Sukan, Datuk Salim Parlan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat di Mahkamah Syariah di sini, Selasa.
Salim, 51, dituduh melakukan kesalahan itu bersama pasangannya Nur Diayana Norslan, 30, yang dipercayai pembantu peribadinya semasa serbuan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) di sebuah bilik di hotel mewah Batu Ferringhi pukul 5 pagi Sabtu lalu.
Beliau dituduh di bawah Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah 1996 negeri sementara Nur Diayana didakwa di bawah Seksyen 27(b) enakmen yang sama. Nur Diayana juga mengaku tak bersalah atas tuduhan itu.
Jika sabit, setiap mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Salin hadir di Mahkamah Syariah Batu Gantong kira-kira pukul 815 pagi berkemeja biru dan berseluar kelabu bersama isterinya. Sementara Nur Diayana tiba berasingan sejam kemudian berbaju kurung dengan corak bunga.
Isteri Salim yang duduk bersama Nur Diayana, memakai cermin mata gelap sambil membuat catatan semasa prosiding. Bagaimanapun pegawai mahkamah mengarahkannya membuka cermin mata hitamnya.
Hakim Syariah Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun bagi sebutan semula dan menetapkan RM2,000 ikat jamin dengan seorang penjamin yang menetap di Pulau Pinang bagi setaip tertuduh.
Peguam kedua-duanya, Wan Faridulhadi Mohd Yusoff mencadangkan supaya 'isteri pertama' Salim dibenarkan sebagai penjamin.
“Tidak perlu untuk menetapkan penjamin yang menetap di sini.
“Kedua-dua anak guam saya memberikan kerjasama sepenuhnya dan mustahil untuk mereka tidak hadir pada prosiding akan datang. “Dan, ikat jamin tak sepatutnya terlalu tinggi kerana seolah-olah anak guam saya telah bersalah sebelum perbicaraan," ujarnya.
Semasa ditemui di luar mahkamah, Ketua Pendakwa Syariah negeri, Mohd Zulkhairi Aziz berkata, pihaknya akan memanggil empat saksi. -mstar

12 ulasan:
Majulah Sukan untuk dot dot dot
Tak ada video yang keluar kah???? Dato T tak mai ambik??
berlakon filem arahan datok T agaknya?
Nak heran apa? Maksiat dah dihalalkan, video lucah dah tersebar di internet!!
dia memang kaki dari zaman jpj lagi
Lepas ni dia menikah dgn perempuan tu, tanggung beres semua bini buatkan. Pergi bicara 1 bini, selesai kes ada 2 bini...
Hebat datuk ni...tapi lepas ni dah tak boleh pakai modus operandi mcmni dah, bini no 1 dah ambik nota baikkk tu...
Manusia macam ini sesuai ke jadi Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia Dan Sukan?
Kenapa dia boleh dapat jawatan sebegini tinggi?
Saper yang bagi dia jawatan ini?
Pernah jumpa lelaki yang kuat main pompuan tapi tak rasuah?
MACC tak perlu masuk sesawan jerling Porno, di Kementerian Belia Dan Sukan dah ada ramai yang boleh buat live show.
Gua sangat bersimpati dan Sdy.,
Kepada smua Muslimin dan Muslimat.,
Manusia yg.mengaku beragama Islam,kawin cara Islam,dapat anak di namakan nama orang Islam mungkin dah ada cucu pun di beri nama Islam.,
Tapi perangai Bapak atau Atok nya, BUKAN perangai yg.di ajar di dalam Islam.
Kalau pun tak mau mengikut hidup cara Islam tapi sebagai orang Melayu.,kita ada maruah adat.,sekurang kurang nya ada rasa malu pada diri ,yang aku bawa nie (Pasangan)anak orang Melayu.,macam anak cucu aku gek.,
Maka kesiani lah Mak Bapak nya., yang melahirkan yang memberi pelajaran pada nya sampai dapat jawatan jadi Pembantu dlm Jabatan Kerajaan.,.
Ini tidak., MEROSAKAN NYA pulak.
SDY!cukup Sdy dan Mengaifkan.
aku bace kt paper arini diorg da kawin kt oversea tp x regist lg kt sini.. bini die lek je dok dgn minah tu kt court
cilaka punya olang... xlayak jd pemimpin... syaitan nirrojim... sula ja org mcm ni... Pemimpin dunia akhir zaman mcm UMNO.
Majulah sukan utk anak dajjal... perosak bngsa dan negara... punca PM laknat.
at least dia dah kawin..bukan wat maksiat..salah dia lambat register jer...dari korang wat dosa ngutuk die...
Catat Ulasan