Bagan Datoh: Empat anggota tentera yang menyembelih seekor burung enggang di Hutan Royal Belum seperti tersebar luas dalam lawan web sosial facebook dan blog akhir bulan lalu, disiasat dan didakwa mengikut Akta Tentera dan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.
Perkara itu disahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan semua anggota berkenaan disiasat berhubung kejadian itu.
Kelmarin, beberapa akhbar dan laman portal berita tempatan memaparkan satu foto menunjukkan beberapa anggota tentera memegang seekor burung enggang disembelih.
Perkara ini bukan saja mendapat bantahan orang ramai dan Persatuan Pencinta Alam, sebaliknya kerajaan negeri turut memandang serius perkara itu.
Katanya, siasatan mendapati, seorang anggota berpangkat pegawai dan tiga anggota lain-lain pangkat dikatakan menemui spesies burung terancam itu dalam keadaan separuh mati dipercayai cedera selepas menjadi buruan pemburu lain.
“Mereka (anggota tentera) kemudian menyembelih burung itu dan merakam gambar bersama bangkai haiwan itu sebelum menyebarkan di laman web sosial.
“Perbuatan itu sangat dikesali dan kita tidak akan melindungi mana-mana anggota tentera yang didapati terbabit dalam kegiatan sedemikan,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perkasa, Hutan Melintang, di sini, semalam.
Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman kesal dengan perbuatan itu dan mahu perkara itu disiasat. -HM

11 ulasan:
As Salam!Memang ana tak menafikan tapi yang selalu kena orang bawahan ja.Akta 72 tu sepatutnya dah dipinda lam akta tu byk kelebihan berpihak kepada PEGAWAI.Akta 72 byang kan berapa lama akta tu tak dipinda.Wassalam!
hehehe orang malaysia/asia memang suka makan mcm-mcm binatang. pantang jumpa mesti nak sembelih. belajar2 laa makan umbut/daun kayu.
apakah nilai seekor burung kalau nak dibandingkan dengan pegorbanan perajurit yang bersusah payah dan meletakan nyawa mereka dihujung senjata???demi kedualatan tanah air yang tercinta, sepatutnya kes seperti ini pehak berkuasa boleh buat pejam mata dan cukup dengan memberi amaran saja bukan ambil tindakan lebih dari itu.
buat benda yg bukan2...
bagitau kat suma org kat facebook...
x pasal2 kena siasat...
lain kali kalau dah bt benda mengarut ni...
diam2 sudah la...
ni la keburukan laman sosial ni..
suma benda nak dibagitau kat org..
padan muka hang...
Nasib diorang nie nanti sama seperti sarjan TUDM yang dituduh jual enjin pesawat F5E kepada ejen luar negara.
dah lah buat benda salah...pastu cakap kat semua orang....ishh2...
apala sengal ko ni mana letaknya otak...lutut ke..ni mesti xbelajar agama kat sekolah..tu la org semayang ko xsemayang ginilah jadinya...memalukan asakar melayu di raja ko..meh aku sembelih ko plak..apa rasa??cecite cecite..
Tok wan aku pesan : Kalau kita tak cerdik jangan bagitau orang kata kita bodoh.
hemmmmmm...mana lebeh berdosa atau lebeh salah, bunuh burung enggang atau bom org dgn C4?. aku konpius ni. Atau nyawa burung enggang lebeh bernilai dari nyawa As syahid Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya?. Aku konpius ni.
4 ke? anggota tentera yg terlibat dlm hal ini, jadi si tukang gambar tak terlibat ke???
apala..korang ni buat..xpasal2 kena siasat..xpasal2 kena buang keje je... -pinguAirborne-
Catat Ulasan