3 Apr 2011

Badul Nafi Cabul Remaja 13 Tahun

Pengarah dan pelawak terkenal, A.R. Badul (gambar) menafikan dia terlibat dengan laporan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang mendakwa menjadi mangsa cabul baru-baru ini.

Badul atau nama sebenarnya, Armaya Arman Ramlie, 63, ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam berkata, dia tidak tahu dirinya dikaitkan dengan perbuatan tidak bermoral itu seperti yang dilaporkan akhbar dan laman portal kelmarin.

“Saya belum membaca akhbar lagi. Saya tak tahu hal (cabul) ini,” katanya yang pernah membintangi filem Si Badul (1978), Panglima Badul (1979) selain sitkom Puteri di TV3. -kosmo

Ulasan GB

Benarlah telahan GB seamalam bahawa pelawak otai yang dimaksudkan oleh akhbar HM semalam ialah A.R. Badul.

Namun di dalam laporan semalam, akhbar berkenaan menyatakan Badul diburu polis.

Jika laporan itu tidak benar, maka adalah terlebih baik bagi Badul sendiri pergi ke balai polis yang berhampiran untuk memberi keterangan untuk membersihkan namanya.




3 ulasan:

5sal berkata...

As Salam bro!Bole caya ka?Apa2 pu berani kerna BENAQ,hang pun p la wat lapuran polis sama menafikan takat duk cakap2 ja tak jadi tu pun kalu hang ada berani.Wassalam!

Tanpa Nama berkata...

tapi bagi siapa yang mengenali Badul, huh, bukan setakat yang metro laporkan ini saja.

lebih dasyat dari itu. kalau tak masakan dia asyik bercerai dengan iesteri-isterinya

KUALA LUMPUR 22 Jun – Pelakon AR Badul hari ini bercerai dengan isteri kelimanya, Muna Liza Basir secara tebus talak dengan membayar RM1.

Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie berkahwin dengan Muna Lisa pada 23 Jun 2001 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Tanpa Nama berkata...

hati2 je lah.sebab zaman sekarang zaman fitnah