3 Apr 2011

Jambatan Gantung Hampir Siap Dibina Di Galas, Runtuh

Gua Musang: Sebuah jambatan gantung yang hampir siap dibina merentangi Sungai Galas di Kampung Pulai di sini runtuh malam tadi dipercayai akibat hujan lebat. Gambar fail.

Jambatan sepanjang 130 meter bernilai RM220,000 itu dipercayai runtuh pada awal tengah malam tadi tetapi hanya disedari penduduk kampung kira-kira jam 7 pagi Ahad.

Pengerusi MCA bahagian Gua Musang Chee Sien Chen berkata kebanyakan penduduk yang menunggu pembinaan jambatan itu siap, terkejut apabila melihat ia telah runtuh.

"Mujur jambatan itu belum digunakan penduduk, jika tidak mungkin ada yang cedera.

"Kejadian itu dipercayai berpunca daripada stuktur pembinaannya yang tidak kuat dan pernah menjadi pertikaian penduduk akhir Februari tahun lepas kerana bimbang akan runtuh, " katanya kepada pemberita yang melawat jambatan itu hari ini.

Turut melawat jambatan itu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusoff.

Pengerusi Tokong Pulai, Lew Kew Bee pula berkata, pihaknya mempertikai pembinaan jambatan gantung berkenaan yang bukan sahaja terlalu mahal tetapi dibuat secara mudah hingga terdedah kepada kejadian runtuh itu.

"Penduduk pernah mengadakan perjumpaan dengan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohd Arshad Ismail bagi membincangkan perkara itu, tetapi dimaklumkan pembinaannya mengikut prosedur.

"Kita diberitahu struktur pembinaan ikut pakar yang pernah berbuat demikian dan dunia juga ikut cara berkenaan. Kini apa telah jadi apabila runtuh sebelum siap," katanya.-BERNAMA

Ulasan GB

Di Tenang, projek-projek mee segera BN terutama jalanraya dimusnahkan banjir. Kini di Galas, jambatan gantung runtuh sebelum dapat digunakan.

Alam sendiri berbicara, "usah undi BN!"


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

runtuh sana sini memang biasa kat dunia ni. cuma kos yang diguna tu tak munasabah. bina lah apapun, jika harta diguna untuk membina sesuatu di dunia ni dengan cara yang tidak amanah.... tunggulah kemusnahannya.... tapi orang yang dapat untung dari apa-apa projek masih tidak sedar akan hakikat "barakah" akan sesuatu kurniaan Allah. barakah datang dari sumber yang halal dan digunakan cara yang penuh amanah... barulah keberkatan itu dikurniakan. walau apapun sesuatu kejadian berlaku ada hikmah

sakariyaakop berkata...

Stadium runtuh/Jambatan runtuh/Bilik Makmal runtuh...Itu pun ada hati nak bina Loji Nuklear....bayangkan yang dingin..