30 Apr 2011

Kes Adik Aminur-Rasyid: Ibu Gesa Najib Tunaikan Janji

Keluarga Aminulrasyid tuntut Najib tunai janji

PETALING JAYA, 29 April — Datuk Seri Najib Razak mesti memenuhi janji beliau tahun lalu bahawa satu siasatan terperinci akan dijalankan berhubung kematian Aminulrasyid Amzah, keluarga remaja itu menuntut hari ini.

Surendran dengan ditemani kakak Allahyarham Aminulrasyid, Nor Azura (kiri) menunjukkan surat yang akan dihantar kepada Perdana Menteri, hari ini. — Foto oleh Jack Ooi

Norsian Mohamad, ibu kepada Aminulrasyid berkata, beliau percaya ada usaha mahu menutup kes itu di pihak polis dan menggesa kesemua anggota polis termasuk Datuk Khalid Abu Bakar yang baru-baru ini dilantik sebagai timbalan ketua polis negara disiasat.

Khalid, kata beliau, pernah membuat kenyataan bersifat fitnah mengenai Aminulrasyid, menggambarkan Allahyarham sebagai seorang penjenayah dan tidak menarik balik kenyataannya.

“Perdana menteri telah menjanjikan kepada kami bahawa keadilan akan dipertahankan tetapi janji itu tidak ditunaikan lagi.

“Setahun sudah berlalu tetapi polis dan juga Kementerian Dalam Negeri tidak mengambil tanggungjawab berhubung kenyataan fitnah ataupun menarik balik apa yang mereka katakan,” kata beliau lagi.

Oleh itu kata Norsiah, dia membuat laporan polis hari ini.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

“Say mahu kesemua anggota polis yang terlibat termasuk timbalan ketua polis disiasat kerana cuba menutup kes ini.

“Kami telah menunggu selama setahun dan tidak apa yang berlaku, hanya seorang sahaja dicaj,” katanya lagi.

“Najib tidak memenuhi janjinya. Ada bukti menekan bukti dalam kes ini dan juga soal fitnah, tetapi tiada apa-apa pun dilakukan,”
kata peguam keluarga Aminulrasyid N. Surendran.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang turut hadir berkata, beliau akan cuba dapatkan temu janji dengan Najib untuk menyelesaikan perkara itu dalam waktu terdekat.

“Polis harus menarik balik kenyataan mereka, kerana ia adalah fitnah, dan mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai. -TMI


Ibu Aminulrasyid cuba 'bersihkan' nama anaknya

Setahun sudah berlalu sejak kematian remaja 14 tahun Aminulrasyid Amzah, tetapi kenangan silam dan beberapa dakwaan yang dilemparkan kepadanya masih belum ditarik balik.

"Anak lelaki saya ditembak mati dan polis memfitnahnya dan keluarga saya bagi menutup jenayah yang dilakukan mereka itu,” kata ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad (kanan).

Antara mereka, dakwa ibu yang merintih itu adalah bekas ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang melabelkan Aminulrasyid sebagai seorang “penjenayah”.

Dalam laporan polisnya hari ini, Norsiah menuntut Khalid, yang baru-baru ini dinaikkan pangkat sebagai timbalan ketua polis negara menarik balik kenyataannya itu.

"Pada hari tersebut, malah sebulum jenazah anak saya dituntut, Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa anak saya dan rakannya, Azamudin Omar, cuba merempuh kenderaan polis dan mereja menjumpai sebilah parang dalam kereta keluarga kami.

"Kenyataan itu dibuat dengan niat jahat dan cuba memaparkan Aminulrasyid sebagai seorang penjenayah bagi menutup kesalahan yang dilakukan oleh polis,” katanya.

Norsiah berkata, beliau turut menuntut janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya penjenayah sebenar, diheret ke muka pengadilan.

Aminulrasyid di tembak mati selepas dikejar oleh polis berhampiran rumahnya di Shah Alam pada awal pagi, 26 April tahun lalu.

Sehingga sekarang, hanya Korporal Jenain Subi (kiri) adalah anggota polis yang didakwa dan akan dibicarakan atas pertuduhan membunuh tanpa niat. Pada kejadian itu, 21 das tembakan dilepaskan ke atas Aminulrasyid.

Jika didapati bersalah Jenain menghadapi hukuman penjara 30 tahun dan juga didenda. -mk



Keluarga Aminulrasyid tuntut polis bersihkan nama

Ibunya Norsiah Muhammad membuat laporan di IPD Petaling Jaya tuntut bersihkan nama Aminulrasyid dari tuduhan 'penjenayah'.

PETALING JAYA: Ibu remaja mati ditembak polis tahun lalu Aminulrasyid Amzah, 15, hari ini membuat laporan polis menuntut agar namanya dibersihkan daripada tuduhan ‘penjenayah’.

Ibunya Norsiah Muhammad, 61, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya disini kira-kira 10.30 pagi tadi.

Selain keluarga, turut menemaninya peguam N Surendran dan Latheefa Koya, serta Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Norsiah dalam laporannya berkata anak bongsunya itu masih tidak mendapat pembelaan sewajarnya apabila pihak polis masih enggan memohon maaf secara terbuka kepada keluarganya kerana menganggap arwah Aminulrasyid itu sebagai penjenayah.

Dalam beberapa kenyataan polis tahun lalu, Aminulrasyid dianggap sedemikian apabila mendakwa kereta Proton Iswara putih yang dipandunya cuba merempuh kereta polis peronda, begitu juga dengan penemuan parang di bawah tempat duduk penumpang hadapan.

Kenyataan palsu

“Kenyataan palsu itu dibuat oleh bekas Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang kini dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Negara dan mereka sehingga sekarang tidak tarik balik fitnah dan tidak buat siasatan sepenuhnya tentang kejadian sebenar.

“Saya mahu mereka semua ini disiasat kerana seperti cuba menyembunyikan hal sebenar,” katanya kepada pemberita selepas selesai
membuat laporan.

Selain itu, Norsiah turut menuntut janji yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui sepucuk surat yang dihantar Najib kepada keluarganya pada 7 Mei tahun lalu.

Dalam surat tersebut yang ditandatangani Najib sendiri menyebut ‘pihaknya telah mengarahkan siasatan dijalankan dengan adil, telus dan secepat mungkin agar keadilan yang dituntut oleh semua pihak dapat dicapai’.

“Setahun sudah berlalu, jangan kata Najib tapi Menteri Keselamatan Dalam Negeri pun tidak pernah membuat kenyataan maaf atau menarik balik ftnah itu.


“Saya redha dengan pemergiannya tetapi kalau ia terjadi kepada keluarga anda sendiri bagaimana,” soal Norsiah dalam nada sebak.

Pertemuan dengan Najib

Sementara itu, Nurul Izzah berkata pihaknya akan cuba mengatur satu pertemuan antara keluarga Aminulrasyid dengan Najib untuk mengetengahkan hal ini secepat mungkin.

Aminulrasyid mati ditembak polis pada 26 April tahun lalu dalam satu insiden kejar mengejar antara kereta yang dipandunya dan penumpang yang juga rakannya Mohd Azamuddin Omar dengan pasukan polis peronda.

Disebabkan itu, seorang anggota polis berpangkat Koperal Jenain Subi didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April tahun lalu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.

Mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, Jenain boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Perbicaraan masih berlangsung sehingga sekarang dengan giliran pasukan pembelaan setelah mahkamah mendapati wujudnya ‘prima facie’ dalam kes ini. -FMT

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nah kalau mungkir janji jelas sekali Najib mempunyai sifat orang munafik. Mahukah semua rakyat jadi penyokong golongan munafik?

Tanpa Nama berkata...

asalam...........janji kena tepati....kata2 ustaz dulu2,murid2 pun kata,terima kasih ustaz.Sekarang ni,mkin murid2 tu dah tua jadi pesanan tu pun dah luput kot.ingatan pada ustaz yg mengajar pon dah pudar...jadinya kena kerajaan malaysia tubuh satu badan untuk mengajar mereka2 itu di mahligai masing2....KELUARKAN BAJET MINI NEGARA.......kurang2 nak kena RM10juta cukup kot.

Unknown berkata...

DEAR AMINUR RASYID AMZAH,
Sahabat..teman..kawan..semua tu dah serasi dalam hidup aku meskipun pelbagai ragam dan kerenah yang terpaksa dilihat…tapi tak bagi kau Aminur rasyid,,kau Berjaya memikat hati aku,,kau Berjaya membuka pintu hatiku dank au telah berjayamengubah aku..kau juaga berjayamenyedarkan diriku bahawa dunia ini tidak kemana dan merupakan neraka bagi kehidupan..aku bangga dengan kau..Maybe kalau kau masih hidup kau akan jadi seorang atlet yang Berjaya..Aku dengar cite,kau aktif kat sekolah and kau seorang anak yang patuh.Maybe kalau kau masih hidup kau akan menyumbang sesuatu yang berharga..Aku bangga dengan kau..kau lah idola aku dalam mengharungi dunia nie..Kau Berjaya membuatkan aku sedih..