Ruang solat kecoh
KUALA LUMPUR: Ruang solat utama Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini, semalam kecoh dengan pelbagai gelagat individu yang dipercayai penyokong pembangkang bagi mengganggu majlis lafaz sumpah laknat Trio Datuk T.
Kekecohan berlaku beberapa minit selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat apabila tolak menolak dan jeritan qazaf serta takbir dilaungkan terutama selepas kehadiran beberapa pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke masjid itu.
Keadaan semakin sesak apabila jemaah mengerumuni ruang solat kerana menyangka Trio Datuk T iaitu ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim sudah tiba untuk melafazkan sumpah laknat.
Ada di antara jemaah berebut naik ke tingkat satu masjid untuk melihat dengan jelas apa yang berlaku selain merakamkan video dengan telefon bimbit.
Disebabkan keadaan semakin tidak terkawal, Pengerusi Masjid, Abdul Razak Hussain naik ke mimbar dan merayu orang ramai segera mengosongkan ruang solat bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Keadaan kembali tenang dan ruang solat utama itu segera dikunci pengurusan masjid, tetapi di halaman masjid masih bising apabila sekumpulan lelaki berkumpul sambil memegang poster supaya qazaf dilaksanakan.
Trio Datuk T akhirnya tiba kira-kira jam 4 petang dan menyebabkan suasana kembali kecoh, malah ketika wakil media termasuk puluhan individu lain berkumpul di ruang solat untuk menunggu sumpah dilafazkan, ketegangan berlaku apabila ada pihak mempersoalkan polis yang menasihatkan semua orang supaya memberi lebih ruang.
Suasana tegang turut berlaku apabila ada wakil media menegur sikap individu di situ yang seolah-olah melambatkan majlis kerana mahu ‘bertegang urat’ dengan polis.
Eskay, Rahim dan Shuib memasuki ruang solat itu pada jam 4.20 petang dengan memakai baju kalis peluru di bahagian dalam baju Melayu masing-masing kemudian menunaikan solat sunat dua rakaat.
Ketika Eskay cuba membaca teks lafaz sumpah laknat itu, seorang lelaki tiba-tiba duduk di depan mereka dengan memberi nasihat bahawa kaedah itu tidak ada dalam hukum syarak, tetapi mereka boleh membuat pilihan meneruskannya.
Lelaki itu yang memperkenalkan diri sebagai penceramah bebas, Syamsul Firdaus berkata, tujuan dia memberi nasihat itu sebagai menunaikan tanggungjawab seperti disarankan Rasulullah s.a.w.
Eskay yang mengangguk faham kemudian meneruskan lafaz sumpah laknat sambil memegang naskhah al-Quran di hadapan Timbalan Imam Masjid Amru Ibni Al-As, Izhan Shahril.
“Wallahi; Wabillahi; Watallahi. Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu.
“Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini maka Allah melaknat akan diriku,” katanya.
Wartawan sempat bertanya kepada Rahim sama ada beliau turut mahu melakukan sumpah laknat namun segera menunjukkan kepada Shazryl dan berkata: “Dia (Eskay) bagi pihak (semua).” Rahim dilihat mahu menjawab beberapa lagi soalan daripada wartawan, tetapi segera dibawa keluar dari ruang masjid apabila keadaan kembali kecoh dan tolak menolak berlaku semula. -hm
Ulasan GB
Sepertimana yang dijangka, akhbar-akhbar media arus perdana pada hari ini memaparkan episod Sumpah Laknat yan berlaku semalam dengan cara yang begitu jijik dan cuba menggambarkan bahawa seolah-olah sumpah laknat itu adalah satu "upacara suci" yang dilakukan oleh Datuk T.
Walaupun telah dinyatakan oleh penceramah bebas Ustaz Syamsul Firdaus bahawa kaedah "sumpah laknat" yang hendak dilakukan oleh Datuk T itu tidak ada di dalam Islam, sekalipun beliau tidak dapat menghalang ketiga-tiga itu melakukannya.
Yang dikatakan ada yang membuat kecoh di dalam masjid sebenarnya mereka yang menuntut kaedah Islam iaitu "qazaf" dlaksanakan. Ia adalah prioriti utama di dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tuduhan berzina tetapi pihak yang bertanggungjawab mengenainya tidak melaksanakannya sebaliknya bersekongkol dengan Datuk T untuk melakukan sumpah laknat yang bukan merupakan amalan ajaran Islam.
Lebih menganehkan kehadiran pihak polis dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dari awal hingga akhir yang menjelaskan kepada semua bahawa polis dan JAWI terlibat sama dengan upacara sumpah laknat tersebut.
Yang nyata sumpah laknat ketiga-tiga orang tersebut adalah khurafat yang perlu dibenteras yang didokong oleh pihak berkuasa untuk mempertahankan tuduhan UMNO ke atas Anwar.
Semalam juga GB telah menyatakan di dalam ulasan GB bahawa:

AMARAN: Sesiapa juga yang merestui dan membantu proses sumpah laknat yang dilakukan oleh manusia yang bernama Shazryl Eskay Abdullah akan terkena laknatullah juga.
Termasuklah UMNO sebagai parti yang mendokong perbuatan fitnah ketiga-tiga Datuk T tersebut, pihak polis, Pengarah JAWI, blogger pencacai UMNO, pihak media cetak dan eletronik dan orang perseorangan.
Hancur dan binasalah kesemua mereka nanti. InsyaAllah. Orang beriman amat yakin mengenainya.
p/s * Dan sememangnya pun UMNO sedang menuju kebinasaan dan kehancuran. Laknatullah yang dilakukan Eskay yang direstui UMNO itu adalah sebenarnya proses perjalanan dan sebab-musabab kebinasaan / kehancuran UMNO. Wallahu 'alam.
7 ulasan:
Ruang solat di masjid dah jadi tempat melafazkan sumpah. Itulah sifat kerajaan Malaysia yang dikatakan menyokong perkembangan Islam terunggul di dunia!! Yang peliknya orang yang malafazkan sumpah itu adalah penyebar video seks. Selepas ini jangan sesiapa tegah kalau ada ramai pengedar video lucah kerana ia telah dihalalkan!!
pergi JAHANAM lah eskay,thamby chik, shuib....PM,TPM,puak umPORNo,
penguasa yg tdk mnjalankan tugas dgn penuh keadilan, amanah, buanglah logo allah&muhamaad ditopi anda wahai pdrm.
"INGAT" kuasa ALLAH lebih hebat.
bala akan menimpa kita semua, dengan keBODOHAN mereka ini, yg gilakan kuasa..sanggup mempersendakan hukum yg memang ada didalam ALQURAN.
ALLAH lebih berkuasa.Allahuakhbar..allahuakhbar
semakin bertambah hal2 luar biasa zaman sekarang nih!! saksikan!!
Nota:
Hukum dan Adat bersumpah dalam Islam ternyata melindungi individu itu sendiri yang bersumpah.Bukan sekadar membersihkan nama nya sendiri akan tetapi menampakkan Islam itu agama yang syumul dan mencerminkan jiwa penganutnya yang sebenar.Tetapi jika sumpah yang dilakukan hanya dengan niat untuk membuatkan masyarakat percaya apa yang dituduh atau tertuduh sendiri melakukan perkara yang mengaibkan bukan niat kerana Allah maka apakah hukumnya?
Jika itulah niat sebenar seseorang itu maka pencuri yang telah sah mencuri (hukuman mahkamah)bolehlah bersumpah muhaballah.Sumpah dalam Islam bukan untuk dipermainkan dan bukan cukup dengan menghimpunkan sekalian wartawan dan menghebohkan seantero dunia bahawa dia adalah benar dan jika tidak dia akan dilaknat.Peribadi seseorang yang bergelumang dengan maksiat dan boleh disifatkan sebagai jahil hanya ikut-ikutan sahaja dan bersumpah adakah akan diterima Allah?Sedangkan ada hadis nabi mengatakan jika sesorang itu bersolat hanya dengan ikut-ikutan sahaja menyebabkan tiada pahala yang akan dapat kecuali melepaskan diri dari siksaan kubur.
Setiap perbuatan kita lakukan adalah dengan niat,sekiranya niat kita hendak melakukan amal kebajikan sahaja Allah telah beri pahala biarpun perbuatan uantuk melakukan amal kebajikan itu belum dilakukan.
Http://waksab.blogspot.com
cuba sumpah dia tak buat maksiat pula?nauzubillah
sumpah dah jadi trend pemerintahan najib.
Mereka bertiga tuh solat jumaat kat masjid mana..? Atau memang datang kat situ semata-mata urusan 'khurafat' itu kah..?
Catat Ulasan