26 Mac 2011

Ramai Trauma Kopi Campur Gelatin Babi

Susulan mengenai pendedahan serbuk kopi bercampur gelatin babi oleh sebuah akhbar tabloid (Harian Metro) semalam, ramai yang tersentak kerana selama ini mereka tidak mengetahui lansung bahawa kopi yang mereka minum mempunyai unsur yang tidak halal.

Ada yang trauma, kerana telah beberapa kali mengunjungi kedai tersebut yang menghidangkan kopi bercampur gelatin babi kerana tidak menaruh apa-apa syak untuk sebuah kedai yang hanya menyediakan minuman ringan sekalipun tidak mempunyai logo HALAL dipamerkan di kedai berkenaan.

Semalam, akhbar tersebut menyiarkan berita sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang dihubungi oleh akhbar berkenaan turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.

Di dalam sebuah lamanweb, hazrey.com yange memetik beberapa perbincangan di Facebook mencatatkan:

Sumber sumber di Jabatan Agama Islam Johor yang aku hubungi tadi mengesahkan jabatan itu sudah memperolehi keputusan dari Jabatan Kimia di mana terdapat gelatin babi dalam kopi terkenal itu.

Manakala madu yang digunakan terdapat kandungan alkohol.

Aku dah puas melantak kopi Kluang railway ni. Adehhh..Hawau tul lah.

Hakikatnya, enforcement perlu lebih tegas dan penyiaran maklumat seperti ini perlu dihebahkan supaya umat Islam tak terperdaya
.


Sebuah portal yang dikendalikan oleh WakTafa bernama Selatan Online turut menyalin semula artikel yang tersiar di blog ini semalam dan seorang pengunjung yang menggunakan nama buluhkasap7-1 menulis di ruangan komentar:

Ya ALLAH, hamba MU yang kurang membuat pemeriksaan sudah dua kali ke cafe tersebut. Semasa bertugas di Kluang dulu, hamba Mu boleh di kata kan setiap petang melantak kopi dan roti bun di perkarangan Railway Station Kluang. Di kala itu cafe tersebut belum ujud lagi.

Hamba Mu ke cafe tersebut gara gara kerana mengikut sahabat yang tinggal di Kluang menyatakan bahawa di cafe tersebut kesemua yang di sajikan itu halal. Hamba MU juga di maklumkan bahawa mee rebus yang di jual di sediakan oleh orang melayu penduduk sebuah taman di Kluang.

Ya ALLAH, kepada MU hamba berserah dan kepada Mu jua hamba Mu memohon keampunan.


Hari ini sebuah akhbar tabloid lain, Kosmo pula menyiarkan berita bahawa pihak pengusaha kedai minum tersebut membuat laporan polis kerana katanya pretasi pernigaannya terjejas teruk akibat penyiaran berita berkenaan.

"Kami tidak tahu apa-apa. Kami tidak dapat sebarang surat atau maklumat daripada Jabatan Kesihatan atau Jabatan Agama Johor (JAJ)."

Demikian tegas seorang pengusaha kopitiam terkenal di sebuah daerah di Johor yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Chong apabila diajukan soalan mengenai laporan bahawa premisnya dikatakan menghidangkan kopi bercampur gelatin babi, Kosmo dipetik.

Menurutnya, dia telah menerima banyak khabar angin termasuk melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan Internet mengenai isu tersebut sejak beberapa hari lalu.

Sehubungan itu, Ah Chong memberitahu, dia telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kluang pada Rabu lalu mengenai penyebaran perkara tersebut kerana ia telah menjejaskan nama baik perniagaannya.

"Hari ini (semalam) kakitangan Jabatan Kesihatan dari Johor Bahru telah datang ke premis kami dan beberapa kedai lain untuk mengambil sampel baru," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Ah Chong, keputusan ujian sampel tersebut akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya sebelum keputusan dikeluarkan.

Persoalan kini, telah ramai umat Islam terpedaya dengan hidangan minuman berkenaan kerana tidak ada sebarang tanda di kedai berkenaan yang menyatakan ia menyajikan bahan yang tidak halal.

Ada juga umat Islam yang tidak memperduli sangat hal berkenaan dan mengambil sikap bersahaja mengenainya. Masih terus mengunjungi untuk menghirup kopi yang dikatanya "sangat sedap" kerana sudah ketagih dengannya.

Yang perihatin terhadap agamanya pula, sudah enggan untuk meminumnya lagi dan tidak dapat membayangkan betapa bahan tidak halal itu sudah mendarah daging di dalam tubuhnya.

Moralnya pendedahan ini: Bahawa kita perlu peka dan perihatin terhadpa apa juga bahan pemakanan yang kita ambil sehari-hari, daripada mana hidangannya, siapa menyediakan dan yang lebih penting apa pula kandungannya.

Kita tidak dapat menyalahkan 100% kepada pengusaha tersebut lantaran kemungkinan beliau tidak menyedari bahawa umat Islam adalah amat sensitif terhadap hal-hal yang menyangkut permakanan.

Namun adalah terlebih baik bagi beliau memohon status HALAL dan kemudian mengizinkan kedainya disperiksa oleh Jabatan Agama Islam negeri secara berkala bagi mempastikan dia tidak terjebak di dalam memperdayakan rakyat beragama Islam mengambil sesuatu yang diharamkan oleh agama mereka.

Ada yang menghantar email kepada GB apa yang perlu dilakukan kerana selama ini mereka tidka tahu menahu lansung mengenai kehadiran gelatin babi berkenaan.

Gb tidak mempunyai authoriti untuk menjawab tetapi sebagai umat Islam, selepas tersedar melakukan kesilapan kita sewajarnya bertaubat dan tidak mengulanginya lagi.

Yang lepas itu lepas, dan semuga Allah mengampuni dan memaafkan kesalahan kita lantaran kejahilan dan kealpaan kita untuk meneliti sebelum melakukannya.

Hadith Nabi s.a.w. yang maksudnya berbunyi :

Dari Ibnu Abbas r.a, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:”Sesungguhnya Allah memaafkan bagiku dari umatku akan kesilapan atau kelupaan atau apa yang dipaksakan mereka atasnya.” (Ibnu Majah dan al-Baihaqi)








13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam GB,

kita tak boleh salahkan seratus peratus pengusaha kopitiam tu sebab beliau sendiri memang tak berhajat mohon sijil halal kerana beliau tahu ada babi dalam makanan/minuman di kopitiam tu. Sepatutnya beliau letak sign "non-halal" kat luar tingkap [tapi kalau pihak berkuasa tak ada undang2 yang mewajibkan peniaga berbuat demikian] makanya prinsip "only money talks" sajalah yang dipakai pengusaha kopitiam tu.

yang bersalah jugak umat Islam yang berprinsip "couldn't care less" nak perhati kedai makan so and so ni halal ke tidak....semua ikut tekak dan perut...lepas tu ada separuh kita ni asal nampak pelayan muka macam melayu and pakai tudung lagi, dah mengaku mesti halal punya...
mesti ramai yang marah baca komen saya ni , tapi itulah hakikatnya.

Tanpa Nama berkata...

Memang orang Melayu kita tak berapa ambik berat soal kedai makan.
Saya sering jumpa pak-pak lebai bawa anak cucu makan di restoran hindu (ada tande di dahi).
Restoran cina pula gunakan pekerja indon....yang disuruh pakai jilbab. Senang sungguh kita di tipu.
Cari lah kedai melayu islam. Bantu sesama kita. Tak sedap, beritau taukeh. Taukeh pula sedia terima teguran.

Tanpa Nama berkata...

melayu suka bergaya,lepak kat kopitiam satu trend skrg.tengok je dimana-mana.soal halal haram tolak tepi,janji xde babi tu aje yg mereka tahu.anak bawak bapak/emak/sedara mara dr kpg minum kat tempat mcm ni.kecian mereka..tertelan juga bahan tak halal

Tanpa Nama berkata...

kita tak boleh nak salahkan pengusaha ni.. sepatutnya kita sendiri lebih perihatin tentang restoran2 yang bukan milik orang islam... bukan setakat kopi sahaja yang dihidangkan direstoran ni... nasi lemak, mee rebus, dan bermacam2 lagi... salahkanlah diri sendiri... kalau kita tidak mahu mengaji dan mengkaji apa yang ditinggalkan oleh rasulullah s.a.w. iaitu al quran dan sunnah.. maka inilah jadinya....

Tanpa Nama berkata...

Kenapa pihak berwajib semasa keluar kenyataan akhbar smlm tidak terus menyebut nama syarikat tersebut sedangkan katanya dah sah ada gelatin babi? Kenapa masih selindungkan? Biarlah tokey tu rugi sbb org Islam x dtg makan dan minum. Tp orang cina, india dan bukan islam yg lain masih bebas makan semahunya. Ini tak, kita pula kena berteka teki meneka kedai sapa plak tuh.

Mmg bukan salah tokey sbb dia mmg x amik sijil halal tp kena kaji kenapa dia x nak amik. Adakah sebab dia mmg tau ada gelatin babi? Jadi dgn tidak buat auditing halal, dgn bebas dia boleh kata dia tidak ambil sijil halal, bukan tidak lulus auditing halal. Dalam aspek ini, peniaga tersebut perlu beretika dalam menjalankan perniagaannya dan tidak menyorokkan sebarang fakta mengenai kandungan tersebut. Ini tak, bila dikunjungi oleh orang Islam, seolah2 beliau lupa yg kopi tersebut ada gelatin babi sedangkan resipinya saya rasa sejak 70tahun lalu mesti sama.

Dalam etikata lain, sebagai sebuah negara Islam, kita mempunyai jumlah umah Islam yg paling ramai menikmati hidangan yang bercampur babi secara tidak sengaja. Fikir fikirkan.

Tanpa Nama berkata...

tidak ada apa yg hendak diberlagakkan makan di tempat ni. kedai kecik cuma seperti kantin mana-mana stesen keretapi.

jika tanda halal adalah sesuatu keperluan sebelum minum di situ, bermakna di mana-mana saja di dunia ini juga kita mesti pastikan ada tanda halal baru masuk untuk makan? KANTIN tersebut cuma jual minuman kopi teh sirap dsb dan makanan bungkus yg dihantar (nasi lemak, meehun dsb) selain roti bakar. serupa juga dengan mana-mana KANTIN sekolah juga. KANTIN sekolah pun mesti ada tanda halal juga walaupun diusahakan oleh orang melayu?

ada beberapa kemungkinan dan kemusykilan dalam kes ini.

1. tokeh KANTIN ini sebetulnya melakukan kesalahan tersebut.
2. pemeriksaan dibuat setelah terdapat aduan pengusaha kilang kopi (sama tokeh dgn KANTIN ini) menggunakan tulang babi. tetapi setelah berpuluh tahun beroperasi, kenapa tidak pernah pula pekerja kilang kopi atau saksi-saksi yang nampak perkara ini berlaku sebelum ini?
3. tokeh KANTIN ini seperti tidak tahu yang aduan telah dibuat dan sampel telah diambil dan pemeriksaan makmal telah dilakukan. dia cuma tahu setelah berita tersebut tersebar. bagaimana dia boleh tidak tahu sampel telah diambil? betul kah sampel diambil dari KANTIN tersebut?
4. keputusan makmal tidak diberi kepada tokeh KANTIN ini walaupun setelah diminta. tetapi sampel baru diambil dan pemeriksaan makmal baru pula dibuat. jika prosidur diikuti dan segalanya adalah betul kenapa perincian pemeriksaan makmal untuk sampel pertama tidak diberi kepada tokeh KANTIN ini?

saya sendiri pernah makan di KANTIN ini sekali dan pada saya tiada apa yang istimewa di sini. saya juga telah beratus kali makan rojak mamak di tepi jalan, putu mayam hindu, minum di warong hindu, dan juga makan di kedai-kedai orang melayu yang KESEMUAnya tidak menunjukkan tanda halal.

saya berat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dlam kes KANTIN railway Kluang ini. tambahan pula saya sendiri sedar, terlalu ramai orang melayu yang tidak amanah bekerja dalam sektor kerajaan sekarang ini.

- OrangKluang

Tanpa Nama berkata...

Jabatan agama Islam Johor hendaklah mengeluarkan kenyataan akhbar keputusan ujuan makanan dari sample makanan Kluang Station samada terdapat bahan haram dalam makanan mereka ataupun tidak. Ini penting bagi mengelakkan umat Islam termakan makanan yang tidak halal disamping membersihkan nama baik Kluang Station seandainya tiada perkara seumpama itu. Untuk sementara waktu makanlah kat umah yang bini masak.

Tanpa Nama berkata...

Ada beberapa faktor yang menjadikan ramai org islam ke tmpt itu. Pertamanya, ramai org2 V.I.P yg makan kt situ. Menteri Besar pun ada makan kt situ. Keduanya, tmpt tu pernah masuk dlm rancangan di TV spt jjcm, singgah sahur dan mcm2 lagi rancangan. Ketiganya, tmpt ini dh broperasi lama. Dalam kepala hotak kita2 yg tak berapa bijak ni, takkan la selama 70thn ni jabatan agama tak buat check up.. Kalu tak halal dh lama kena tutup.. Sbb tu le ramai yg dtg makan minum tnp was-was.

Tanpa Nama berkata...

baskin robbins xpenah ada tanda halal rasenya, tp rmi MELAYU lepak ala2 chil org kaya trendy..itu mmg tggung sendiri lah tul x?

Tanpa Nama berkata...

bila kita nak buat Pensijilan Halal dikatakan palsulah...tidak diiktiraflah.... JAIJ pun pegi buat serbuan kerana aduan orang ramai ... entah2 orang JAIJ pun dah melantak berapa tahun dah kat situ.... lepas ni buat aduan kat JAIJ banyak2 , kasi diorang banyak keje sikit...

Tanpa Nama berkata...

salam, kalu t'bkti kedai t'sbt m'hdgkn mknan yg x halal, kenapa x sita aja kedai 2. kan senang! tutup aje kedainya! penguatkuasa x ada kuasa? memang kerajaan x ambil berat tentang umat islam malaysia. kata aja negara islam, makanan haram bersepah2. sama la mcm jakim! bgtau satu2 makanan tak halal tapi suruh org islam jgn beli. jgn bagi org jual makanan 2 kan lagi senang!

atocky berkata...

Kesian abang ketayap dan cik kak2 tu dah slurp kopi dna baby!! Apa pun aku memang tak minum kopi @ nescafe!! Dulu ada le jugak makan & minum kat restoran2 glamour ni, pasal ada tanda logo HALAL! Bila dah berenti tabiat kedarah kat luar.. alhamdulillah. Solat pun tambah kemanisannya.

Kalau makan babi..perangai akan jadi macam babi. Kalau banyak makan daging lembu..entah le. Tapi yang pastinya, kalau banyak makan tumbuh-tumbuhan (sayur, rumput)i.e lembu, kambing, maka tak le jadi ganas @ degil sangat....ikut perintah dan kenal tuannya.

atuk suka minum air kosong je...maintain!!

Tanpa Nama berkata...

Kedai Kopi ini Tidak Betul Cara Berniaga.Saya sebagai orang BUKAN ISLAM memang tidak setuju cara Kedai Kopi ini berniaga. Sudah di ketahui Umum bahawa Babi itu haram bagi Umat Islam, dibuat lagi kerja bodoh. Kenapa perlu buat itu, jangan tiru budaya barat tak hormat pegangan Ugama orang lain. Bodoh punya manusia dan memang mempunyai tahap pemikiran yang rendah.
Kenapa mahu menghina sesama manusia, apa yang dia dapat.Bodoh.