
Jamuan, angpow, hamper, malah hadiah istimewa seperti motorsikal, basikal, barangan elekronik dan sebagainya terus diberikan melalui cabutan bertuah oleh NGO 1Malaysia, yang bertapak di Merlimau dua minggu sebelum PRK Merlimau membuka tirai. Setakat ini dua jamuan malam telah diadakan, dan lebih RM200 ribu dibelanjakan, mengikut anggaran kasar wartawan.
Jamuan malam diadakan pada 20 dan 28 Februari, dengan kehadiran kira-kira 1300 orang masing-masing. Menurut seorang penduduk tempatan, Fua Yong Siong, jamuan yang disediakan kononnya berharga kira-kira RM200 semeja, dan kedua-dua jamuan menyediakan 130 meja masing-masing (semeja untuk 10 orang). Dengan kata lain, RM52,000 telah dibelanjakan hanya untuk makanan jamuan.

Seandainya kesemua 1300 orang memperolehi angpow bernilai RM100 masing-masing, maka RM130 ribu telah diberikan. Menurut Fua Yong Siong lagi, kira-kira 600 bungkusan yang mengandungi teh, susu dan sebagainya juga diedarkan, dijangka bernilai RM10 setiapnya.

Satu lagi jamuan sebelum hari pengundian
Fua Yong Siong menambah, sebagaimana yang diketahuinya, satu lagi jamuan yang menyasarkan 3,000 orang bakal dianjurkan pada 5 Mac, iaitu sehari sebelum hari pengundian PRK Merlimau. Bagaimanapun, Fua Yong Siong tidak pasti sama ada jamuan tersebut juga dianjurkan NGO 1Malaysia.

Secara umumnya, kewujudan "NGO" 1Malaysia ini dikatakan kerana MCA dan Gerakan tidak yakin terhadap kemampuan dirinya untuk memikat undi Cina. Bagaimanapun, Barisan Nasional telah menafikan hubung-kaitnya dengan NGO 1Malaysia ini, mendakwa bahawa NGO 1Malaysia berkempen kerana menyokong idealisme BN. -MR
*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting daripada teks asal.
4 ulasan:
Rasuah masa mengundi pilihanraya...
Rakyat kelabu mata dengan duit haram dan kesenangan duniawi....Cit..
semua orang takut bersuara pasal yang buat ni orang ada kuasa/gila kuasa...
salam GB,
mereka ini telah dibutakan mata hati, dah nazak xbleh nak beza mana betul mana xbetul. cuma apa yg depa tahu bagi depa semuanya betul bagi pihak lawan semuanya x betul.
hanya tunggu hari pembalasan.
ADUN and MP kawasaan cepat-cepat pergi syurga...
agak kawasan saya pun ada jamuan makan dan 'lucky draw'...
SPR tutup mata kerana mereka tidur semakin lena di bawah pengerusi sekarang.
Catat Ulasan