25 Mac 2011

Dicekup Hanya Berseluar Dalam

Kulim - Seorang isteri beranak dua ditangkap dalam keadaan separuh bogel bersama teman lelakinya di sebuah rumah teres dekat sini kira-kira jam 12.30 pagi kelmarin.

Ketika serbuan dibuat, perempuan berkenaan hanya memakai seluar dalam dan berbaju singlet manakala pasangan lelaki berseluar pendek dan tidak berbaju.

Menurut jurucakap Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) berkata, PADK menerima maklumat daripada orang ramai kira-kira jam 11.30 malam dan sampai ke tempat kejadian kira-kira jam 12 pagi bersama empat anggota.

Katanya, sebelum membuat serbuan, PADK mengepung rumah itu untuk memastikan pasangan berkenaan tidak melarikan diri.

“Pasangan kekasih terlibat berusia 20-an dan bekerja di Kulim Hi Tech. Ketika serbuan dibuat, pintu pagar dan pintu rumah tidak berkunci. Apabila membuka pintu, PADK mendapati pasangan itu sedang berbaring di ruang tamu dan badan mereka ditutup dengan selimut.

“Dari siasatan dijalankan, perempuan itu sudah berkahwin dan mempunyai dua anak. Suaminya sedang menjalani hukuman penjara. Pasangan perempuan mengaku mengajak teman lelakinya datang ke rumahnya dan pernah melakukan hubungan seks sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, PADK kemudiannya mengarahkan perempuan dan lelaki itu untuk memakai pakaian sebelum dibawa ke Balai Polis Polis Sungai Kob untuk membuat laporan tangkapan terhadap diri mereka.

Pasangan perempuan kemudiannya di tahan di lokap Balai Polis Lunas manakala teman lelakinya di tahan di lokap Balai Polis Kulim.

Mereka akan di siasat dibawah seksyen 9(1)(2) Enekman Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. -SH

Ulasan GB

Moralnya apa?

“Dari siasatan dijalankan, perempuan itu sudah berkahwin dan mempunyai dua anak. Suaminya sedang menjalani hukuman penjara. Pasangan perempuan mengaku mengajak teman lelakinya datang ke rumahnya dan pernah melakukan hubungan seks sebelum ini,” katanya.

Bagaimana perlu diselesaikan hal ini, apakah suami yang dihukum penjara perlu menceraikan isterinya demi mengelakkan isterinya berlaku curang atau bagaimana?

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan saranan GB...

she

Tanpa Nama berkata...

Ngeri rasanya... Malaysia nie dah hampir cukup untuk tarik bala Allah.. Dengan zina nya lah, dengan tarian 'separuh bogel' 1Malaysianya lah, rasuah jangan cakap lah.. Dan yang lebih dahsyat lagi fitnah pun dah turut jadi budaya baru.. Semoga Allah beri kesedaran kepada kita semua unutuk kembali ke pangkal jalan sebelum di hantar Nya Tsunami kepada kita.. Amin..

ahlulsunnah berkata...

pada pandangan saya, x perlu diceraikan. Sepatutnya pihak berkuasa membenarkan siisteri bertemu dengan sisuami untk melaksanakan tuntutan batin suami isteri walaupun ketika berada dipenjara. Menghalang suami isteri melaksanakan kewajipan tuntutan nafkah batin merupakan satu penginayaan kepada mereka. Ini pandangan saya sahaja, apa pun pandangan dari sudut Islam maka wajar sekali para alim ulamak membahaskannya!

kadio manong berkata...

Satu ruang khas tanpa kamera tersenbunyi patut disediakan oleh polis/lokap kepada mereka yang terpaksa berpisah / dipisahkan untuk aktivtit membalun. Ini suatu keperluan yang dituntut oleh apa jua makhluk termasuk la tumbuhan.... Jangan kejam, ini lah akibatnya bila keperluan dihalang !

Tanpa Nama berkata...

Utk ape dheboh2kan d intrnet dan paper?sdgkan ini aib seseorang...kta smua tahu dosa membuka pekung dada orang..