Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock terus menerima tamparan apabila giliran kerajaan kerajaan negeri Selangor mengumumkan keputusan untuk menarik diri daripada terlibat dalam prosiding.
Peguam pemerhati Selangor, Malik Imtiaz Sarwar memaklumkan hasrat untuk menarik diri sebaik sahaja prosiding suruhanjaya bermula pada jam 2.30 petang ini.
Katanya, beliau diarahkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk menarik diri atas alasan yang sama dengan keluarga Teoh iaitu mereka hilang keyakinan terhadap perjalanan siasatan yang tidak langsung mencerminkan harapan rakyat yang mahukan kebenaran didedahkan.
"Setelah keluarganya menarik diri daripada prosiding, kita tidak lihat apa gunanya suruhanjaya ini diteruskan. Kita juga menyuarakan kebimbangan kita yang serupa dengan apa yang disuarakan oleh keluarga Teoh, iaitu di mana Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
"Dalam permohonan tersebut, selaras dengan apa yang didedahkan oleh (peguam) Gobind (Singh Deo) semalam bahawa Peguam Negara mahu mendapatkan keputusan bunuh diri," kata Malik Imtiaz.
Keluarga Teoh dilaporkan tidak berpuas hati dengan penglibatan Jabatan Peguam Negara yang membuat permohonan menyemak keputusan terbuka yang dibuat oleh mahkamah koroner.
Semalam, ahli keluarga Teoh memulaukan prosiding suruhanjaya itu dengan alasan permohonan mereka untuk menundakkan inkuiri sehingga semakan kehakiman yang difailkan Pejabat Peguam Negara ke atas penghakiman terbuka oleh Mahkamah Kotoner berhubung kematian Beng Hock didengar dahulu.
Sementara itu, pada perbicaraan hari ini, ketua panel, Tan Sri James Foong mengumumkan pakar patologi Thai Dr Pornthip Rojanasunand dan pakar forensik Britain, Dr Peter Vanezis akan dijemput sebagai saksi.
Foong selepas melawat tempat kejadian di Plaza Masalam, Shah Alam pagi tadi berkata kehadiran kedua-dua pakar asing itu diperlukan.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut.
Pornthip dan Vanezis dibawa oleh kerajaan negeri Selangor dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memantau bedah siasat kedua yang dijalankan ke atas Teoh. -mk

1 ulasan:
dah muak dengan apa yang terjadi ... nampak gayanyer... sesiapa saja yang menyokong kerajaan pusat, dialah yang akan beruntong... tapi mereka ini lupa bahawa keuntongan didunia yang penoh dengan tipu daya ini hanyalah sementara shj... WAHAI ORANG UMNO BEE END.. KALIAN TUNGGULAH AZAB NERAKA JAHANAM YANG SEDANG MENANTI KEHADIRAN MANUSIA2 DURJANA DAN MANUSIA YANG HIDUP PENOH DENGAN TIPU MUSLIHAT... SESUNGGOHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI SETIAP APA YANG KALIAN KERJAKAN....
Catat Ulasan