17 Feb 2011

Siapa Perempuan Yang Beraksi Terlampau Ini?

Syabas! Untuk Elia Geneid, anak saudara Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud yang juga anak perempuan [drinking wine elia] kepada Raziah Mahmud. Elia kelihatan berani menampilkan diri di khalayak ramai, walaupun dia seorang Muslimin, bergambar sambil memegang segelas bir atau menikmati champagne, di mana Muslimin yang lain pula pasti akan dikenakan hukuman sebatan jika berbuat demikian!

Elia (kanan) begitu yakin berpakaian semahunya, selain dipercayai meneguk arak secara terbuka

Sarawak Report .... meragui kenapa Elia dan rakan-rakan seagamanya berani beraksi untuk juru-juru gambar? Kita dapat simpulkan bahawa keberanian seperti itu wujud dari dalam keluarga mereka, di mana keluarga-keluarga Islam dari golongan kebanyakannya tetap mendidik anak-anak mereka untuk hidup dan bertindak sebagaimana dituntut oleh agama Islam.

Selain bergelumang dengan alcohol, Elia juga berani berpakaian menjolok mata di khalayak ramai dan bukannya berpakaian menutup aurat seperti yang diharapkan oleh wanita-wanita Islam yang lain dan juga golongan lelaki yang mentadbir kerajaan BN, termasuk juga bapa saudaranya, Taib Mahmud.




Umat Islam, khasnya kaum Muslimin di Malaysia pernah dikejutkan oleh suatu kes di mana seorang model Muslim yang pernah ditahan kerana meminum bir di sebuah restoran hotel tetapi kemudian telah dikecualikan dari hukuman sebatan, tetapi, sebaliknya tidak bagi Elia.

Mungkin Taib sekeluarga selalu memikirkan bahawa mereka berada di atas undang-undang, di mana mereka menggubal undang-undang hanya untuk dikenakan ke atas orang lain.

Kami ingin mencadangkan kepada Taib untuk membuat pertimbangan sewajarnya bagaimana beliau harus mendidik ahli-ahli keluarganya, meneladani kes Kartika Sari Dewi Shukarno. Elia, seperti mana yang kita ketahui pada entri terdahulu merupakan pewaris kepada harta yang bernilai berjuta-juta ringgit yang diterimanya daripada bapa saudaranya Taib, dalam bentuk tanah-tanah yang dirampas dari orang-orang asal. Justeru itu, Elia sudah pastinya telah melanggar undang-undang.

Pakcik Taib, kami ada menyimpan banyak lagi gambar yang menunjukkan ahli-ahli keluarga pakcik yang menunjukkan mereka berpakaian menjolok mata, gelas-gelas alkohol, barangan-barangan kemas mereka, walaupun pakcik sering berkhutbah sebagai seorang Muslim (mengalahkan seorang imam), tetapi akan menyebabkan mereka merasa marah terhadap pakcik. -sarawakreport

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bapak dia baguih punya bapak....
didik anak ikut sunnah yahudi.....

kah kah kah

lobai joram pergai.. berkata...

Islam baka namanya tu bro klu mcm neh!!!
Islam hanya pd identiti tp penampilan x der beza dgn non Muslim,silap2 yg non Muslim pkai lg sopan..
Arak?
Tgk la nti dia bg jawapan bodoh yg dia minum wain tanpa alkohol..Whakaka!!!
Dgn Allah pun dia x takut,dgn manusia lg la dia x yakut nk berbohong..
Taubat la sblm terlambat!!!

Tanpa Nama berkata...

adoi... macam tuh skali.. nauzubillah

Tanpa Nama berkata...

babi pun x minum arak mcm tu...

Tanpa Nama berkata...

Anon 7:48
Babi mabuk anak 1-2 jer, kalau jadi bini harimau beranak tak terurus macam babi.

jin sudin berkata...

Oghang Sarawak kalau trimak ini pemimpin maknanya Budohla kamuk samua Budoh !