28 Feb 2011

Pencalonan Roslan Ahmad Satu Kesilapan Besar UMNO BN

Langkah UMNO BN meletakkan Roslan Ahmad sebagai calonnya untuk pilihanraya kecil N27 DUN Merlimau dilihat oleh ramai sebagai sesuatu yang amat silap dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam.

Ini kerana rakyat Merlimau telah "jelak" dan "jelek" dengan keluarga Datuk Ahmad Ithnin seolah-olah Merlimau ini hanya milik keluarga mereka. Ramai berpendapat akan berlaku faktor "protes" terhadap calon BN kerana tidak berpuashati dengan keputusan pucuk pimpnan UMNO yang mengekalkan sistem dinasti di Merlimau.

Ahmad Ithnin adalah merupakan bekas Ahli Parlimen Jasin (dahulu dikenali Melaka Utara) dan bekas Adun Sungai Rambai.

Roslan juga adalah anak saudara bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Isnin (adik Allahyarham Ahmad Ithnin). DUN Merlimau adalah pecahan daripada DUN Sungai Rambai ekoran persempadanan semula pada 1994.

"Tiada orang lain lagi ke?" tempelak seorang pengundi di DUN Merlimau.

"Asyik-asyik keluarga Mat Hantu," tambahnya, dengan menyebut nama panggilan Ahmad Ithnin sebagai "Mat Hantu" kerana kebanyakan orang Merlimau mengenali Ahmad Ithnin dengan panggilan sedemikian.

Roslan, sepatutnya menolak pencalonnya kerana mengetahui pencalonannya pasti menimbulkan kontroversi bukan sahaja di kalangan pengundi pembangkang malah pengundi BN sendiri.

Masyarakat bukan-Melayu turut "benci" kepada kelompok Mat Hantu yang bagi mereka menyifatkan keluarga tersebut telah berulang-kali jadi wakil rakyat di Merlimau dan hanya mengumpulkan kekayaan untuk kaum keluarga mereka.

Sementara itu, corak kempen UMNO BN yang melampau seperti pengedaran gambar-gambar lucah untuk menyerang PAS dilihat bakal menikam UMNO BN sendiri.

Ini kerana budaya orang Merlimau tidak semudah itu boleh dipengaruhi dengan dakyah kotor melalui penyebaran gambar-gambar lucah untuk memburukkan calon.

Beberapa risalah telah ditaburkan di kawasan pilihanraya DUN Merlimau yang memaparkan beberapa gambar lucah "superimposed" beberapa pemimpin wanita DAP dan PKR disamping wajah TG Nik Aziz yang ditampalkan secara biadab di kemaluan wanita.

"Sehina-hina orang Islam tak lakukan kerja sedemikian, tetapi UMNO BN sanggup melakukan apa saja tanpa memperdulikan batas-batas agama semata-mata untuk memenuhkan nafsu meluap mereka untuk pertahankan kuasa yang semakin mengecut," kata seorang pemimpin PAS Kawasan Jasin.

Sementara itu, laporan dari beberapa pemerhati politik menyatakan tidak mustahil akan berlaku kejutan di dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau kali ini akibat kesilapan-kesilapan besar UMNO BN di dalam berkempen.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga allah tumbangkan UMNO dan BN diganti dengan pemerintah yang benar-benar beriman

pokku(putrajaya) berkata...

InsyaAllah dengan izinNYA kita akan menang di Merlimau dan yang penting PRU13 nanti...takbirrrr!Allahuakhbar...manusia seentiasa merancang dan perancang yang terbaik adalah dari Allah Yang Maha Esa!

En Azman berkata...

Rahsia Kekuatan DUN Merlimau di Chinchin, Ayer Merbau dan Jasin lalang?Jom ke PRK Merlimau: kami ada 2 Rumah Penginapan di Jasin utk disewa. 0123736548 http://jasinhomestay.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

pas tak akan menang selagi maseh ramai orang melayu islam yang buta hati.