Kecewa menteri tak hadir pesta
KANGAR: Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, semalam kesal dua Jemaah Menteri tidak hadir ke Pesta Angin Timur di Sanglang, dekat sini, sekali gus membantutkan usaha Barisan Nasional (BN) merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit yang dikuasai PAS sejak tiga penggal lalu.
Bagi Radzi, kedua-dua menteri itu - Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) serta Datuk Dr Ng Yen Yen (Menteri Pelancongan) seharusnya menggunakan landasan itu untuk mendekati rakyat, sekali gus membuktikan hanya UMNO dan BN sebagai parti yang patut dipilih.
"Saya kecewa keadaan ini (ketidakhadiran dua menteri kabinet) kerana ia bukan saja menghampakan rakyat Perlis, malah paling utama warga DUN Sanglang yang kini dilihat semakin yakin untuk beralih arah kepada BN, berbanding pembangkang.
"Saya harap kedua-dua menteri Kabinet itu mempunyai sebab kukuh untuk tidak hadir ke pesta ini yang dianjurkan bersama kerajaan negeri dan kementerian masing-masing, bukannya kerana memandang 'lekeh' negeri kecil ini," katanya ketika ditemui sempena perasmian Pesta Angin Timur di Bendang, semalam.
Pesta selama dua hari bermula kelmarin itu berlangsung di kawasan sawah seluas 7.5 hektar di Kampung Banir Tembus, dekat Sanglang dan setiap hari dianggar dikunjungi tidak kurang daripada 7,000 pengunjung termasuk pelancong.
Difahamkan, pesta berkenaan dijadual dirasmikan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu bersama Rais dan Dr Yen Yen. Bagaimanapun hanya Md Isa yang muncul merasmikan majlis itu, manakala Rais diwakili timbalannya, Datuk Joseph Salang Gandum dan Yen Yen pula diwakili Exco Pelancongan negeri, Ahmad Bakri Ali.
Sementara itu, Radzi berkata, Rais dan Dr Yen Yen dilihat tidak serius dalam tugas membantu parti terutama di Perlis dalam usaha memenangi hati rakyat.
"Kita sudah sediakan landasan untuk parti mendekati rakyat. Namun, dua menteri yang seharusnya tampil membantu, mensia-siakan peluang terbabit. Saya harap mereka mempunyai penjelasan yang kukuh," katanya.
Kerusi DUN Sanglang dikuasai PAS sejak 1999 lalu melalui Pesuruhjaya Pas negeri, Hashim Jasin. Dalam Pilihan Raya Umum lalu, BN bukan saja gagal merampas kerusi terbabit, malah kehilangan satu lagi kerusi iaitu DUN Simpang Empat kepada PAS, walaupun menguasai 13 daripada 15 kerusi DUN dan tiga Parlimen. -BH

2 ulasan:
Pakatan Rakyat nak tawan malaysia insyaallah PRU13
itu memang menjadi cita2 pr INSYAALLAH.
Catat Ulasan