Rembau: Enam belas penumpang termasuk dua pemandu sebuah bas ekspres terselamat selepas sempat keluar menyelamatkan diri apabila kenderaan berkenaan terbakar di Kilometer 224.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, pemandu bas dipercayai memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan sebaik mengesan kerosakan pada enjin sebelum mengarahkan semua penumpang dan pemandu gantian turun.
Jurucakap polis berkata, bas dua tingkat yang menuju ke Singapura dari ibu negara dan dipandu lelaki berusia 40-an musnah apabila api merebak dengan pantas.
“Pemandu segera memberhentikan bas apabila mengesan keadaan enjin di belakang bas yang luar biasa dan seterusnya mendapati ia mula mengeluarkan asap. Api merebak dengan pantas, namun semua 14 penumpang dan dua pemandu terselamat,” katanya di sini, semalam.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Rembau, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Yusoff Samad, berkata 23 pegawai dan anggotanya berjaya mengawal api dalam tempoh 10 minit dan padam sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian. -BH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan