14 Feb 2011

Golongan UMNO Menipu Sultan Johor Atau Mereka Jahil Tentang Agama?

Sultan Johor Murka Pasal Kene Tipu Ngan UMNO!

Ini puak UMNO mana reti hormat SULTAN... dia kire apa? SULTAN pun depa balun semacam.. sanggup menipu SULTAN... tak tahu plak SULTAN JOHOR tau ke tak pasal penipuan mereka.. hahaha

SULTAN JOHOR NENGOK GAMBAR NIH TAKAN LAH SULTAN JOHOR LEH TETIPU ngan GENG UMNO APCO NIH... hahaha

napa SULTAN JOHOR nak murka pada NIK AZIZ? NIK AZIZ takde buat kesilapan pun dalam gambar nih.. hahah UMNO yang jahil jer NIK AZIZ buat silap.. hahah

Umno dah menang pun kat TENANG pun masih nak bising2 dengan menfitnah NIK AZIZ? SULTAN JOHOR misti murka kalau dia tau dia kene kencing bulat2... kahkahkah

Ini gambar SULTAN JOHOR lum tengok lagi nih.. kalau die tengok mungkin lagi teruk SULTAN MURKA pasai die kene kencing ngan pencacai-pencacai UMNO.. hahah UMNO nih bile nak berubah.. ingat SULTAN nih macam mak bapak dorang ke leh tipu sana sini... TAPI itulah UMNO kalau tak tipu takan orang panggil mereka UMNO... Untuk Menipu Negara Orang jer... kahkahkah

Klik untuk lebih jelas


So pada SULTAN, hamba sembah derhaka untuk memberi peluang SULTAN JOHOR untuk siasat kes fitnah ini... kerana kes fitnah ini berlaku di negeri SULTAN... Sultan pasti tak mahu ada penipuan di negeri SULTAN kan..kan..kan.. :)

p/s: sape lah nak dengar cakap baginda nih... baginda bukan keturunan SULTAN leh murka orang.. ye dak... hahaha -erapasca


Sultan Johor Murka Tindakan Sembahyang Dua Imam Semasa PRK Tenang

KOTA TINGGI, 11 Feb (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim pada Jumaat bertitah berasa murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bulan lepas.

Perbuatan tersebut, titah baginda amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.

"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.

"Kalau mereka terlambat mereka hanya perlu sertai jemaah yang ada dengan berimamkan imam di masjid itu. Sebaliknya kumpulan ini telah membentuk satu sembahyang jemaah yang lain di barisan belakang, sedangkan solat jemaah yang ada masih belum selesai," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah perkara seperti itu harus dihentikan agar tidak timbul fitnah umat Islam di Johor telah berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.

"Semua jemaah dalam masjid hendaklah hormati imam yang dilantik oleh saya. Tidak ada perbezaan bangsa, kedudukan atau fahaman politik dalam masjid.

"Kedudukan atau fahaman politik tidak harus ada dalam masjid kerana kita menyembah tuhan yang sama iaitu Allah yang Maha Esa," titah baginda selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Hadi Kampung Makam, di sini.

Baginda sebelum itu merasmikan masjid tersebut yang bernilai RM2.1 juta dan siap pada Julai 2007. Hadir sama Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Datuk Nooh Gadot dan exco-exco kerajaan negeri.

Dalam titah itu, Sultan Ibrahim turut mengingatkan umat Islam di Johor agar tidak menjadikan masjid sebagai medan berpolitik atau tempat memecah-belahkan masyarakat.

Baginda seterusnya menitahkan pihak berwajib mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati berbuat demikian.

Pada masa yang sama, Sultan Ibrahim mengingatkan umat Islam supaya menjaga kebersihan masjid dan tidak menyerahkan tanggungjawab itu kepada pihak pengurusan masjid semata-mata.

Baginda juga tidak mahu pihak pengurusan masjid menambah atau membina bangunan baru sesuka hati di kawasan masjid melainkan dengan kebenaran dan kelulusan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) terlebih dahulu.

Titah baginda langkah itu bagi mengelakkan sebarang kecacatan dan pembangunan yang tidak sistematik. -- BERNAMA


Ulasan GB

Golongan blogger UMNO yang menimbulkan fitnah ini tidak akan terlepas dari hukuman Allah.

Pertama, mereka menipu Sultan Johor kononnya ada gejala dua imam di masjid di Johor sewaktu PRK Tenang. Termasuk di dalam golongan penipu ini ialah blogger-blogger UMNO dan akhbar media arus perdana yang menyebar-luaskan fitnah tersebut yang dimulakan dengan sekeping gambar dari minah-jinggo tersebut dan berita yang ditulis oleh BERNAMA.

Kedua, mungkin sebenarnya golongan UMNO ini adalah golongan yang bebal agama, tak tahu apa itu solat qasar dan jamak lantaran tidak pernah melakukannya.

Ketiga, sememangnya mereka berniat jahat terhadap PAS dan TG Nik Abdul Aziz.

Kita peringatkan:

Orang yang memfitnah orang mukmin ang lelaki dan mukminah yang perempuan, kemudian merekA tidak bertaubat, bagi mereka neraka jahanam dan azab yang membakar. Al-Buruj : 10

8 ulasan:

Amuraria berkata...

BANYAK PEMIMPIN PARTI SEKUTU APCO MANA IKUT AGAMA ISLAM ! KALU BETUL IKUT PERINAH & LARANGAN ISLAM TAK AKAN ADA LA RASUAH,ZINA, SELEWENG & SALAHGUNA KHAZANAH NEGARA (BACA HARTA RAKYAT)WALAU ADA BANYAK ULAMAK DALAM PARTI SEKUTU APCO TAPI KEBANYAKAN AMBIL AYAT-AYAT AL QURAN SEKERAT-SEKERAT HINGGA BOLEH ADA SOALAN MANA ADA TEGAHAN JUDI DALAM AL QURAN !
PENENTANGAN MEREKA TERHADAP PARA DA'I LEBIH TERUK DARI QAUM MAJUSI,ZIONIS DAN NASRANI DALAM MENENTANG AGAMA ISLAM !
ALLAHU AKHBAR !

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Puak2 ni x leh cakap dengan bahasa lembut...kena cakap dgn bahasa kasar.
takkan dengan Tuhan pun nak bohong..
munafik punya blogger umno..
Ingat2 la dosa pahala...

Tanpa Nama berkata...

Juru gambar (minaq jinggo) ada explain apa yang berlaku kat fotopages dia...

zuraimi berkata...

kita berusaha...dan
kita serahkan mereka pada Allah...utk menentukan

Tanpa Nama berkata...

Tugas utama blogger pro-UMNO adalah untuk mengelirukan pemikiran pembaca agar timbul suasana yang tegang. Mereka mahu rakyat bertindak dulu kemudian baru berfikir.

Contohnya... dikhabarkan bahawa Sultan Johor Sultan Ibrahim berasa murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bulan lepas....

Benarkah sultan itu murka atau hanya pada tulisan saja mengatakan baginda murka..?

Itu tidak penting, tapi maksud yang dihajati telah termakbul dimana kenyataan akhbar melalui Bernama sudah tersebar yang berbunyi sembayang dua imam... sultan murka.

Bila disiasat secara teliti, Sultan Johor telah menerima maklumat yang salah.... baginda yang tidak tahu hujung pangkal cerita telah keluarkan kenyataan menuduh pihak tertentu secara membabi buta.

Siapa yang malu sekarang..? Dan siapa yang teraniaya, dan siapa pula yang ketawa...?

Anda percaya apa yang ditulis oleh blogger pro UMNO Baru samalah anda percaya dengan tulisan dari akhbar Utusan Malaysia. 95% fitnah.

cumi manzui berkata...

DYMM Sultan ... Raja Negeri Johor yang sepatutnya siasat dulu perkara ni sebelum keluar kenyataan yang menampakkan ketidakcerdikan baginda. Orang UMNO memang suka mempermainkan Sultan/Raja. Lebih-lebih lagi sejarah menunjukkan Sultan/Raja tu bukan datang dari hairaki Kesultanan asal seperti Perak.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harapp diampun. Sayangilah setiap rakyat dan layanilah mereka dengan adil saksama berlandaskan hukum hakam Allah swt, maka selamatlah Tuanku di dunia maupun di akhirat. Jangan biarkah Tuanku dipermainkan oleh puak munafikun ni. Insyaallah.
Masjid ialah tempat menyebarkan maklumat sama ada dunia maupun akhirat. Fitnah kalau hanya menyatakan masjid itu untuk beribadah sahaja. Sedarlah Tuanku bahawa "TUANKU'" (Allah swt) sedang memerhatikan setiap tindak tanduk kita. AKU berdoa agara Tuanku sentiasa berada di dalam perlindunganNya seperti mana DYMM Sultan Kelantan.

Tanpa Nama berkata...

MAKLUMAT SEPERTI INI PERLU DI PRINT DAN DICETAK...KALAU BOLEH MASUK DALAM PAPER SEPERTI HARAKAH. PIHAK PAS WUJUDKAN WAKIL UTK MAKLUMKAN PADA SULTAN BAHAWA SULTAN KENA KENCING KAT UMNO LAHANAT.

KALAU MACAM NIE LAH PERANGAI UMNO, MEMANG CONFIRMLAH ADA AHLI UMNO YG KAFIR!!!

PERKARA & BERITA MCM NIE HANYA AHLI UMNO BAWAHAN YG SEDIA ADA BODOH SAHAJA AKAN TERUS DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPINNYA YG SEDIA ADA BAHALOL.....

opisboi berkata...

aku tak salah geng2 umngok tapi yg salah menerima berita...tak sedar asik kene kencin jer ngan puak umngok.