14 Feb 2011

Projek Mee Segera: BN Sepatutnya Dibatalkan Penyertaan Di Dalam PRK Merlimau

Melaka: Projek ‘mee segera’ yang giat dijalankan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau adalah satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, kata Presiden Malaysia Untuk Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh.

Merujuk kepada pilihan raya kecil 6 Mac depan, beliau berkata, tindakan Barisan Nasional (BN) mengadakan ‘projek mee segera’ adalah kempen politik atas nama pembangunan fizikal dan infrastruktur.

“Jika benar wujud elemen ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengambil tindakan tegas. Selepas beberapa kali pilihan raya kecil (PRK), begitu banyak aduan dan SPR perlu bersikap adil,” katanya.

“Begitu juga di Merlimau, apabila kita dengar aduan ada pihak menggunakan sekolah sebagai tempat berkempen. Ini membuktikan SPR bersikap berat sebelah.

“Jika ada kakitangan kerajaan dibenar menyertai kempen untuk pihak tertentu, maka semua pihak termasuk guru harus dibenar turut serta berkempen,” katanya kepada KeadilanDaily.com.

Syed Ibrahim berkata, SPR harus menjadikan pilihan raya kecil sebagai medan untuk menguji kaedah baru bagi tujuan perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil.

“Dalam masa terdekat, ada dua pilihan raya kecil iaitu Merlimau dan Kerdau. Jadi, ini masanya SPR memprakti, antaranya penggunaan dakwat kekal, pembersihan daftar pemilih dan penggunaan kod hologram pada peti undi.

“Selain tujuan keselamatan, ia adalah proses penambahbaikan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada SPR. Banyak negara dunia ketiga sudah pelakukan perkara sama,” katanya. -kelantandaily

Ulasan GB

Sepertimana kes menaikkan bendera terlebih awal sebelum penamaan calon di dlam PRK Merlimau, limpahan projek mee segera di DUN berkenaan oleh parti BN terang-terangan mencabul undang-undang.

GB sebelum ini telah mengulasnya. Petikan:

Tindakan UMNO BN yang terang-terangan menyalahi undang-undang pilihanraya didiamkan sahaja oleh Suruhanjaya Pilihanraya SPR kerana ia dilakukan oleh pihak UMNO BN.

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR "wajib" meletakkan jawatan mereka kerana gagal menjadi pihak yang adil dan berkecuali. Malah UMNO BN perlu dibatalkan penyertaan mereka dari pilihanraya kecil DUN Merlimau lantaran kesalahan yang dilakukan.

Jika masih juga tiada tindakan, tiada apa yang dapat dilakukan rakyat kecuali meminta Allah "menghukum" pihak terbabit kerana SPR cuba menipu rakyat, sedangkan Allah Maha Menipu-daya. Tunggu dan lihat!


Apakah SPR sengaja mahu rakyat bangkit seperti yang berlaku di Mesir?

2 ulasan:

cumi manzui berkata...

Nak salah BN 100% pun tak boleh juga. Yang bodoh tu rakyat Malaysia yang tahap pemikiran kritisnya rendah. Entah-entah lebih rendah dari lembu maupun kerbau. Teringat AKU akan peribahasa/perumpamaan kita yang bermaksud "Kita boleh bawa kerbau/lembu ke tepi sungai tapi kita tak mampu memaksa kerbau/lembu itu minum air sungai."

Amuraria berkata...

BILA SPR JADI LEMBU DICUCUK HIDUNG !