Memandangkan wanita gemar sangat nak hias kereta dengan pelbagai koleksi patung macam gambar kat atas tu, maka artikel yang kami terima melalui emel ini ‘wajib’ anda baca. Nak tahu kenapa? Anda bacalah untuk mengetahuinya..
Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya, seorang polisi datang ke arah saya.
“Selamat Pagi, Cik Kak..”
“Errr selamat pagi”.. jawab saya, dengan nada yang terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polis tu tersenyum sambil berkata:
“Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?”..
“Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?”
“Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma…macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh.. berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas”.
“Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar ‘mereka’ susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih”.
“Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik”. kata polisi itu lagi sebelum berlalu.
“Terima Kasih encik..” jawab saya, bertambah-tambah pucat. Errrrrrrr… . betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm… nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.
Moral of the story:
Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik penjenayah!! -zonbebas

12 ulasan:
Selalunya kereta kancil berhias pink dan patung bukan sahaja perempuan tetapi lelaki peminat kereta JDM yang menghias kereta tersebut. Peminat budaya Jepun juga amalkan hiasan kereta.
Di Jepun, menghias kereta berwatak kartun adalah kegilaan otaku dan masyarakat Jepun.
Di Perodua, ramai pekerjanya lulusan universiti dari Jepun, mereka beli kereta Daihatsu Mira (Perodua Kancil) dari Jepun dan menghiaskan dengan warna pink, patung ikon dari Jepun seperti Hello Kitty supaya kejepunan kereta tu menyerlah.
memang ramai wanita suka menghiaskan kereta dengan anak2 patung dsbnya... utk lambangkan "kewanitaan". Secara tidak lansung ia mengundangperagut dan perogol-perogol menunggu mangsa...
tp kete yg tak di hias pun ada bahayanya gak.. cth mcm kete myvi kaler pink.. terang2 sgt yg tu kete pompuan.. hehe..
gd artikel.. thanks share.. kete ana skrg ni cuma penuh dgn baby carseat aje.. tp tu pun dah menampakkan yg kete tu kete pompuan.. camne tuh.. huhuhu
hukum menjadikan anak patung sebagai perhiasan adalah HARAM. hukum jadi harus bilamana anak patung itu hanya mainan untuk kanak-kanak.. wallahu'alam..
Saya setuju.apabila patung2 yg menyerupai makhluk bernyawa di letakkan di tempat istemewa..HUKUM NYA ADALAH HARAM....Tetapi jika digunakan sebagai mainan dan di letak merata2 adalah di haruskan......Kereta2 mainan diletakkan sebagai hiasan adalah di bolihkan...HARAM jika patung2 di gunakan sebagai hiasan...
Sila rujuk kepada pakar2 ugama
Kereta bukan almari hiasan.... berpada2lah kalau menghiasi kereta anda. Saya memang kurang gemar menghiasi kereta dgn gantungan patung2 & jambangan bunga ..... kecuali sebuah bekas letak kotak tisu....
pandai polis tu ckp, better depa luluskan jer cermin tinted gelap...khasnya utk wanita...panas pon xpanas n perompak pon xley nmpk ape yg ade kt dlm...hehe
kebaikan tu lebih byk dri yg buruk jika bercermin gelap...hehe
tak perlulah kita nak hias kereta kita ni lebih2. ia hnya menarik perhatian penjenayah.
Guleng,..
klu kita luluskan cermin kerana nak hindar jenayah tak boleh diterima lah. ia lebih byk mengundang bahaya.
geramnya ku
gerammmmnya ambe kat polis, JPJ anda imegresen. Apa daknya. Kereta tempatan tak leh cermin hitam.Kereta Tahailan boleh hitam pekat.Pick up tempatan tak leh bawa org kat belakang atau tambah body isi barang, kereta Tahiland boleh. Ngapeeeee? Rakyat Jepun baik2 belaka. Tak jadi peragut dan perompak. Di Malysia jgnkan pompuan, dereba teksi pun kena rompak juga.
takde sape nak ucap tahniah kat polis yang dedikasi ni...abang polis tahniah..anda menjalankan tugas dengan baik...salute u
tahniah abang polis
Catat Ulasan