10 Jan 2011

[Bergambar] 30 Ribu Banjiri Stadium Melawati


Shah Alam, 9 Jan: Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.



Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.



Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.



Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, setakat ini, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden sudah pun berucap. -harakahdaily


Pindaan mahu betulkan kesilapan Umno 17 tahun lalu, kata MB Selangor

SHAH ALAM, 9 Jan — Kerajaan negeri Selangor mengesyorkan pindaan perlembagaan negeri bukan sahaja untuk menyelesaikan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tetapi juga mahu “membetulkan kesilapan” awal 1990-an, kata Tan Sri Khalid Ibrahim malam ini.

Sehubungan itu Menteri Besar Selangor berkata, adalah tidak wajar kuasa Sultan Selangor diambil alih oleh Umno demi memperkukuhkan kuasa persekutuan ketika krisis Perlembagaan Persekutuan 1993.

“Umno yang mengambil alih kuasa . . . tetapi apabila dimaklumkan bahawa Sultan tiada kuasa (pelantikan), kami dikatakan jangan bertindak menderhaka,” kata beliau pada perhimpunan di Stadium Malawati di sini.

Majlis malam ini dimulakan dengan solat hajat.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hadir sama.

“Siapa yang menderhaka? Pada 1993, mereka (Umno) sudah pun melakukan derhaka,” kata beliau lagi.

Khalid juga menekankan bahawa kerajaan Selangor akan membuat beberapa usul akhir bulan ini untuk memastikan kuasa pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri — Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri kembali ke tangan Sultan dan kerajaan Selangor.

Malah beliau juga mencabar Umno menentang pindaan perlembagaan yang bakal dibawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

“Kita akan lihat belang mereka yang sebenar, jika benar mereka mendukung Sultan (mereka wajar sokong),” kata beliau disambut tepukan gemuruh.

Khalid berkata “drama (semasa) akan berterusan” sehingga kuasa untuk melantik pegawai-pegawai kanan terbabit kembali kepada negeri.

Semalam, Khalid juga mencabar Umno menyokong pindaan perlembagaan jika ia benar-benar ikhlas dalam menjunjung institusi diraja, yang dialung-laungkannya selama ini.

“Umno (mengatakan bahawa) ia memandang tinggi (kedudukan) Sultan. Mereka (mengatakan) mereka yang mempertahankan raja,” kata beliau sambil menggesa Umno menunjukkan keikhlasan jika benar parti teras Barisan Nasional itu mempertahankan institusi diraja.

Menteri Besar merancang untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas hujung bulan ini bagi menyelesaikan kemelut ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

Sidang itu akan membincangkan pindaan perlembagaan negeri.

Pakatan Rakyat mempunyai 35 anggota di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 56 kerusi.

Pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga untuk diluluskan. -TMI


4 ulasan:

Amuraria berkata...

GAMBAR YANG UMNO@APCO MELUAT TENGOK !

Tanpa Nama berkata...

UMNO KALAU NAK KUMPULKAN RAKYAT PASTI ARTIS-ARTIS DISOGOKKAN. INILAH CARA APCO MENGAJAR UMNO. HANYA AHLI UMNO BAWAHAN YG BODOH SAHAJA AKAN TERUS DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPIN ATASANNYA.

Che Men berkata...

mlm tadi Anwar kata susah nak cari kawan yang sesetia PAS... moga itu datang dari hatinya yg ikhlas.. tapi seperti Tok Guru peringatkan, org mukmin tak akan jolok jari ke lubang ular 2 kali.. kalau Anwar khianati PAS lagi sekali, berkuburlah karier politiknya..

nana baling berkata...

Cering bulu roma aku tengok keadaan di Slngor ni. Semangat tengok rakan-rakan dalam PR dan geram sangat tengok lakonan puak-puak pelakon di Shah Alam, terutamanya pelakon-pelakon tambahan dan para pencacai....