3 Jan 2011

[Video] Isu Karam Singh Dikepung Dan Diugut

Wartawan TV hina orang Melayu

DALAM rakaman YouTube ini, seorang wartawan TV dikepung selepas didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.

SHAH ALAM – Seorang wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui detik mencemaskan akibat dikepung sekumpulan lelaki yang marah dengan tindakannya yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.

Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan yang boleh membangkitkan isu perkauman.

Antaranya wartawan itu mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.

Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika dalam keadaan mabuk mengakui telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.

Berikutan itu, dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki berkenaan serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.

Wartawan tersebut sebelum ini menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar. -kosmo


Hot! Karam Singh Walia Hina Melayu dan Nyaris Dipukul! With Video

Melalui tontonan video di bawah, Karam Singh Walia diminta membuat pengakuan bersalah dan meminta maaf kepada orang melayu.

Ini kerana beliau ada berkata bangsa melayu bukan berasal dari Malaysia dan juga bukan berasal dari Indonesia. Ada kemungkinan besar beliau sedang mabuk ketika membuat pernyataan tersebut. Mengenai perkataan sakai dan lancau pula Karam Singh Walia tak mengaku ada sebut perkataan tu.

Rata-rata ramai yang komen melalui forum dan juga youtube bukannya tidak berpuas hati dengan Karam Singh Walia, tetapi dengan perlakuan anak muda melayu di restoran tersebut yang kelihatan agak melampau dan biadap. Setiap perkara pun boleh dibawa berbincang tanpa menggunakan kekerasan. Tunjukkan adab sopan dan santun bangsa melayu kepada bangsa lain.

Sepertimana yang kita tahu, Karam Singh Walia merupakan seorang pejuang alam sekitar dan sering membawa isu rakyat yang tidak mendapat pembelaan ke media masa bagi mendapatkan pembelaan yang sewajarnya. Beliau telah banyak berjasa pada rakyat, setiap manusia pun pernah membuat kesilapan. Paling penting beliau berani untuk mengaku dan meminta maaf di atas kesalahan yang dilakukan. Tak perlu rasanya diperbesarkan isu ini, tidak mendatangkan faedah kepada mana-mana pihak.

Kejadian ini dipercayai berlaku di restoran Al-Bidayah Andalas, Klang. Ada sesiapa yang tinggal di kawasan berdekatan yang dapat memastikan kejadian ini? Pendapat anda pula mengenai isu ini bagaimana?

Karam Singh Walia ni agak menyerlah berbanding wartawan yang lain kerana beliau mempunyai trademark yang tersendiri iaitu pergerakan tangan dan pantun. Oleh itu AS sudahi entry kali ini dengan pantun dua kerat ciptaan Karam Singh Walia.

Rumah terbakar nampak api,
Hati terbakar siapa tahu

AS harap karam singh walia akan tampil dgn penjelasan dia. -panggungopera


Ulasan GB

Insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku dan jika sekalipun Karam Singh pernah mengeluarkan perkataan yang ditafsirkan "menghina Melayu" tindakan undang-undanglah yang sepatutnya digunakan, bukan langkah samseng untuk mengugut dan memaksa.

Pemuda-pemuda yang terlibat menyerang Karam Singh itu sepatutnya ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang kerana telah meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka.

Kes ini sama seperti ugutan yang diterima oleh Karpal Singh, insiden kepala lembu dan lain-lain dimana kumpulan ultra Melayu yang dikaitkan dengan gang songkok tinggi mengambil tindakan sendiri dengan membelakangkan undang-undang.

Jika demontrasi aman, ia boleh diterima, tetapi apabila sudah di tahap mengggunakan ugutan dan kekerasan ke atas individu khusus, maka ia adalah keterlaluan, biadab malah amat merbahaya untuk keselamatan negara.

Pihak berwajib perlu melihat isu ini dari sudut yang lebih objektif, jauh dari sentimen dan segera menahan pemuda-pemuda yang bertindak liar berkenaan agar insiden yang sama tidak berulang.



12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dia mabuk la bodoh..dia dah mintak maaf dah la..ko saje je nak mkn free mintak dia bayar mkn ko..kalau org kata ko malas keje, suke ambik kesempatan mkn free ko marah plak..

Waris berkata...

Alamak puak2 melayu ni.... lantak pi lah benggali tu nak kata apa pun. Aku melayu pun kata melayu ni bodoh. Ini kan pulak bangsa lain tgk. Dah memang bodoh... nak buat mcm mana? Ketua agama melayu pun cari benggali buat girlfriend. Kalau melayu ni bijak dah tentu melayu jadi pilihan utama. (Hujah ni tak boleh pakai sgt. Saje je hujah simple nak bagi melayu sedar).

Tanpa Nama berkata...

"orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar".

MEMANG BENAR PUN APA YANG KARAM SINGH CAKAPKAN...

Melayu Are Stupid
http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/letterssurat/36396-melayu-are-stupid

remy berkata...

anon 10:58

karam singh yang mabuk, budak melayu plak yang naik syeikh... bodoh...

Zahril berkata...

Aku tak faham orang-orang Melayu yang sendiri menganggap Bangsa Melayu ni bodoh. Buta sejarah ke? Suatu masa dahulu Bahasa Melayu adalah 'Lingua Franca' dalam perdagangan, Tanah Melayu adalah 'Swarna Bumi'- Aku Respect pada orang-orang Melayu yang berdiri atas maruah bangsa. Dalam video tu mereka bertindak rasional tanpa menggunakan kekasaran fizikal. Kalau nak ikutkan Karam Singh boleh ditahan di bawah ISA kerana kenyataan yang membawa isu perkauman. Namun tiada yang membuat laporan polis.

Aku juga respect Karam Singh atas usaha beliau manangani isu rakyat. Mungkin dalam keadaan mabuk beliau terlajak menzahirkan apa yang beliau rasakan. Tidak payah bersujud menyembah ampun-maaf. Saya sebagai orang Melayu (mungkin ramai lagi orang Melayu) memaafkan kerana itulah lumrah kami.

Tanpa Nama berkata...

Zahril yang kat atas ni pon bengong.

Itu Melayu yang ko ckp tu Melayu yg tak rasuah, Melayu yg x rogol amah, Melayu yg zalimi rakyat.

Melayu kini?

Zahril berkata...

Komen atas komen Anonymous pada Zahril

Eh..eh..emosi sebab apa? Dalam dunia ni manusia mana yang suci? Sedang Nabi dan Rasul mohon keampunan dari Allah S.W.T.

Kebetulan orang-orang yang saudara maksudkan berbangsa Melayu. Tapi bukanlah mereka mewakili semua Melayu.

Terpulanglah pada saudara. Tepuk Dada Tanya Selera. Saya tetap berpegang teguh pada pesan Ustaz saya, "Kata-kata itu adalah doa - Kalau sering kali orang menyebut Melayu Bodoh - akan bodohlah bangsa tersebut. Allah lebih mengetahui"

mat kaca berkata...

Wio apa raaaa... orang mabuk memang cakap tak tahahuan hala yang hampa pi gempag dia buat apa ? Hampa mabuk jugak ka ? Tau dak bahawa orang mabuk Allah tak bagi sembah DIA mabuk mana boleh sembahyang..... Semangat tak kena tempat !

Tanpa Nama berkata...

Janganlah melampau sangat lagak macam samseng. Karam Singh dah minta maaf habis cerita.

Waris berkata...

Melayu dulu lain melayu skrg lain. Kalau ada jodoh tak lama lagi melayu selangor dpt tengku ampuan benggali. Melayu2 bodoh ni pasti dgn muka tak tau malu angkat sembah kat benggali tu. Padan muka korang. Itulah maksud aku melayu bodoh... bukan semua bodoh. Kalau tak doa pun dah memang bodoh dulu kini dan selamanya... nak kata mcm mana lagi?

Tanpa Nama berkata...

Melayu ni x bodoh..... melayu ni pandai....
PANDAI dalam mencari dan mengulas kesalahan orang lain..

x pernah sedar diri....

isu "cina pendatang" tu siapa yg ckp??? MELAYU....

isu "kepala Lembu" siapa yg buat??? MELAYU

rempit2 ni siapa yg buat???? MELAYU

Buang2 anak...siapa yg buat MELAYU...

Bunuh Altantuya siapa yg buat??? MELAYU

Bunuh Tan Beng Hong siapa yg buat??? MELAYU...

isu "bogel ketuk ketampi dlm lokap" siapa yg buat??? MELAYU

banyak lagi...x larat nak list!!!
sedar lah diri korang tu sikit wahai insan2 MELAYU2 YG MASIH SEMPIT!!!!

Tanpa Nama berkata...

tu la masalahnya.. orang kita ni selalu sangat cepat naik darah.. x fikir habis-habis sebelum bertindak.. terus nak bertindak macam orang x da akal.. tu sebab bangsa kita senang di jajah.. dari dulu hingga sekarang... kita kena ingat ada pihak tertentu memang suka tgk orang kita ni berperangai macam ni.. senang nak porak pranda dan pecah belahkan bangsa kita..