19 Jan 2011

TV3 Berdegil Dalam Isu Besarkan Payudara

Topik 'Besarkan Payu Dara' Untuk Mendidik - TV3

PETALING JAYA: Stesen televisyen TV3 menjelaskan program Wanita Hari Ini (WHI) yang membincangkan topik “Salahkah Besarkan Payudara” bertujuan untuk memberikan pendidikan kesihatan kepada golongan wanita.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar (gambar) dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, Selasa, program bual bicara tersebut adalah untuk membincangkan mengenai kebaikan dan keburukan isu berkenaan dari pelbagai sudut oleh mereka yang pakar.

"Pihak TV3 tidak mempunyai niat lain, selain daripada menggalakkan diskusi secara terbuka dan berkongsi pengalaman dalam topik tersebut. Menerusi WHI juga kami berharap agar setiap perbincangan dapat memberi manfaat kepada penonton,”

“Pada masa yang sama, kami peka terhadap pandangan masyarakat di luar sana serta menghargai maklum balas yang diterima daripada orang ramai.

"Malah kami menjemput seorang doktor pakar untuk membincangkan topik tersebut dan ia mengandungi unsur pengajaran ataupun input tambahan yang bersesuaian," katanya.
Program WHI yang membincangkan topik mengenai payudara menimbulkan bantahan banyak pihak. Gambar petikan Kosmo!

Tambah Izham, dia berharap agar pihak yang melahirkan rasa kurang senang hati terhadap isu tersebut menonton sekali lagi segmen berkenaan menerusi laman web www.tonton.com.my agar ia tidak disalah tafsirkan.

"Jika dilihat kembali isu yang dibentangkan itu akan memberi impak kepada wanita. Bagaimanapun, kami peka dan faham dengan sensitiviti masyarakat," jelasnya.

Selasa lalu akhbar Kosmo! menyiarkan teguran orang ramai termasuk pendakwah Datuk Daud Che Ngah yang tidak bersetuju dengan tindakan TV3 membicarakan topik payu dara secara terbuka.

Malah pada segmen tersebut juga paparan visual kerap kali memberi fokus pada payudara dua pengacaranya serta model-model yang lengkap berpakaian dan ia dianggap tidak sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. -mstar

Ulasan GB

1) Pihak TV3 sepatutnya akur dengan teguran pelbagai pihak, tetapi malangnya sikap "jahil tapi berkepala batu" Ketua Pegawai Operasinya masih cuba pertahankan hal yang telah jelas tidak dipersetujui oleh orang ramai.

2) Kata Ahmad Izham, Pihak TV3 tidak mempunyai niat lain selain untuk mendidik.
Niat yang baik tetapi perbuatan/ amalan yang tidak baik, tidak boleh diterima. Di dalam Islam kedua-dua itu, niat dan amalan, adalah selari.

3) Pakaian panel perempuan sendiri yang membincang isu berkenaan tidak sesuai.

4) Dan yang ini, satu kerja paling gila: paparan visual kerap kali memberi fokus pada payudara dua pengacaranya serta model-model yang lengkap berpakaian... Jelas niat tidak baik samada jurugambarnya, pengarahnya atau penerbitnya.

2 ulasan:

lim penang berkata...

Bangang punya penerbit !

SuaraRakyat berkata...

salam.. masalahnya bukan pada niat atau tak..munggkin pada yang jahil anggap niat nyer baik tapi pada yang berilmu mungkin tidak. Esok esok boleh ler kita cadangkan kat pihak tv3, bincang cara nak puaskan isteri pd mlm pertama siap visual lg..lepas tuu canang kat media "tak per kita belajar jer"!!! hanya pendapat saya.