14 Jan 2011

Rahsia Bocor: Polis Bertindak Ikut Arahan Peguam Negara

Polis perlu masa lengkapkan siasatan kes hina Sultan Selangor: Bakri

KUALA LUMPUR: Polis memerlukan sedikit masa lagi untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di dalam blognya sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata kes itu masih dalam siasatan.

"Buat masa ini kita akan melihat dan berbincang dengan Pejabat Peguam Negara untuk sebarang keputusan dan berkemungkinan ada arahan-arahan tertentu yang kita kena terima lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shuhaimi sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi yang mendakwa beliau menghina Sultan Selangor "beraja di mata, bersultan di hati" dalam blognya pada 30 Disember lalu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam satu kenyataan pada 4 Januari lalu berkata sindiran Shuhaimi yang menyatakan baginda seolah-seolah sebagai "beraja di mata, bersultan di hati" adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.

Sementara itu, ketika mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kes anggota polis cedera di kepala akibat terkena tembakan rakannya yang juga anggota polis di Kuala Terengganu, Bakri berkata siasatan berhubung kejadian itu sedang dilakukan.

"Ini termasuk prosedur yang dibenarkan untuk melepaskan tembakan... Kita mempunyai latihan tertentu untuk menggunakan senjata api. Sama ada ia berlaku secara sengaja atau tidak, itu sedang kita lihat sekarang ini. Sekiranya ada unsur kecuaian dalam kes ini, tindakan seterusnya akan diambil," katanya.

Menurut laporan akhbar itu, mangsa, Konstabel Md Rudzki Mohd Rozlan, 20-an, terkena tembakan rakannya sendiri ketika mereka bersembang di rumah bujang kuarters Balai Polis Batu Rakit, Terengganu semalam.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, rakan mangsa dikatakan sedang menutup semula tempat mengisi peluru pistol Smith & Wesson .38 yang dibawanya sebelum ia tiba-tiba meletup.

Peluru berkenaan menembusi kepala Md Rudzki melalui kening kiri sebelum serpihannya keluar melalui sisi kepala mangsa dan terlekat pada dinding rumah berkenaan.

Mangsa yang telah pun dibedah untuk mengeluarkan darah beku berhampiran otaknya, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. - BERNAMA

Ulasan GB

Keratan ini amat penting dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin boleh dikenakan tindakan. Ini menunjukkan pihak polis tidak bebas dan tidak berkecuali. Ia mengikut telunjuk Peguam Negara. Beliau sewajarnya dipecat dari jawatannya.

Buat masa ini kita akan melihat dan berbincang dengan Pejabat Peguam Negara untuk sebarang keputusan dan berkemungkinan ada arahan-arahan tertentu yang kita kena terima lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kedua, polis tak perlu buang masa siapkan hasil siasatan kerana TIDAK ADA APA-APA YANG DIKATAKAN "MENGHASUT" di dalam tulisan ADUN Sri Muda itu. Ia hanya digembar-gemburkan melalui laporan polis oleh pihak-pihak yang sengaja mencipta isu seperti isu kononnya Karpal Singh menghina Raja dahulu.

Itu, laporan polis mengenai isu menteri perogol, mengapa tiada siasatan?


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

antara kucing kurap dgn polis, yang mana jadi pilihan anda?

Tanpa Nama berkata...

Biarlah polis buat kerja polis tolong jangan gangu dan cuba menghalang penjawat awam dari melaksanakan tugas mereka. Buat lah kerja awak dengan amanah bukankah awak ni orang Media, Islam pulak tu, buatlah kerja cara orang Islam. Jangan pandai FITNAH sahaja. Kalau tak faham juga, cuba tanya MB Kedah.

Tanpa Nama berkata...

Anon 1:03, Kalau polis buatlah kerja polis, ikut etika penjawat awam. Lakukan kerja dengan adil dan saksama. Kenapa kena jadi lembu ikut arahan Peguam Negara?

Tanpa Nama berkata...

Cuba baca Perlembagaan Negara artikel 145 berkaitan kuasa-kuasa peguam negara. Kemudian baru GB buat komen.

kembara putih berkata...

Amboi..jika pemimpin PR, secepat kilat polis bertindak. Rais Yatim tu bila nak mula siasat?